Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Hari Keluarga RANDO 2006 Penuh Kemeriahan!
Artikel sumbangan Jeffrey Jalong, RANDO Bintulu

Sambutan serta minat untuk turut serta yang ditunjukkan oleh ahli-ahli kelab RANDO pada kali ini amat menggalakkan. Mana tidaknya, pada perkiraan awal setelah borang penyertaan dikembalikan, seramai 186 ahli keluarga kelab akan turut serta!

Hari Keluarga RANDO pada pada 18 Mac 2006 lalu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti dengan lagu Ibu Pertiwiku. Acara seterusnya ialah acara senorobik dipimpin oleh Pemangku Pegawai Daerah Tatau, Encik Michael Ronnie Langgong.

Sambutan peserta dalam sesi senamrobik tersebut memang sporting. Baik Tuan Residen, para Penghulu/ anak-anak kecil serta ibu-bapa masing-masing semua turut serta dengan penuh rasa gembira. Encik Michael Ronnie dan pasukan juru tunjuknya pula memang hebat! bergaya dan cool. Anak-anak yang turut serta dalam sesi ini apa lagi, seronok berul! Walaupun sesetangahnya masih kekok dengan teknik senamrobik namun penyertaan mereka begitu memuaskan.

Dr Razali Abon, Residen Bahagian Bintulu, menyampaikan ucapan perasmian Program Hari
Keluarga Kelab RANDO Bintulu
Sesi senamrobik yang diketuai oleh Pemangku Pegawai daerah Tatau, En. Micheal Ronnie Langgong
Sesi senamronik turut disertai oleh Dr Razali Abon (Residen Bahagian Bintulu), Penghulu Chabi dan Penghulu Drahman Permainan menjaringkan bola terbanyak mendapat sambutan yang amat baik
Anak-anak ahli Kelab RANDO Bintulu mengambil bahagian dalam permainan ‘Kerusi Muzik’ Salah satu permainan yang mendapat perhatian pada Hari Keluarga Kelab RANDO Bintulu ialah ‘Permainan Mumia Dewasa’

Pelbagai aktiviti dan acara Sukaneka yang menarik telah disediakan oleh pihak urusetia sukaneka yang diketuai oleh saudara Ahim, Zul dan Awg. Omar.
Antara acara sukaneka yang telah diatur ialah seperti kumpulan terpanjang, kerusi muzik, menjaring bola jaring, meletop belon, mengisi air dalam botol, timang bola tampar, cipta objek dari surat khabar, mumia, tugu belon, passing gelang getah, passing message, bahasa isyarat, dan pertukaran hadiah.

Sesungguhnya kesemua acara ini amat menarik dan sepanjang pelaksanaannya para peserta ahli kelab yang terlibat begitu gembira dan bersemangat!
Kepelbagaian aktiviti yang sesuai dengan cita rasa golongan dewasa dan kanak-kanak menjadikan aturcara program sepanjang hari keluarga kelab yang baru lalu amat mengembirakan dan menceriakan.

Selain daripada acara sukaneka, acara berkaraoke turut dipertandingkan yang diketuai oleh Saudara Mahmud Bin Yunus. Ada banyak peristiwa menarik yang telah berlaku sepanjang penganjuran Hari Keluarga Kelab RANDO Bintulu 2006 yang lalu. Sebahagiannya tidak dapat dimuatkan dalam laporan ini. Yang pasti ialah setiap detik kejayaan dan kegembiraan yang berlaku sepanjang berlangsungnya sambutan Hari Keluarga Kelab RANDO Bintulu 2006 adalah hasil kerjasama dan kesungguhan setiap ahli Jawatankuasa serta semua ahli keluarga Kelab. Tanpa sokongan dan kerjasama dan persefahaman ahli-ahli kelab dalam melaksanakan tugas dan tanggugnjawab mereka, kepuasan berhari keluarga pada tahun ini, 2006 tidak akan dapat dikecapi.

Panjang umur, tahun 2007 kita berjumpa lagi!

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998