|
Maklumat dan foto disediakan oleh Pejabat Daerah Asajaya
 |
| Peta pentadbiran Daerah Asajaya |
Pentadbiran Asajaya beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2002. Walaupun baru
dalam pentadbiran Daerah sendiri, perancangan dan penilaian serta perlaksanaan
pembangunan tetap berjalan lancar.
Daerah Asajaya dapat meng-adaptasi keadaan ini dan berupaya menjana pentadbiran
dan seiring dengan agenda pembangunan negara. Memang tidak dinafikan adanya
cabaran pada permaulaan, kesinam-bungan peralihan itu sebenarnya dijadikan pemangkin
kepada usaha-usaha pembangunan melalui methodologi perancangan, penilaian dan
perlaksanaan program pemban-gunan dan pentadbiran itu sendiri.
Ia lebih efisyen dan bersesuaian dengan kehendak penduduk setempat. Oleh itu,
hubungan dua hala dan komunikasi yang baik akan melancarkan lagi aktiviti-aktiviti
pembangunan dan bersifat holistik.
Sejarah Ringkas
Tarikh 1 Oktober 1970 merupakan detik pertama penubuhan daerah ini yang dahulunya
lebih dikenali dengan nama Nonok secara rasminya.
Pada masa itu, Nonok ditadbir oleh seorang Pegawai Tadbir Sarawak dan dibantu
oleh dua orang kakitangan. Dua tahun berikutnya, pejabat baru telah dibina dengan
pertambahan kakitangan kepada 4 orang dan telah digunakan sehingga tahun 1993.
Kemudian, pentadbiran di daerah ini berpindah ke bangunan konkrit baru pada
tahun 1993.
Nonok yang dahulunya di bawah pentadbiran Kuching dari tahun 1970 hingga 1983
sebelum diambil alih oleh Daerah Samarahan dan nama Daerah Kecil Nonok ditukar
kepada Daerah Kecil Asajaya. Rentetan sejarah Asajaya terus berlaku dengan secara
rasminya daerah yang dahulunya dikenali sebagai Daerah Kecil Asajaya telah dinaiktaraf
sepenuhnya menjadi Daerah Asajaya pada 31.12.1999.
Di sini dapat dilihat perubahan pembangunan yang ketara yang mana terdapat banyak
pejabat-pejabat kerajaan, kemudahan-kemudahan infrastruktur, serta pembangunan
ekonomi yang pesat.
Lokasi dan Persempadanan Daerah
Daerah Asajaya terletak di Bahagian Samarahan, Sarawak. Pusat pentadbiran daerah
ini terletak di Asajaya, kira-kira 60 kilometer dari bandaraya Kuching.
Daerah Asajaya telah dinaiktaraf menjadi sebuah Daerah baru pada 1 Disember
1999 melalui Warta Kerajaan Sarawak pada 30 Disember 1999 Jilid LIV (Bil. 38)
merangkumi kawasan Sadong Jaya dan Beliong dan beroperasi sepenuhnya sebagai
daerah pada 01 Januari 20021.
Asajaya sebelum ini adalah di bawah pentadbiran Daerah Kota Samarahan manakala
Beliong dan Daerah Kecil Sadong Jaya masing-masing di bawah pentadbiran Kuching
dan Simunjan.
Secara umum, bentuk muka bumi di Asajaya adalah berkeadaan rata kerana berhampiran
dengan pantai (Laut China Selatan) serta mempunyai tanah pamah yang subur yang
sesuai untuk penanaman kelapa, pisang, dan koko. Selain itu, sesetengah kawasan
seperti Tambirat mempunyai tanah gambut yang subur dan sesuai untuk penanaman
nanas.
Taburan penduduk adalah berkelompok mengikut kampung dan kebanyakannya tertumpu
di kawasan yang berhampiran pantai dan di sepanjang sungai. Oleh itu, kegiatan
perikanan, penternakan ikan dan udang harimau juga giat dijalankan.
Pentadbiran Visi Daerah
Sebagai sebuah pusat pentadbiran yang bersama-sama menggerakkan mekanisme pembangunan
dengan penduduk setempat ke arah kemajuan dan transisi yang seimbang dalam sosio-ekonomi
sejajar dengan wawasan negara.
Misi Daerah
Merancang dan melaksanakan program pembangunan berteraskan sumber manusia yang
ada, agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, serta penglibatan golongan penduduk
setempat.
Objektif :
i. Penghubung dan penyambung lidah kerajaan di peringkat Daerah,
ii. meningkatkan taraf sosio-ekonomi melalui penglibatan masyarakat setempat
dengan projek-projek pembangunan kerajaan yang dilaksanakan,
iii. Beusaha membangunkan daerah secara berterusan ke arah pencapaian Wawasan
2020, dan
iv. Mewujudkan suasana aman dan harmoni di kalangan penduduk di Daerah Asajaya.
Sektor Ekonomi
Pertanian
Sektor pertanian merupakan sektor ekonomi utama dan merupakan aktiviti penting
penduduk di Asajaya. Daerah ini juga dikenali sebagai Taman Kekal Pengeluaran
Makanan. Oleh itu, sektor ini memberi sumbangan sebagai pembekal bahan mentah
kepada kepada keperluan harian, pasaran dan kegiatan ekonomi hiliran sama ada
untuk pasaran luar atau tempatan.
Keluasan
Projek saliran Asajaya merangkumi kawasan seluas 18,143 hektar di Semenanjung
Asajaya dan terletak di antara Batang Samarahan dan Batang Sadong. Projek ini
terbahagi kepada empat blok yang mana setiap blok bersempadankan sungai asal.
Dengan adanya projek tersebut seluas 12,525 ekar tanah dapat digunakan dengan
pelbagai aktiviti pertanian ataupun penempatan.
Aktiviti
Dengan adanya projek Pengairan dan Saliran di Asajaya, ia telah memberi manfaat
kepada semua petani yang mengusahakan kelapa, koko dan limau. Kawasan tersebut
adalah di antara kawasan yang paling subur di Sarawak dan telah dibangunkan
secara intensif.
Dalam tahun 1997-1998, FELCRA telah menanam hampir 1000 hektar kelapa sawit
di Blok 4 Asajaya Selatan dan dengan ini meningkatkan penggunaan tanah kepada
81% daripada keseluruhan projek. Segala usaha yang dijalankan telah berjaya
mengatasi masalah keperluan tanah untuk pertanian dan sekaligus mengubah cara
hidup penduduk-penduduk serta meningkatkan hasil pertanian.
Pengeluaran Pertanian
Permintaan terhadap buah kelapa semakin meningkat. Ini berikutan daripada perkembangan
sektor perindustrian berintensifkan buah kelapa sebagai bahan utama produk.
Hasil-hasil kelapa menunjukkan peningkatan berikutan permintaaan di pasaran
tempatan meningkat. Malah permintaan terhadap buah tersebut melebihi penawaran
sedia ada dan kebanyakan kebun-kebun kelapa telah dimusnahkan untuk tujuan penternakan
udang harimau.
Keadaan ini telah menyebabkan harga kelapa di Asajaya meningkat dan banyak pemprosesan
hiliran dibina oleh penduduk setempat sebelum dihantar kekilang yang berdekatan.
Manakala banyak pokok-pokok koko telah dimusnahkan kerana serangan penyakit
dan harga yang terlalu murah di pasaran.
Dasar Kerajaan
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, langkah-langkah baru dan berinovatif
akan dilaksanakan untuk meningkatkan sumbangan sektor ini kepada ekonomi negara.
Pengeluaran makanan tempatan dipergiatkan lagi dengan menggalakkan pertanian
berskala besar dan tersusun, mempertingkatkan penggunaan tanah secara intensif,
memperbaiki amalan agronomi serta mengguna teknologi dan pengurusan moden.
Fokus Pembangunan Pertanian
Pengeluaran komoditi utama diorientasi bagi meningkatkan produktiviti dan daya
saing melalui program integrasi tanaman dengan ternakan (kelapa sawit &
lembu), amalan tanaman bercampur seperti kelapa dengan tanaman lain sebagai
contoh pisang, buah-buahan dan sebagainya untuk mengelak kebergantungan kepada
satu hasil komoditi sahaja. Manakala pihak Jabatan Pertanian giat menjalankan
program pertanian yang lebih komersil seperti tanaman limau dan ternakan lebah.
Program Pertanian
| Bil. |
Nama Projek |
Keluasan (ha) |
| i. |
Vegetable
Netting Project
a. Asajaya
b. Semera
|
1.5
5.2 |
| ii. |
Bee Keeping
– Sadong Jaya
|
6 (unit) |
| iii. |
Aloevera |
1 |
Perladangan
Pihak FELCRA kini giat menjalankan aktiviti penanaman kelapa sawit terutamanya
di Daerah Kecil Sadong Jaya. Sektor ini merupakan sektor yang giat berkembang
dan menunjukkan peningkatan pengeluaran setiap suku tahun.
Program Joint Venture ini dilaksanakan dengan pekebun-pekebun kecil bumiputera
di kawasan tersebut. Sehingga akhir Disember 2002, keluasan tanah yang digunakan
untuk tujuan tersebut seluas 1002.02 hektar dengan pengeluaran sebanyak 2335.92
bagi suku terakhir tahun ini.
Industri
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8), penekanan diberikan kepada usaha
membangunkan kelebihan daya saing yang baru yang berasaskan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) serta peningkatan produktiviti yang akan membolehkan sektor
tersebut terus berkembang.
Lantaran itu, Daerah Asajaya terus mengorak langkah untuk memajukan lagi sektor
perkilangan terutamanya industri pemprosesan makanan dan primer. Ini memandangkan
Asajaya itu sendiri kaya dengan bahan mentah dalam sektor pertanian seperti kelapa,
koko, pisang, serta dalam sektor perikanan.
Oleh itu, pembangunan perkilangan ini perlulah disokong oleh usaha penyelidikan
dan pembangunan (R&D) yang lebih giat bagi membolehkan industri ini berkembang
di samping memperbaiki keluaran yang sedia ada serta memperkenalkan produk baru
yang lebih inovatif dan berdaya saing.
Untuk menyahut cabaran tersebut, beberapa buah kilang telah ditubuhkan bagi merealisasikan
industri perkilangan seperti industri pemprosesan makanan bertapak di Asajaya.
Sebagai contoh kilang Sabang Sdn. Bhd., dan Cocolin Sdn. Bhd. beroperasi untuk
memproses kelapa dijadikan santan tepung. Secara langsung, ia juga menyumbangkan
peluang pekerjaan kepada penduduk disekitarnya
Pemprosesan Tempatan
Pemprosesan tempatan juga merupakan sektor yang semakin berkembang di Asajaya.
Seperti industri pemprosesan kelapa telah dibina di tiga buah kampung di Asajaya.
Perkembangan industri ini menampung permintaan kelapa yang telah dibersih ke
kilang kelapa sebelum diproses kepada tepung santan, nata de coco, krimer dan
sebagainya.
Penubuhan Kilang Tabaloi di Sadong Jaya juga merupakan satu lagi indikator kepesatan
per-kembangan industri pemprosesan Asajaya.
Manakala industri pemprosesan tempatan di bawah seliaan Jabatan Pertanian Asajaya
seperti pemprosesan kerepek pisang, kuih asli, dan program jahitan smemang sudang
lama bertapak.
Secara langsung, program yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian ini telah
membantu masyarakat bumiputera dalam Industri Kecil Sederhana.
Perdagangan dan Perniagaan
Perkembangan ekonomi Daerah Asajaya terus dijana setelah pembinaan pusat perdagangan
dan perniagaan yang baru pada tahun 1998 yang lebih dikenali sebagai Pasar Baru
Asajaya. Pembinaan pusat perniagaan tersebut berikutan keadaan pasar lama yang
uzur dan permintaan terhadap ekonomi yang semakin berkembang.
Sebanyak 42 buah lot kedai telah dibina yang menjalankan pelbagai jenis aktiviti
perniagaan. Secara langsung, kawasan ini menjadi lebih strategik sebagai pusat
pengumpulan dan pembekal hasil-hasil pertanian dan perikanan kepada pengguna
atau dieksport ke luar daerah.
Selain itu, penduduk kampung juga menjalankan perniagaan runcit berlesen hampir
di setiap kampung. Secara umum, boleh dikatakan perniagaan runcit tersebut merupa-kan
aktiviti perniagaan satelit bagi pusat perniagaan Pasar Asajaya kerana sebagai
cawangan pen-gumpulan hasil-hasil pertanian dan pengedar terus kepada pengguna.
Ia menyokong pertumbuhan dan perkembangan ekonomi secara langsung dan tidak
langsung.
Keluasan (Daerah dalam Pentadbiran)
| Bil. |
Daerah Kecil |
Keluasan (Km2) |
| 1. |
Asajaya |
389.52 |
| 2. |
Sadong Jaya |
332.48 |
| |
Jumlah |
722.00 |
Sumber: Pejabat Daerah Asajaya
Jumlah Kampung dan Rumah Panjang
| Bil. |
Perkara |
Jumlah |
| i. |
Bandaraya/Bandar |
- |
| ii. |
Pekan:
a. Pasar Baru Asajaya
b. Pasar Sadong Jaya
c. Pasar Semera
|
1
1
1 |
| iii. |
Kampung |
46 |
| iv. |
Rumah panjang |
3 |
| v. |
Setinggan |
- |
| vi. |
Taman Perumahan |
- |
Sumber: Pejabat Daerah Asajaya
Bilangan Penduduk Berdasarkan Suku Kaum di Daerah Asajaya
Bagi tahun 2002
| |
Daerah Asajaya |
(%) |
D. Kecil Sadong Jaya |
(%) |
| Melayu |
14,127 |
81.5 |
10,755 |
86 |
| Iban |
1,709 |
9.9 |
746 |
6 |
| Cina |
1,507 |
8.7 |
876 |
7 |
| Jumlah |
17,343 |
100 |
12,377 |
100 |
Jumlah Keseluruhan 29,720
Sumber: Pejabat Daerah Asajaya
Bilangan penduduk di Asajaya Berdasarkan Kumpulan Umur dan
Jantina, Pada Tahun 2002
| Kumpulan Umur |
Lelaki |
Perempuan |
Jumlah |
(%) |
| < 5 tahun |
1,243 |
1,193 |
2,436 |
8 |
| 5 - 6 |
761 |
729 |
1,490 |
5 |
| 7 - 12 |
2,174 |
2,157 |
4,331 |
14 |
| 13 - 17 |
1,852 |
1,843 |
3,695 |
12 |
| 18 - 65 |
8,847 |
8,145 |
16,992 |
58 |
| 65 > |
383 |
393 |
776 |
3 |
| Jumlah |
15,260 |
14,460 |
29,720 |
100 |
*Sumber: Pejabat Daerah Asajaya
|