Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
LNG Pemangkin Pembangunan Bintulu

Dr. Mahathir ketika merasmikan pembinaan loji Malaysia LNG Tiga di Bintulu
Malaysia akan menjadi pengeluar gas cecair asli (LNG) kedua terbesar di dunia apabila loji Malaysia LNG Tiga di Bintulu ini siap nanti, kata Perdana Menteri Datuk Patinggi Dr Mahathir Mohamad.

Loji berkenaan dijangka siap sepenuhnya apabila modul keduanya yang sedang dalam pembinaan dijadual mengeluarkan hasil pada Oktober tahun ini. Modul pertama loji tersebut telah siap serta mengeluarkan hasil pada Mac 2003.

Ketika ini Malaysia berada di tangga ketiga sebagai pengeluar LNG terbesar di dunia dengan kapasiti 15.9 juta tan setahun di belakang Indonesia (33.9 juta tan setahun) dan Algeria (24.5 juta tan setahun).

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmi Kompleks LNG Petronas di Tanjung Kidurong, Bintulu di sini beliau memuji Petronas atas kejayaan membina sebuah kompleks pengeluaran LNG bersepadu bertaraf dunia.

Selain itu, Petronas juga banyak menyumbang kepada pembangunan Bintulu secara menyeluruh dari sebuah kawasan yang agak mundur menjadi sebuah bandar yang serba moden.

Satu lagi sumbangan baik industri minyak dan gas di Bintulu ialah ia menyaksikan ramai pekerja dan jurutera Malaysia berada di merata-rata tempat di seluruh dunia kembali ke tanahair membekalkan kemahiran dan kepakaran mereka dalam pembangunan dan operasi industri gas dan minyak di sini.

Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Haji Abdul Taib Mahmud berkata, perkembangan pesat industri petroleum dan gas cecair seperti yang dilaksanakan oleh Petronas iaitu melalui MLNG akan memberi lebih banyak peluang kepada anak tempatan untuk bekerja menggunakan kepakaran yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Menurutnya, Bintulu iaitu sebuah kampung nelayan suatu ketika dahulu bukan sahaja pesat membangun malah juga menjadi tumpuan kepada beberapa industri yang berasaskan teknologi tinggi seperti projek Bakun dan projek aluminium selain industri pembalakan.

“Industri ini boleh mempercepat transfor-masi sesebuah tempat... Bintulu akan menjadi sebuah pusat dan ban-dar industri utama pada masa akan datang dan ini telah terbukti dengan adanya pela-buran yang besar Petronas di sini,” katanya.

Menurut Ketua Menteri, pembangunan infrastruktur yang agresif turut dilakukan untuk menampung perkembangan industri yang semakin pesat di Bintulu.
Pembangunan di Bintulu kini sudah menjadi begitu pesat dan berkembang dalam pelbagai bidang, khususnya selepas tahun 1982 apabila projek Loji Gas Cecair Asli Malaysia (MLNG) pertama yang menelan belanja RM3 bilion telah dibina.

Projek pertama LNG telah menukar Bintulu dari perkampungan kecil menjadi sebuah bandar yang berkembang maju. Petroleum dan gas merupakan pemangkin kepada lain-lain pembangunan yang terdapat di Bintulu.

Dahulu, Bintulu merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kecil, menghadap Laut China Selatan di tengah Sarawak. Perubahan arus semasa telah membawa Bintulu bertukar wajah menjadi bandar perindustrian yang terkenal di rantau ini.

Banyak bangunan lama telah diganti dengan bangunan baru dan moden. Misalnya, Kampung Dagang yang dahulunya merupakan sebuah perkampungan nelayan telah dibangunkan menjadi pusat komersial.

Sehingga kini Bintulu telah mengalami pertumbuhan perindustrian yang begitu cepat dan dijangka akan terus menjadi pusat pertumbuhan perindustrian baru di Sarawak.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998