A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Kerja Berkualiti Tingkatkan Produktiviti

Usaha-usaha kita untuk mengiatkan dan memperkenalkan program kualiti di negeri ini sudah begitu hebat dijalankan sejak lebih satu dekad yang lalu.

Pelbagai program telah dilaksanakan termasuk kursus teras kualiti, kursus Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK), program Total Quality Management (TQM) serta anugerah-anugerah kualiti.

KMK misalnya telah diperkenalkan di dalam perkhidmatan awam Negeri Sarawak pada tahun 1989 ketika pelancaran Program Gerakan Kualiti. Namun sehingga kini didapati KMK masih belum mampu bertapak sebagai satu budaya dan menjadi salah satu program teras dalam pentadbiran jabatan-jabatan kita.

Pada Konvensyen KMK 2001 yang dijalankan pada 12-13 Jun 2001 baru lalu misalnya, hanya menyaksikan 16 pasukan sahaja yang mengambil bahagian. Ini adalah satu jumlah yang amat kecil berbanding dengan bilangan jabatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang terdapat di negeri ini.

Amatlah nyata latihan tanpa komitmen dan penglibatan daripada semua anggota perkhidmatan awam untuk melaksanakan program kualiti ini tidak akan membuahkan hasil.

Seharusnya program kualiti yang menekankan penglibatan langsung pihak pengurusan dan pekerja seperti KMK diterima pakai oleh semua jabatan memandangkan KMK adalah salah satu cara yang praktikal untuk penyelesaian masalah.

KMK merupakan satu kumpulan pekerja antara 6 hingga 10 orang dari unit kerja yang sama, berjumpa kerap kali untuk mengenalpasti, memilih dan menganalisa satu-satu masalah di tempat kerja dengan menggunakan beberapa kaedah atau alat seperti pareto diagram, cause and effect diagram (The fish Bone Diagram) dan lain-lain statistical analysis tools untuk mendapat keputusan atau penyelesaian masalah yang kemudiannya dikemukakan kepada pihak pengurusan untuk dipertimbangkan untuk tindakan penyelesaian.

Falsafah KMK adalah berteraskan kepada konsep penglibatan pihak pengurusan yang mana setiap anggota kerja di dalam organisasi terbabit diberi peluang untuk mengambil bahagian di dalam penyelesaian masalah yang seterusnya akan meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi terbabit.

Idea-idea untuk meningkatkan kualiti serta produktiviti kerja tidak akan lahir dengan paksaan. Ianya hanya akan dapat dilahirkan apabila anggota organisasi terbabit berasa bangga dengan kerja mereka, apabila mereka berasa idea dan cadangan mereka didengar dan mereka memperolehi maklumbalas positif dari pihak atasan.

Oleh yang demikian, untuk itu adalah perlu pihak pengurusan memainkan peranan aktif mewujudkan suasana atau persekitaran yang membolehkan anggota organisasi terbabit berasa diperlukan, disokong serta dinilai sebagai individu.

Dengan wujudnya suasana sedemikian akan memudahkan usaha kita untuk menerima serta melaksanakan tranformasi budaya dalam perkhidmatan awam yang mahu menjadikan kualiti sebagai cara hidup kita dalam perkhidmatan awam.

Untuk itu kita harus proaktif serta ...

bersambung di muka surat 2

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998