Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Perayaan Gawai Suburkan Integrasi Nasional

‘Bersatu Menjayakan Wawasan 2020, itulah tema sambutan perayaan Gawai tahun ini, seiring dengan peranan masyarakat Dayak yang sama pentingnya dengan peranan kaum lain di negara ini dalam usaha mencapai hasrat dan cita-cita negara mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

Perayaan Gawai kini telah diiktiraf di peringkat kebangsaan sebagai satu daripada perayaan suku kaum yang rasmi.

Sejajar dengan itu, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak serta pelbagai pihak berganding bahu mengadakan Majlis Rumah Terbuka Malaysia : Gawai Dayak 2002 di Kuching.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamallulail dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah menjadi yang tetamu kehormat pada majlis itu.

Kehadiran Yang Di-Pertuan Agong sambil diiringi oleh Yang Di-Pertua Negeri ke Majlis Rumah Terbuka Gawai 2002 disambut mesra pemimpin-pemimpin peringkat negeri

Asalnya, Gawai disambut oleh kaum Dayak sebagai menandakan rasa syukur mereka terhadap hasil tuaian yang mereka perolehi selepas musim menuai serta sebelum mereka memulakan penanaman untuk musim seterusnya.

Ketika Gawai, amalan ‘ngabang’ atau kunjung-mengunjung merupakan budaya masyarakat yang boleh mengukuhkan silaturrahim dan seterusnya perpaduan semua masyarakat.

Dengan ini Gawai juga berperanan sebagai satu faktor yang boleh mempercepatkan proses integrasi nasional.

Sementara itu pemimpin peringkat negeri dan pusat dalam perutusan mereka menyeru rakyat memanfaat perayaan seumpamanya sebagai satu saluran mewujudkan keharmonian di kalangan warganegara yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Manakala masyarakat Dayak pula diingatkan supaya terus berusaha membabitkan diri secara aktif dalam pembangunan negara di samping berusaha memajukan diri sendiri agar tidak ketinggalan dalam pelbagai bidang, kuhusnya pendidikan.

Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin dalam perutusannya ber-kata, masyarakat Dayak diseru supaya terus menyokong usaha kerajaan mendidik dan melatih generasi muda ke arah melahirkan tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

“Di samping itu, masyarakat Dayak juga harus melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran serta mengukuhkan jati diri sejajar dengan usaha kerajaan membentuk Masyarakat Berasaskan Ilmu”.

Katanya, masyarakat Dayak juga harus berazam untuk terus menyumbang kepada pertumbuhan dan kestabilan ekonomi negeri Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dalam perutusan Hari Gawai 2002 yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, mengajak rakyat terus memelihara sifat memahami dan menghormati hak kaum lain bagi meningkatkan lagi semangat toleransi antara satu sama lain.

Perdana Menteri berkata, dengan mengekalkan sifat seperti itu, negara akan terus berada dalam keadaan aman dan seluruh rakyat dapat hidup dengan selesa serta selamat.

“Negara juga dapat diuruskan oleh kerajaan dengan baik dan cekap serta banyak program pembangunan dan kemajuan untuk faedah rakyat jelata dapat dilaksanakan dengan berkesan”.

Katanya, setiap kaum mempunyai suara yang sama banyak dengan kaum lain, hak dan nasib mereka juga dilindungi sama sahaja dengan hak golongan majoriti.

Manakala, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam perutusannya berkata, Kerajaan Negeri memberi tumpuan terhadap pembangunan pendidikan dengan menggalakkan penubuhan institusi pengajian tinggi bagi mendidik tenaga manusia berkemahiran bagi melahirkan lebih ramai saintis, jurutera dan pakar teknologi pada masa akan datang.

“Kita percaya tenaga kerja di negeri ini mempunyai potensi semulajadi untuk meningkatkan produktiviti dan keberkesanan”.

Beliau juga menyeru supaya rakyat menggunakan suasana perayaan Gawai untuk memelihara kestabilan, menjaga keamanan dan keharmonian sepanjang masa.

“Untuk memastikan kejayaan pencapaian Wawasan 2020, maka kerajaan mengutamakan kestabilan politik, mengeratkan perpaduan dan memelihara keharmonian di samping bekerjasama mengem-bleng tenaga memban-gunkan negeri Sarawak, khasnya dan Malaysia umumnya.”

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998