Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Perancangan Rapi dan Berorientasikan Rakyat Jaya RMK9

Kerajaan Negeri menetapkan lima (5) teras utama dalam pelaksanaan RMK9 bagi Sarawak yang antara lainnya untuk memastikan kualiti hidup yang lebih baik, untuk mengimbangi ketidaksamaan antara wilayah dan kumpulan serta peningkatan kemahiran perlu dijadikan panduan berguna bagi kakitangan awam untuk menjayakannya.

Demikian kata YAB Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada ucaptamanya pada “Majlis Perjumpaan dengan YAB Ketua Menteri - Perancangan Malaysia Kesembilan: Peranan Kakitangan Perkhidmatan Awam,” di Petra Jaya Mei lalu.

Menurutnya, usaha itu amat perlu memandangkan hanya tinggal 15 tahun sahaja lagi untuk negara menjayakan Wawasan 2020. Manakala peruntukan berjumlah RM25.1 billion untuk pembangunan negeri di bawah RMK9 perlu dibelanjakan dengan sebaik mungkin untuk manfaat semaksimum mungkin kepada penduduk negeri ini.

Ketua Menteri juga menegaskan bahawa sasaran kerajaan bukan sahaja kepada pembangunan fizikal malah perlu diiringi dengan peningkatan kualiti hidup. Malah katanya, perancangan yang dilaksanakan juga perlu memenuhi keperluan masyarakat supaya masyarakat sentiasa turut serta dalam pembangunan negeri.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Datuk Amar Haji Abdul Aziz Dato Haji Husain dalam ucapan aluannya menegaskan bahawa kakitangan awam seharusnya dapat melaksanakan tugas dengan berkualiti, cekap serta efisyen sungguhpun berhadapan dengan sumber yang terhad.

Kerana itu mereka perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan bersedia dengan keperluan untuk berubah. Mereka juga perlu menjalankan tugas dengan amanah dan cekap yang menjadi teras pembangunan modal insan perkhidmatan awam negeri. Beliau memberi contoh bahawa terdapat kira-kira 29,356 jawatan dalam pelbagai jabatan, agensi dan badan berkanun Kerajaan Negeri.

Namun ketika ini hanya kira-kira 22 ribu sahaja jawatan yang diisi. Begitu juga dengan ketiadaan pertambahan daripada segi peruntukan untuk perkhidmatan awam pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Sehubungan itu katanya, penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) akan diperluas dan tugas-tugas seperti kerja pemantauan dan penyampaian perkhidmatan akan dibuat secara elektronik.

Beliau turut menggesa supaya kualiti kepimpinan dalam organisasi dipertingkat bagi membolehkan organisasi mencapai visi dan misinya. Jika semua itu dapat diusahakan, sudah tentu RMK9 akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dengan kesan sosioekonomi yang maksimum untuk Negeri Sarawak.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998