Majlis
Rumah Terbuka Malaysia di Kuching memeriahkan lagi sambutan Gawai Dayak 2002
 |
| Yang Di-Pertuan Agong,Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamallulail
disambut mesra oleh Menteri Pelancongan Sarawak Dato Sri Abang Zohari Tun
Openg setibanya baginda di Majlis Rumah Terbuka Gawai 2002
|
Sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia : Gawai Dayak
2002 yang diadakan di Panggung Udara, Jalan Taman Budaya adalah salah satu
usaha ke arah membina bangsa Malaysia yang harmoni.
Majlis rumah terbuka ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak serta pelbagai pihak dari
kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta yang terbabit dalam
industri pelancongan.
Majlis Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak 2002 peringkat kebangsaan
pada 8 Jun lalu dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang pen-gunjung yang terdiri
daripada masya-rakat pelbagai kaum negeri ini.
Tetamu dan orang ramai yang hadir disajikan dengan persem-bahan kebudayaan
masyarakat Dayak iaitu Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamal-lulail
dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah menjadi tetamu kehormat pada majlis
yang gilang-gemilang itu, disambut dengan acara penuh tradisi iaitu 'miring'
dan 'biau pengabang'.
 |
|
Yang Di-Pertuan Agong,Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamallulail
diberi sambutan penuh tradisi masyarakat Iban
|
Turut menyerikan majlis tersebut ialah Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk
Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin serta Toh Puan Datin Patinggi Hajah
Norkiah, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh
Fadzil, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr George Chan Hong
Nam dan Tan Sri Datuk Amar Alfred Jabu, Menteri Pelancongan Sarawak, Dato Sri
Abang Johari Tun Abang Haji Openg serta menteri-menteri kabinet negeri yang
lain.
Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya berkata
beliau yakin sambutan rumah terbuka ini akan mampu menjadi jambatan bagi membina
keyakinan rakyat berbilang kaum untuk meneruskan semangat bekerjasama serta
toleransi yang wujud sekian lama.
Beliau berkata kerajaan mengiktiraf perayaan Gawai Dayak sebagai satu perayaan
nasional yang sebaris dengan perayaan kaum lain di negara ini.
 |
|
Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong bersama dengan Tuan
Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri dan orang kenamaan lain beserta rakyat
jelata menyaksikan persembahan yang diadakan pada Majlis Rumah Terbuka
Gawai 2002
|
Enam perayaan dari kaum-kaum utama di Malaysia dirayakan di negara ini dan
Gawai Dayak adalah sebagai satu pengiktirafan kerajaan terhadap keunikan kaum-kaum
di negara ini.
Katanya, kesudian kaum-kaum lain untuk turut sama merayakan perayaan rakan
mereka walaupun daripada latar belakang yang berbeza dan ini akan mampu memelihara
perpaduan dan persefahaman bagi mengekalkan keharmonian yang dibina sejak 45
tahun yang lalu.
Manakala, ucapan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang
dibacakan oleh Timbalannya, Tan Sri Datuk Amar Dr George Chan Hong Nam berkata,
majlis seperti Majlis Rumah Terbuka ini antara lain mening-katkan serta memper-lihatkan
hubungan erat, kemesraan dan taat setia di antara pemimpin tertinggi negara
dengan rakyat jelata.
 |
|
Ribuan warga bandaraya Kuching membanjiri sekitar Panggung Udara Kuching
- tidak mahu ketinggalan memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Gawai 2002
|
Interaksi antara rakyat berbilang kaum, bukan sahaja memper-sonakan pelancong
yang melawat negara dan negeri ini, bahkan ia merupakan elemen terpenting pemben-ukan
Bangsa Malaysia yang bersatu padu, selain merupakan syarat utama di dalam menjayakan
cita-cita negara dalam Wawasan 2020.
"Kaum Dayak telah turut sama berperanan dan menyumbang kepada proses pembinaan
dan pembangunan negara. Sumbangan ini meliputi segala aspek, baik politik, ekonomi,
sosial, budaya, mahupun pendidikan. Dengan itu saya menyeru masyarakat Dayak
supaya terus gigih menimba ilmu pengetahuan dan kema-hiran, melalui peningkatan
pelajaran khas di kalangan generasi baru, mengikut ke-perluan semasa,"
katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan
Rumah Terbuka Malaysia: Gawai Dayak 2002, Tan Sri Datuk Amar Alfred Jabu pula
berkata rumah terbuka ini adalah bagi merapatkan hubungan persaudaraan antara
kaum di tanpa mengira bangsa dan keturunan di negara ini.
Katanya, majlis seumpama ini juga adalah bagi mempromosikan kebudayaan etnik
masyarakat berbilang kaum kepada pelancong dalam dan luar negara.
 |
 |
|
|
|
Persembahan kebudayaan serta pertandingan ratu cantik mengikut etnik
iaitu Iban, Bidayuh dan Orang Ulu adalah antara aktiviti yang sering diadakan
setiap munculnya Gawai
|
 |
 |
| Pelbagai pihak dan agensi kerajaan telah berganding bahu
bagi menjayakan Majlis Rumah Terbuka Gawai 2002. Tanpa kesungguhan dan kerja
keras amat sukar sekali majlis sebesar ini dapat dilaksanakan dengan sempurna
|
 |
| Para pemimpin Negeri dan Pusat yang turut hadir bagi memeriahkan lagi
Majlis Rumah Terbuka Gawai 2002
|
|