Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Ekstrak Ucapan YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz Haji Husain, Setiausaha Kerajaan Negeri pada Perasmian Latihan Khemah Tahunan Gabungan Rejimen-rejimen Pakar RAJD siri 2/2003 di Rejimen 510 (AW), Sibu Kem Rejimen 510 (AW) Sri Rajang, Sibu 09/05/2003

Latihan gabungan rejimen pakar siri 2/2003 yang dilaksanakan selama 15 hari bermula 4 Mei sehingga 18 Mei 2003 menggabungkan latihan rejimental dan teknikal. Latihan rejimental melibatkan latihan jasmani, kawat, menembak dan pertandingan sukan.

Sementara dalam latihan teknikal pula merangkumi kerja-kerja yang telah dirancang mengikut rejimen masing-masing. Dalam latihan rejimental dan teknikal ini, beberapa objektif telah dikenal pasti untuk dicapai:

Pertama: mengenal pasti, menguji kebolehan dan kefahaman perlaksanaan peranan dan tugas di kalangan pegawai dan ptt kanan.

Kedua
: mengenal pasti dan menguji kebolehan pegawai dan ptt kanan dalam penyampaian arahan pengurusan dan pengawalan terhadap anggota.

Ketiga
: memahami prinsip, teknik dalam merancang, mengkoordinasi dan melaksanakan latihan dan projek.

Keempat
: menerapkan dan memupuk semangat setia kawan dan kerjasama di kalangan anggota dan kumpulan.

Kelima
: dapat menggunakan sepenuhnya pengetahuan dan kepakaran dalam bidang masing-masing.

Latihan merupakan persediaan bagi anggota tentera bagi menghadapi ancaman dan ia adalah tugas utama angkatan tentera semasa aman. Hanya melalui pendekatan ini sahaja, angkatan tentera mampu mengorak dan mencorakkan sesebuah organisasi atau angkatan supaya ia menjadi kredibel, digeruni, disegani dan mempunyai ilmu peperangan serta ketahanan mental dan fizikal yang kuat. latihan akan memastikan impian, setiap pemimpin agar organisasi yang dipimpin sentiasa di tahap yang tinggi dan berkemampuan melaksanakan tugas dengan cemerlang apabila diperlukan.

Bukan sahaja angkatan tetap perlu berlatih tetapi anggota sukarela rejimen pakar yang mempunyai tugas, tanggungjawab dan kemahiran masing-masing harus juga bersedia untuk menghadapi darurat atau peperangan.

Adalah menjadi harapan saya, selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak melihat setiap latihan yang dirangka dan dilaksanakan dapat meninggalkan sesuatu kesan atau sekurang-kurangnya boleh membuatkan semua anggota yang terlibat untuk meneruskan penglibatan mereka di dalam rejimen pakar dengan lebih komited, cekap, berdaya maju dan profesional. saya menyeru kepada semua peringkat pengurusan agar terus berganding bahu memperkasa azam dan tekad untuk mencapai hasrat murni ini. Tanpa gandingan ini, hasrat murni tersebut tidak akan tercapai.

Tanpa kerjasama pihak atasan dan pengurusan, rejimen-rejimen pakar tidak akan berkembang maju. apabila berlakunya kecemasan, seperti yang telah berlaku baru-baru ini iaitu kemalangan keretapi di gemas dan kebocoran paip air di kawasan johor baharu, barulah kita mengetahui dan mengakui betapa pentingnya anggota pakar ini.

Anggota-anggota dari kedua-dua rejimen tersebut telah dikerah untuk membaiki kerosakan yang dialami. alhamdulillah, kerja-kerja yang diamanahkan telah dapat disiapkan dan perkhidmatan tersebut telah dapat berfungsi seperti biasa.

Mengambil iktibar daripada kejadian tersebut, saya menyeru agar pihak pengurusan dan majikan, memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak tentera untuk melatih anggota-anggota yang menganggotai di dalam rejimen-rejimen pakar pelabuhan dan air. sumbangan yang diberikan oleh tuan-tuan semua amat besar maknanya demi menentukan keamanan dan kestabilan negara ini sentiasa dijaga dan dipelihara tanpa dapat dicemari oleh anasir-anasir jahat yang tidak bertanggungjawab.

Tanpa anggota rejimen pakar ini, nescaya pengoperasian semasa darurat dan kecemasan seperti yang disebutkan sebentar tadi akan terjejas dan kemung-kinan besar kelemahan ini dieksploitasi oleh pihak musuh bagi menghancurkan negara kita. Oleh yang demikian, sekali lagi saya menyeru kepada pihak pengurusan dan majikan agar lebih komited berhubung perkara ini.

Dalam aspek yang sama, keperluan sumber manusia rejimen pakar ini perlu diperluaskan. perkara ini tidak akan tercapai sekiranya tiada bantuan, kerjasama dari pihak pengurusan atasan, serta minat dan komitmen dari kakitangan yang terlibat.

Oleh yang demikian, saya juga menyeru kepada semua pihak pengurusan memberi galakan kepada kakitangan yang layak berkhidmat untuk tampil ke hadapan berbakti kepada negara dengan memasuki rejimen pakar jurutera ini.

Kepada anggota-anggota yang dinaikkan pangkat dan dianugerahkan pingat (sebentar tadi), ucapan setinggi-tinggi tahniah. Kenaikan pangkat itu, merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul dengan sepenuhnya. Laksanakan tanggungjawab dan amanah tersebut dengan jujur, terbuka, ikhlas dan sentiasa bertekad mengejar kecemerlangan demi agama, bangsa dan negara.

Manakala kepada penerima pingat, ianya merupakan pengiktirafan tinggi kerajaan terhadap jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan saudara-saudara di dalam rejimen pakar ini. Teruskan perkhidmatan cemerlang saudara-saudara itu.


 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998