|
| Kehadiran Yang Di-Pertuan
Agong sambil diiringi oleh Yang Di-Pertua Negeri ke Majlis Rumah Terbuka
Gawai 2002 disambut mesra pemimpin - pemimpin peringkat negeri |
 |
Perayaan
Gawai Suburkan Integrasi Nasional
Bersatu Menjayakan Wawasan 2020,
itulah tema sambutan perayaan Gawai tahun ini, seiring dengan peranan
masyarakat Dayak yang sama pentingnya dengan peranan kaum lain di negara
ini dalam usaha mencapai hasrat dan cita-cita negara mencapai taraf negara
maju menjelang 2020. Perayaan Gawai kini telah diiktiraf di peringkat kebangsaan sebagai
satu daripada perayaan suku kaum yang rasmi. Sejajar dengan itu, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak serta pelbagai pihak berganding
bahu mengadakan Majlis Rumah Terbuka Malaysia : Gawai Dayak 2002 di
Kuching.
|
|
Tan Sri Datu Dr. Muhamad Taha bin Arif, Ketua
Pengarah Kesihatan Malaysia berucap di Persidangan Healthy Cities
di Kuching baru-baru ini
|
 |
Bandaraya
Kuching Rintis Pelaksanaan Bandaraya Sejahtera Bagi Rantau Asia Tenggara
Bandaraya Kuching bersama-sama Bandaraya Johor Bahru telah dipilih menjadi
perintis pelaksanaan konsep Bandaraya Sejahtera bagi ASEAN (Pertubuhan
Negara-negara Asia Tenggara). Keahlian ASEAN terdiri daripada Brunei,
Cambodia, Filipina, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand
dan Vietnam.
|
Kepentingan
ICT Dalam Pembangunan Masyarakat Terkini
Kebangkitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), terutamanya Internet
telah membuka minat dan harapan yang baru dalam pembangunan ekonomi terutamanya
dalam masyarakat di negara-negara yang membangun seperti di negara kita. Banyak
yang berpendapat bahawa teknologi baru ini dapat memberi ruang lintas yang
lebih cepat untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup jika dibandingkan dengan
proses dalam era atau zaman perindustrian sebelum ini.
Lawatan
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-XII dan Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong
Lawatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-XII, Tuanku
Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamallulail dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong, Tuanku Fauziah selama 3 hari ke Kuching pada 7 hingga 9 Jun 2002 membawa
makna besar kepada rakyat di negeri ini.
Sambutan
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XII Peringkat Negeri
Sarawak
Sempena dengan sambutan Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2002 yang
lalu, bagi peringkat Negeri Sarawak, Kuching telah dipilih menjadi pusat sambutan
kali ini. Beberapa acara telah diatur bagi memeriahkan lagi sambutan. Antaranya
ialah Pameran Raja Kita yang diadakan di Pustaka Negeri Sarawak. Turut diadakan
di perkarangan Pustaka Negeri Sarawak ialah persembahan pancaragam sekolah. Kesempatan
cuti hujung minggu dan cuti Gawai telah memudahkan warga Bandaraya Kuching mengunjungi
pameran ini.
Majlis
Rumah Terbuka Malaysia di Kuching memeriahkan lagi sambutan Gawai Dayak 2002
Sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia : Gawai Dayak 2002 yang diadakan di
Panggung Udara, Jalan Taman Budaya adalah salah satu usaha ke arah membina bangsa
Malaysia yang harmoni. Majlis rumah terbuka ini dianjurkan oleh Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak
serta pelbagai pihak dari kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak
swasta yang terbabit dalam industri pelancongan.
Latar
belakang Sambutan Gawai Dayak
Hari Gawai Dayak yang jatuh pada 1 Jun setiap tahun telah digazet
secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada 25 September 1964. Sambutan secara
rasmi kali pertama pada tarikh itu telah diadakan oleh Dayak Youth Club pada
1965. Pengiktirafan kepada sambutan Gawai Dayak adalah tanda pengiktirafan untuk
kaum Dayak itu sendiri yang secara simboliknya memperlihatkan perpaduan, aspirasi
dan harapan kaum Dayak di Sarawak.
Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pertanian Sarawak
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Pertanian Sarawak telah diadakan
pada 19 hingga 20 April 2002 di Miri. Ia diadakan bagi menghargai komitmen pegawai
dan staf Jabatan Pertanian tersebut. Seramai 126 orang telah menerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun Penilaian 2001, Jabatan Pertanian Sarawak.
Program
Peningkatan Keselamatan, Kebersihan Dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K)
: SMK Padawan
Teras pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Selaras dengan usaha itu, Program Peningkatan Keselamatan,
Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) digalakkan diadakan di sekolah-sekolah.
|