Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Pembangunan ICT Dalam Merealisasikan Kerajaan Elektronik

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8),pelbagai program dan langkah dilaksanakan bagi memastikan jentera pentadbiran Kerajaan yang cekap dan berkesan untuk pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang berterusan.


Usaha ini meliputi inisiatif dalam bidang seperti pengurusan kualiti, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),akauntabiliti dan keutuhan pengurusan serta pengurusan sumber manusia.

Langkah-langkah telah diambil untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan termasuk usaha mengurangkan kerenah birokrasi dengan mempermudah dan memperkemas sistem dan prosedur kerja serta mengukur prestasi berasaskan Petunjuk Utama Prestasi (KPI)Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9)pula, sejajar dengan prinsip kedua (kerajaan yang adil dan beramanah)dan keenam (kehidupan berkualiti)Islam Hadhari,usaha akan diambil untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan bagi meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat Malaysia.

Usaha ini termasuk menambah baik sistem pentadbiran di semua peringkat,menyediakan pelbagai saluran hubungan antara agensi Kerajaan dengan pelanggan yang cekap dan berkesan,mengkaji semula dan memperkemas undang-undang serta syarat kawal selia dan pelesenan,memanfaatkan ICT serta menggalakkan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi untuk menyokong sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan.

Adalah tidak dinafikan bahawa penggunaan ICT di Sarawak berkembang dengan baik semenjak 15 tahun kebelakangan ini.Visi dan hasrat Kerajaan untuk melahirkan masyarakat berilmu (knowledge society )merupakan dorongan dan cabaran kita semua untuk menambahbaikkan (value-add )apa juga sistem,proses mahupun pangkalan data manual kepada pendekatan elektronik di mana pengurusan maklumat dapat dibuat secara mudah,cepat dan efisien.

Dalam era ICT dan globalisasi,Kerajaan tidak ada pilihan lain tetapi berusaha ke arah mewujudkan Kerajaan Elektronik (e-Government InsyaAllah kita telah menetapkan tahun 2008 untuk merealisasikan visi ini.

Seperti yang kita sudah sedia maklum,Kerajaan Elektronik yang diperkenalkan dalam awal tahun 90-an telah membuktikan bahawa ianya boleh mempertingkatkan operasi dalaman Kerajaan di samping menjana maklumat dan seterusnya memberi penyampaian perkhidmatan yang efisien kepada rakyat.

Kerajaan Negeri Sarawak sememangnya mempunyai perancangan strategik bagi memastikan Negeri Sarawak mencapai status negeri maju sejajar dengan perkembangan arus modenisasi di peringkat nasional dan juga antarabangsa.

Sebagai contoh,Kerajaan Negeri telah menubuhkan Sarawak Information Systems Sdn.Bhd atau (SAINS )dan PUSTAKA Negeri sebagai langkah awal untuk menerokai dan memperluaskan penggunaan ICT kepada semua lapisan masyarakat. Pustaka Negeri Sarawak atau PUSTAKA merupakan pusat sumber maklumat utama yang berperanan sebagai "hub" bagi perkhidmatan maklumat bagi sektor awam dan swasta.

Baru-baru ini,YAB Perdana Menteri kita dalam pembentangan RMK-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa Kerajaan tetap akan terus mengambil langkah untuk memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan berkaitan ICT .

Projek e-SKM

Untuk merancakkan lagi pembangunan dan mempercepatkan lagi urusan pentadbiran,Perkhidmatan Awam Negeri telah memperkenalkan sistem ICT yang baru iaitu e-Sistem Ketua Masyarakat atau e-SKM.SKM adalah aplikasi dan pangkalan data bagi pengurusan dan pentadbiran pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di seluruh Negeri Sarawak serta proses lain yang berkaitan seperti:

Pencalonan

Perlanjutan pelantikan

Permohonan peletakan jawatan

Penamatan perkhidmatan

Pengesahan dalam jawatan

Pada peringkat awalnya,sistem ini diperkenalkan sebagai pusat pangkalan data bagi tujuan penyimpanan maklumat dan rekod peringkat Jabatan Ketua Menteri Sarawak sahaja. Namun memandangkan sistem ini amat berkesan,sistem ini telah dipertingkatkan dengan memasukkan sistem aplikasi yang membolehkan Pejabat Daerah,Pejabat Residen Bahagian dan Jabatan Ketua Menteri Sarawak berinteraksi dengan mudah untuk tujuan urusan pentadbiran Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum.

Sistem e-SKM ini akan menyumbang ke arah penambahbaikan, penyampaian dan kecekapan pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak. Selain memudahkan serta mempercepatkan urusan pentadbiran,sistem ini akan dapat membantu menjimatkan kos perbelanjaan pihak Kerajaan.

Hasilnya,semua pihak akan mendapat manfaat daripada penggunaan teknologi tanpa kertas ini.Lebih dari itu,penggunaan teknologi info komunikasi ini juga boleh menjadi penyelesai dan pemudah cara kepada aktiviti-aktiviti pembangunan. Kesan dari revolusi digital dan keupayaan teknologi info komunikasi,segala halangan tradisional seperti "jarak" dan "masa" akan dapat diatasi.

Ini secara tidak langsung akan dapat memberikan ruang kepada para pentadbir jentera kerajaan untuk melaksanakan lebih banyak projek atau program pembangunan yang akan memberikan lebih manfaat kepada masyarakat serta peningkatan tahap kesejahteraan ekonomi dan sosial mereka.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998