Kepentingan
ICT Dalam Pembangunan Masyarakat Terkini
(Bhg. 1)
Dipetik dari Kertas Kerja Seminar PBB bertajuk "Kepentingan ICT Dalam
Pembangunan Masyarakat Terkini" oleh SUK
Santubong Resort, Kuching 07/07/2002
1. Pengenalan
Kebangkitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), terutamanya Internet telah
membuka minat dan harapan yang baru dalam pembangunan ekonomi terutamanya dalam
masyarakat di negara-negara yang membangun seperti di negara kita.
Banyak yang berpendapat bahawa teknologi baru ini dapat memberi ruang lintas
yang lebih cepat untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup jika dibandingkan
dengan proses dalam era atau zaman perindustrian sebelum ini.
Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara asasnya terbahagi kepada tiga
kategori iaitu (1) Komputer (2) Komunikasi dan (3) Komputer dan komunikasi yang
berteraskan Internet.
Komputer
Komputer merupakan pembaharuan teknologi yang termaju dan canggih pada pertengahan
abad ke 20. Perkembangan teknologi ini begitu cepat dewasa ini adalah kerana
kos atau harga komputer begitu rendah dan telah dapat menjadikan alat tersebut
terutamanya komputer peribadi dapat dimiliki oleh semua golongan. Dengan pembelian
menerusi KWSP dan pinjaman pembelian komputer dari kerajaan, pengunaan komputer
telah menjadi begitu meningkat. Terdapatnya perisian yang terbaru dan canggih
telah membantu menjadikan pekerjaan kita menjadi lebih cekap dan cepat seperti
pengunaan CAD/CAM dalam melukis lakaran dan pelan-pelan bangunan, GIS untuk
mencartakan peta dan perisian perdagangan, perakauanan dan sebagainya untuk
membantu menjadikan pekerjaan yang dulunya adalah rumit dan rutin lebih cepat
dan mudah.
Komunikasi
Sistem komunikasi adalah aspek yang terpenting dalam kehidupan pada masa kini.
Komunikasi terbahagi kepada dua jenis, sehala dan dua-hala. Sehala adalah komunikasi
yang menggunakan radio dan televisyen manakala komunikasi dua-hala ialah yang
menggunakan telefon, telegraph, faks dan sebagainya.
Komputer dan komunikasi yang berteraskan Internet
Internet merupakan pembaharuan dalam teknologi komputer dan komunikasi. Internet
mengadakan perhubungan antara komputer dengan komputer dan sekarang ini komputer
boleh berhubung dengan telefon sellular menerusi kaedah SMS (Short Messaging
Servises). Internet sekaran ini telah memudahkan pencarian maklumat sehingga
maklumat yang dahulunya susah atau tidak boleh didapati hanya terpapar di skrin
dengan hanya menekan punat pada papan kekunci komputer.
Walaupun teknologi yang ada telah dapat membawa kita ke hadapan ke era teknologi
yang tercanggih dan terkini namun masih banyak lagi penduduk-penduduk dunia
yang masih dalam keadaan daif dan miskin terutamanya di negara-negara yang mundur.
Mengikut statistik dari Bank Dunia 2000, dianggarkan bahawa 1.2 billion orang
yang berada di bawah paras kemiskinan iaitu yang berpendapatan kurang dari US$
l sehari atau RM 120 sebulan. Dan dari jumlah itu 900 juta adalah mereka yang
tinggal di benua Asia Pasifik.
Di Asia Tenggara sahaja, 50% peratus daripada penduduknya adalah buta huruf
dan di negara seperti Kemboja dan Vietnam, kurang dari setengah daripada isirumah
yang mempunyai bekalan air bersih.
Namun begitu, sejak empat dekad yang lalu beberapa negara-negara perindustrian
baru (Newly Industralised Nations NIEs) seperti Hong Kong, China, Korea,
Singapura dan Taiwan telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam menangani
dan mengurangkan tahap kemiskinan di negara mereka.
Malaysia juga telah dapat mengurangkan tahap kemiskinan pendudukanya daripada
17 peratus dalam tahun 70an kepada 4 peratus pada pertengahan tahun 90an.
Kejayaan ini adalah secara langsung dan tidak langsung berikutan dengan ledakan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang bermula pada awal tahun 1990an.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Bank Pembangunan Asia (Asian Development
Bank) tahun 2001, ke semua negara-negara membangun (NIEs), di rantau Asia merupakan
negara yang paling tinggi menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Hong
Kong umpamanya dalam tahun 1999 mempunyai talian telefon sebanyak 577.5 untuk
setiap 1,000 orang, 636.1 telefon sellular, 290.5 komputer peribadi. Kajian
tahun 2000 menunjukkan pengunaan Internet di Hong Kong adalah 260 untuk setiap
1,000 penduduk. Begitu juga Korea, Singapura dan Taiwan di mana pengunaan talian
telefon dan telefon sellular menjangkau lebih dari 400 unit untuk setiap 1,000
penduduk sementara pemilikan komputer adalah melebihi 200 unit untuk setiap
1,000 orang. Pengunaan Internet juga telah melebihi angka 280 untuk setiap 1,000
penduduk pada tahun 2000 bagi negara-negara tersebut.
Di Malaysia penyambungan talian telefon hanya mencapai angka 203 sahaja untuk
setiap 1,000 penduduk sementara pemilikan telefon sellular hanya 137 unit bagi
setiap 1,000 orang. Pemilikan komputer peribadi dan penyambungan Internet hanya
mencapai tahap 68.8 unit bagi setiap 1,000 waraganegara nya.
Kita berada di tahap yang lebih baik jika dibandingkan dengan negara-negara
lain seperti Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Sri Lanka, Kazakhstan dan
sebagainya.
Bagi negara maju seperti Jepun, penyambungan talian telefon dan pengunaan telefon
sellular mencecah hampir 500 unit untuk setiap 1,000 orang sementara pemilikan
komputer peribadi dan penyambungan Internet adalah lebih 200 unit bagi setiap
1,000 penduduk.
Sementara Amerika Syarikat pula talian telefonnya adalah melebihi 681.8 unit,
telefon sellular 311.5, komputer peribadi 510.5 dan Internet mencapai 537.2
unit bagi setiap 1,000 penduduknya.
Dalam kontek ini, adalah jelas kita perhatikan bahawa kebanyakkan negara-negara
yang maju dan negara-negara yang telah mencapai ke tahap sebagai negara perindustrian
baru adalah merupakan negara-negara yang tahap pengunaan ICT dalam masyarakat
nya adalah amat tinggi.
Keberkesanan pengunaan ICT untuk pembangunan masyarakat dan negara begitu ketara
di negara-negara maju umpamanya di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan sebagainya
dan tidak lah menjadi satu kemustahilan yang feadah dan kebaikkannya yang boleh
dinikmati dan dirasai bersama oleh negara-negara lain di dunia ini secara keseluruhannya.
Pembentangan kertas kerja ini adalah bertujuan untuk meneroka sejauhmana ICT
dapat dijadikan kuasa penggerak dalam pembangunan masyarakat pada masa kini
terutamanya dalam membangunkan ekonomi, memperluaskan peluang pekerjaan dan
membantu untuk lebih berdaya saing dalam era globalisasi spertimana yang ditempuhi
pada ketika ini.
2. Peranan ICT Dalam Pembangunan Masyarakat
Di negara-negara yang membangun seperti di Malaysia ini, peranan utama pengunaan
ICT secara langsung adalah untuk menambahbaik taraf ekonomi bagi penduduk luar
bandar dan golongan masyarakat yang kurang upaya dari segi ekonomi. Dengan kata
lain, pengunaan ICT di negara ini adalah untuk mengurangkan tahap kemiskinan
masyarakat negara ini secara keseluruhannya.
Pengunaan ICT secara langsung juga berupaya untuk menambah baik kehidupan masyarakat
dengan membantu dalam perkara-perkara berikut:-
a. Maklumat tentang peluang perniagaan
Melalui ICT maklumat tentang harga, pasaran, jualan dsbnya dapat diperolehi
dengan mudah terutamanya melalui Internet dan Internet juga dapat membantu untuk
mencari pasaran baru serta memudahkan proses tempahan, penghantaran dan pembayaran
b. Membuka Peluang Pekerjaan
ICT juga boleh membantu dalam mencari kerja, maklumat tentang pekerjaan dan
juga boleh digunakan untuk membuka peluang pekerjaan yang baru umpamanya menjadi
pengiklan laman web
c. Kemahiran dan Pembelajaran
Pembelajaran secara jarak jauh menggunakan Internet dapat dilakukan dengan
adanya ICT dan kemahiran dapat ditingkatkan melalui kaedah-kaedah baru yang
boleh dipelajari secara talian
d. Penjagaan Kesihatan
Inovasi baru dilakukan untuk membawa perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat
miskin dengan menggunakan ICT. Tele-medicine sebagai contoh.
e. Urusan Pentadbiran
Pengunaan ICT dapat mempercepatkan lagi perkhidmatan kerajaan kepada rakyat
secara keseluruhannya
f. Pengagihan Kuasa
ICT juga boleh digunakan untuk menaik taraf perhubungan dan komunikasi di antara
masyarakat umum dengan kerajaan dan membolehkan sebarang rungutan akan dapat
di atasai secepatnya.
ICT juga dapat menambah baik kebajikan dan kehidupan masyarakat termiskin secara
tidak langsung hasil daripada kesan deraian (trickledown effect) dari segi penambahan
pendapatan dan terdapatnya peluang-peluang pekerjaan.
3. Kesan-kesan Secara Langsung Pengunaan ICT Terhadap Masyarakat
a. ICT Membantu Membuka Peluang Perniagaan
ICT boleh dijadikan sumber maklumat perniagaan. Ia dapat membantu dalam mencari
pasaran terbaik untuk sesuatu barangan, membantu dalam mencari sumber bekalan
barangan dengan harga yang baik, mencari kaedah penghantaran yang efektif dengan
kos yang rendah serta mencari cara pemasaran yang efisyen.
Di India umpamanya, ICT digunakan dibeberapa negeri untuk pengeluar dan penjual
berhubung rapat dan bertukar maklumat mengenai pasaran, harga dan bekalan. Dengan
maklumat yang ada, ianya dapat membantu dalam menambah penghasilan serta mendapatkan
pasaran dan harga yang baik bagi barangan dan keluaran yang kebanyakkannya dihasilkan
oleh golongan petani-petani yang miskin. Ini telah dapat membantu petani-petani
tersebut menambah pendapatan mereka dengan lebih baik.
Pusat Sumber
Pusat Sumber telah dibangunkan dibeberapa daerah di India dengan yang pertamanya
di buka di Chennai dengan bantuan Canadian International Developmant Research
Centre (IDRC). Pusat Sumber ini beroperasi untuk membantu petani-petani di luar
bandar di India untuk memperolehi data mengenai cara-cara bertani dan bercucuk
tanam dengan kaedah yang lebih baik. Selain itu juga pusat-pusat ini menjadi
pusat rujukan bagi petani-petani mencari melalui Internet tentang perkakas pertanian
yang boleh didapati dengan murah serta untuk mencari benih-benih tanaman yang
baik, serta maklumat-maklumat yang berkaitan seperti pembelian insuran, peluan-peluang
subsidi dan sebagainya yang akan dapat membantu mereka dalam mengharungi kehidupan
harian mereka dengan lebih baik.
E-Pasar (E-Marketplace)
India menggunakan Internet untuk memasarkan pengeluran dan hasil tanaman petani
miskin. Kizhur, sebuah perkampongan di Tamil Nadu menggunakan portal Internet
untuk menjual sari dan pakaian tradisional India ke seluruh dunia. Di Pulau
Pinang pula terdapat seorang pengusaha dusun durian yang telah dapat mempertingkatkan
penjualan buah duriannya dengan menggunakan Internet melalui portalnya (Durian.Com).
Kerjasama dalam pengeluaran susu (Milk Cooperatives)
Di Gujerat, India, salah satu kejayaan penggunaan teknologi aplikasi ICT ialah
meningkatkan pengumpulan susu. Teknologi elektronik telahpun digunakan untuk
menyukat dan mengendalikan kuantiti serta kualiti susu yang telah dihantar oleh
petani-petani. Sistem ini membolehkan proses pengumpulan dan penilaian dilakukan
dengan lebih cepat dan efisien.
Tugas petani-petani sebagai pengurus
ICT boleh digunakan untuk mengurus jadual waktu petani-petani, penjadualan
hasil tanaman, kawalan serangga dan rodensia, pemasaran dan juga pengurusan
air. Terdapat sebahagian laman web yang telah dibangunkan secara khususnya untuk
menyediakan petani-petani peruntukan maklumat daripada bentuk hasil tanaman
dan ramalan kajicuaca sehingga kepada polisi-polisi kerajaan dalam pertanian
terkini. Sebagai contoh, di Rajasthan, perisian yang dikenali sebagai Sim
Tanka telah membantu penduduk kampung untuk mengira jumlah air yang dijangka
terdapat di dalam tangki dan kolam air berdasarkan kepada simulasi dan rekod-rekod
yang lepas.
Bersambung pada keluaran akan datang.
|