Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Lembaga Air Sibu Laksanakan Projek Bekalan Air 2005 dan Rancangkan
Projek 2006

Pembekalan, dan pemasangan
saluran utama penyambungan Sistem Agihan Bandar Baru Sibu Fasa II

Sebanyak lapan (8) buah projek utama telah dilaksanakan oleh Lembaga Air Sibu dalam tahun 2005 untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air kepada penduduk Bandar Sibu.

Di antara projek yang telah dilaksanakan ialah mengantikan sebuah pam besar untuk air terawat di Unit Pengeluaran, Loji Salim. Projek pemindahan paip untuk memberi laluan kepada pembesaran Brooke Drive telah disiapkan pada 15 November 2005. Kerja pemasangan untuk meningkatkan bekalan air ke Bandar Baru Sibu Jaya yang bernilai kira-kira RM1.9 juta telah disiapkan pada 30 Julai 2005.

Selain daripada itu kerja-kerja pembaharuan paip air di merata tempat juga dilaksanakan untuk meningkat mutu air yang disalurkan kepada pengguna. Kerja pembaharuan paip air yang telah dilaksanakan pada 2005 adalah bernilai kira-kira RM1.9 juta yang telah disiapkan pada 12 Oktober 2005.

Kerja pemasangan paip merentasi dasar sungai juga turut dilaksanakan untuk menggantikan paip yang telah rosak yang menelan belanja sebanyak kira-kira RM300 ribu dan disiapkan pada 6 April 2005.

Perlaksanaan 60 Meter Zone dan Sistem Agihan Bandar baru telah meningkatkan bekalan air ke Bahagian Jalan Oya di mana bekalan air dipam secara terus daripada Loji Salim dan tidak melalui Stesen Pam Deshon seperti sebelum ini.

Perlaksanaan ini juga telah mengurangkan masalah tekanan air rendah yang dialami penduduk di kawasan Jalan Oya terutama penduduk di Sibu Jaya. Kerja pemasangan saluran paip baru juga turut dilaksanakan di Jalan Bahagia Tengah Fasa IV. Kos pemasangan paip di Jalan Bahagia Tengah Fasa IV ini menelan belanja sebanyak kira-kira RM778 ribu dan disiapkan pada 1 Julai 2005.

Empangan dan loji air bagi Ulu Oya
(dari Salim ke Airport) fasa II
– naiktaraf 60 meter set saluran Zon
bagi Loji Rawatan Air Salim,
Lembaga Air Sibu
Kerja-kerja stesyen ‘booster’ dan
empangan untuk kawasan Sibu Barat



Memandangkan jumlah permintaan air di Bandar Sibu semakin meningkat, Pihak Lembaga telah bersetuju untuk memperuntukkan kira-kira RM74 ribu bagi pembinaan Loji Salim Fasa II. Bekalan air di bahagian Barat Sibu akan ditingkatkan dengan pembinaan Sibu West Booster Station yang menelan belanja sebanyak kira-kira RM1.8 juta.

Pada tahun 2006, Pihak Lembaga telah memperuntukkan sebanyak kira-kira RM8 juta untuk melaksanakan projek pembaharuan paip di merata tempat di Bandar Sibu untuk mengantikan paip-paip lama
.

Penghargaan kepada: Encik Daniel Wong Pengurus Besar, Lembaga Air Sibu

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998