Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Eratkan Kerjasama Dengan Pemimpin Masyarakat Dan Dampingi Rakyat: KM

YAB Ketua Menteri melihat salah sebuah kertas kerja yang dibentangkan pad hari tersebut
Kerjasama rapat antara Residen, Timbalan Residen serta Pegawai Daerah dan pemimpin masyarakat setempat merupakan kunci ke arah pembangunan negeri ini, kata YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Hj Abdul Taib Mahmud.

Katanya, pemimpin di peringkat Bahagian dan Daerah ini perlu terus mewujudkan kerjasama rapat dengan pemimipin masyarakat selain sentiasa mendampingi rakyat.

“Sokongan rakyat penting untuk membolehkan sesuatu projek pembangunan di kawasan terbabit dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan berjalan lancar pada masa akan datang,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Residen, Timbalan Residen dan Pegawai Daerah Negeri Sarawak ke 7 anjuran Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (SIMU) Jabatan Ketua Menteri Sarawak dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM) di Santubong baru-baru ini.


Menurutnya, pemimpin peringkat akar umbi seperti Residen, Timbalan Residen dan Pegawai Daerah perlu menjelaskan kepada rakyat setiap dasar dan pelan berkaitan pembangunan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.

“Residen, Timbalan Residen dan Pegawai Daerah perlu rapat dengan masyarakat setempat seperti Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum untuk menerangkan agenda pembangunan kepada penduduk luar bandar khusus-nya,” jelas beliau, sambil menegaskan bahawa tugas itu tidak harus diserahkan sepenuh-nya kepada ahli-ahli politik sahaja.

“Mereka (Residen, Timbalan Residen dan Pegawai Daerah) perlu fahamkan penduduk setempat akan pentingnya komitmen bersama untuk membangunkan kawasan masing-masing,” tambahnya.

Menurutnya, sebagai salah satu jentera pembangunan negeri (Pejabat Residen dan Pejabat Daerah), seharusnya kerjasama tersebut dapat membantu penduduk setempat mengenalpasti, mengkaji dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi untuk membolehkan projek-projek pembangunan dilaksanakan.
YAB Ketua Menteri semasa berucap dalam majis tersebut


Hal ini perlu dititikberatkan oleh pegawai-pegawai kerajaan khususnya golongan berkenaan memandangkan mereka adalah ‘jambatan penghubung’ di antara kerajaan dan rakyat di negeri ini.

Menurutnya lagi, ini penting bagi menjamin kelancaran projek, kerana jika timbul masalah, maka sesetengah kawasan itu tidak akan dapat dibangunkan bagi menjana kegiatan ekonomi setempat.


Selain itu, beliau juga menjelaskan bahawa peranan Residen kini ialah lebih kepada untuk memastikan kelicinan pelaksanaan pembangunan keseluruhan

Bahagian di bawah jagaannya dengan bantuan Timbalan Residen serta para Pegawai Daerah.

“Residen hari ini sudah menjadi seorang penyelaras (Big Coordinator) yang boleh melihat gambaran besar mengenai pembangunan dalam Bahagian di bawah pentadbirannya,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Abdul Aziz Husain dalam ucapannya terdahulu pula menyeru, Residen, Timbalan Residen dan Pegawai Daerah mengubah budaya kerja mereka sejajar dengan kepesatan pembangunan negeri ini.

Menurutnya, Residen, Timbalan Residen dan Pegawai Daerah perlu lebih proaktif dan profesional dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing sesuai dengan kehendak pembangunan negeri ketika ini.

“Selain mempunyai pelan pembangunan yang strategik, mereka juga perlu menggunakan pengetahuan dan kebolehan yang ada untuk memastikan setiap projek pembangunan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan cepat,” katanya.

Tambahnya, selain itu proses kerja dan perkhidmatan di peringkat Bahagian perlu berubah mengikut keperluan semasa. Jelasnya, langkah tersebut penting untuk memastikan transformasi yang lebih berkesan terhadap ekonomi, sumber manusia sekali gus menjadikan K-ekonomi sebagai asas utama pembangunan Sarawak.

“Tanggungjawab pihak Residen, Timbalan Residen dan Pegawai Daerah kini semakin kompleks, selain bertanggungjawab terhadap pembangunan masyarakat mereka juga perlu sensitif terhadap keperluan semasa rakyat,” tegasnya.


 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998