Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Penggunaan Peruntukan

Lazimnya kita telah diingatkan untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan pembangunan yang disediakan.

Namun ada antara kita yang telah mengabaikan tugas untuk menggunakannya bagi perkara yang telah ditetapkan dalam belanjawan.

Dalam situasi tertentu, terdapat di kalangan jabatan atau agensi kerajaan yang tidak dapat menggunakan peruntukan pembangunan yang disediakan kerana beberapa sebab tertentu yang kadang kalanya boleh dielakkan.

Ketidakupayaan untuk menggunakan peruntukan yang disediakan untuk pembangunan sepenuhnya jika dilihat secara luarannya adalah suatu yang tidak merugikan – apa tidaknya, wang yang diperuntukkan itu tidak diusik, maka secara luarannya kita menganggap ini suatu penjimatan. Namun sebenarnya keadaan ini adalah antara faktor penyebab yang mana pembangunan tidak dapat dijalankan atau terbantut.

Keadaan-keadaan sedemikian mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk kelemahan pengurusan.

Namun setelah separuh penggal belanjawan bagi tahun ini, seharusnya terdapat kemajuan yang setara ataupun lebih dalam pengurusan belanjawan atau peruntukan jabatan kita. Kita seharusnya menggunakan kesempatan (peruntukan serta masa yang diberikan untuk menyiapkan sesuatu projek/program) yang ada untuk melaksanakan projek yang telah dirancang.

Peruntukan yang diberikan kerajaan bukannya untuk disimpan. Kerajaan tidak membuat keuntungan dengan menyimpan wang. Keuntungan yang sebenarnya diperolehi apabila peruntukan tersebut dibelanjakan untuk tujuan yang dirancang mengikut belanjawan yang diminta dan memberikan manfaat kepada banyak pihak seperti masyarakat, perkhidmatan awam dan kerajaan sendiri. Fahaman bahawa ia adalah menjimatkan belanja bukanlah satu perkara yang tepat diamalkan masa kini.

Jika kita tidak menggunakan peruntukan yang ada, secara tidak langsung kita telah menafikan hak jabatan lain yang meminta peruntukan tambahan tetapi tidak diluluskan. Sedangkan mereka mungkin benar-benar memerlukannya.

Apabila peruntukan yang ada tidak dibelanjakan, besar kemungkinan peruntukan ini akan dipotong pada masa hadapan sedangkan kita tidak tahu kemungkinan tambahan perbelanjaan yang diperlukan apabila tiba keadaan yang mungkin memaksa kita berbuat demikian.

Oleh yang demikian, fahaman yang harus kita guna pakai ialah kita harus berbelanja dengan berhemat. Berapa sahaja peruntukan yang kita pohon dan yang telah diluluskan, maka kita mesti membelanjakannya bagi tujuan yang dipohon.

Dalam hal ini kita juga harus memastikan pelaksanaannya tidak melebihi peruntukan yang diluluskan. Dalam masa yang sama kita juga harus memastikan kualiti produk atau projek yang disiapkan itu adalah yang terbaik.

Seandainya kita mampu mendapatkan bahan-bahan bagi tujuan pelaksanaan sesuatu projek itu dengan harga atau kadar yang murah namun telah dipastikan akan menghasilkan kualiti yang setanding dengan bahan yang diperolehi dengan harga yang lebih tinggi, maka kita harus mengambil keputusan untuk menggunakan bahan yang berkenaan. Penjimatan yang berlaku itulah yang dikatakan berbelanja dengan berhemah.

Hasil penjimatan itu pula harus dikembalikan kepada ‘consolidated fund’ dan boleh digunakan bagi menampung keperluan projek-projek lain yang akan kita laksanakan.

Dalam melaksanakan sesuatu projek/program, tidak kira kedudukan atau pangkat kita, matlamat perlaksanaan itu hendaklah membawa manfaat terbesar kepada masyarakat sama ada untuk jangka pendek mahupun jangka panjang.

Oleh yang demikian, adalah amat penting perancangan rapi yang mengambil kira pelbagai aspek seperti pembangunan insan dan sebagainya tidak diabaikan. Keadaan ini penting bagi menjamin taraf hidup masyarakat kita yang semakin bertambah baik itu seimbang perkembangan fizikal, mental, spiritual, ekonomi dan sosial. Pembangunan yang dilaksanakan itu tidak akan berguna jika ia hanya menjadi pencetus kepada situasi porak peranda dalam masyarakat. Oleh itu harus diingat, setiap perancangan dan tindakan kita kini akan mencorakkan situasi masa hadapan generasi selepas kita.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998