Rakan Sarawak June 2001
   
 
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Suruhanjaya Pilihanraya : Pilihanraya DUN Sarawak 2001 Hanya Sehari

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) merupakan sebuah badan yang adil, cekap dan telus dalam menjamin hak demokrasi semua warganegara Malaysia. Justeru itu, tempoh Pilihanraya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) telah dipendekkan pada setiap pilihanraya yang lepas.

Menurut Timbalan Pengarah Pilihanraya Negeri Sarwak, Tuan Haji Takun @ Takon Sunggah, tempoh Pilihanraya DUN Sarawak pada tahun 1969/1970 adalah selama 28 hari. Namun kini SPR telah berjaya memendekkan tempoh pilihanraya DUN Sarawak pada tahun 1996 kepada dua hari sahaja dan untuk pilihanraya DUN Sarawak tahun 2001, SPR telah merancang untuk mengadakannya hanya untuk tempoh sehari sahaja.

Ini dapat dilakukan, menurut Tuan Haji Takun, adalah kerana pihak SPR Sarawak telah mengguna pakai pelbagai teknologi dalam proses pilihanraya.

Pada Pilihanraya Parlimen 1999, SPR Negeri Sarawak telah membelanjakan sebanyak RM 21 juta dan angka ini dijangka meningkat kepada RM 23 juta pada Pilihanraya DUN Sarawak yang akan datang kerana tempoh pilihanraya yang pendek dan kos pengangkutan yang tinggi.

SPR yang ditubuhkan pada 4 September 1957 di bawah Perkara 113 dan 114 Perlembagaan Persekutuan mempunyai tiga fungsi utama.

Pertama, SPR mewujudkan bahagian-bahagian pilihanraya dan persempadanan bahagian pilihanraya. Persempadan bahagian pilihanraya akan dilakukan lapan tahun sekali bergantung kepada kelulusan daripada Parlimen dan DUN.

Fungsi kedua SPR merupakan menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan menyemak daftar pemilih setiap tahun. Tempoh untuk pendaftaran dan menyemak daftar pemilih adalah selama 21 sehingga 40 hari.

Fungsi ketiga SPR adalah menjalankan pilihanraya umum dan pilihanraya kecil.

SPR akan menurunkan kuasa dan melantik seorang Pegawai Pengurus (biasanya Residen, Pegawai Daerah dan Pegawai Bantu Tadbir) untuk mengenali proses pilihanraya. SPR hanya memainkan peranan sebagai pemantau.

Pegawai Pengurus akan melantik kakitangan kerajaan daripada pelbagai jabatan dan kementerian untuk bertugas sebagai kerani pengundian, mengira undi dan daftar pemilih.

Kesemua kakitangan kerajaan yang terlibat dalam pilihanraya akan diberikan taklimat dan kursus asas oleh SPR.

SPR sememangnya tidak menyediakan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat umum. Walau bagaimanapun, fungsi SPR dalam menjamin demokrasi setiap warganegara memang tidak boleh dinafikan. Justeru itu, SPR sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang adil, cekap dan telus dalam menjamin hak demokrasi warganegara Malaysia.

Pecahan Tempat Mengundi

1996 1999 2001

Sekolah 1,003 1,127 1,187

Rumah Panjang 316 363 379

Balai Raya 97 93 87

Lain-lain 105 105 91

Jumlah Tempat Mengundi 1,521 1,688 1,762

Tempoh Pilihanraya Umum

DUN Negeri Sarawak

Tahun Pilihanraya Tempoh

1969/70 28 hari

1974 21 hari

1979 8 hari

1983 2 hari

1987 2 hari

1991 2 hari

1996 2 hari

2001 1 hari

Pecahan Petugas

Jawatan 1996 1999 2001

Pegawai Pengurus 62 28 62

Penolong Pegawai Pengurus 139 82 159

Pembantu Pilihanraya 124 84 127

Ketua Tempat Mengundi 1,137 1,931 2,169

Kerani Pengundian/ Mengira Undi 2,873 4,399 4,765

Kerani Penyemak Daftar Pemilih 454 604 696

Kerani Undi Pos 345 316 534

Penyambut Tetamu/ Buruh 620 280 620

Jurutaip 124 62 124

Lain-lain (porter/ jagaluan/ pemandu) 3,274 6,197 7,572

Jumlah 9,152 13,983 16,828

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998