|
Program Sarawak Cergas di Sungai Asap, Belaga
Antara aktiviti yang turut diadakan
 |
Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi Sarawak telah mengadakan Sarawak Cergas di Sungai Asap, Belaga pada 14 dan 15 April 2001.
Pelbagai sukan rakyat telah diadakan sempena temasya ini termasuk sukaneka, tarik tali dan menyumpit. Selain itu, bengkel kesihatan wanita juga diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan tahap kesihatan penduduk tempatan.
Tarik Tali: acara yang mendapat perhatian penonton
 |
Penduduk di rumah panjang Sungai Asap turut mempersembahkan pertunjukkan kebudayaan pada sebelah malam. Acara kemuncak Sarawak Cergas kali ini adalah senamrobik beramai-ramai yang bertempat di padang Uma Kulit.
Temasya yang berlangsung selama dua hari ini disertai oleh semua penduduk dari 15 buah rumah panjang di Sungai Asap, Belaga.
|