Home
Muzium Petroleum Sarawak

YAB Ketua Menteri merasmikan Muzium Petroleum
Bersempena dengan Sambutan Pengisytiharan Bandar Raya Miri 2005, Sarawak mencatatkan satu lagi sejarah apabila Muzium Petroleum yang pertama di negeri ini yang terletak di Bukit Telaga Minyak, Miri (dahulunya dikenali sebagai Bukit Kanada) telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri, Pehin Sri Dr Haji Abdul Taib Mahmud.

Ia bakal menjadi salah satu tarikan penting atau monumen yang unik untuk dikunjungi apabila kerja penyediaan dan pemasangan perhiasan dalaman dijangka siap hujung tahun ini.

Muzium itu dibangunkan di tapak seluas 10 hektar, berhampiran dengan lokasi penemuan minyak yang pertama di negeri ini iaitu di Grand Old Lady (telaga minyak pertama Sarawak) pada tahun 1910.
Mencuba kaedah lama


Pembinaan muzium ini adalah perkongsian bijak antara Kerajaan Negeri, PETRONAS dan Sarawak Shell Bhd. Pihak
PETRONAS dan Sarawak Shell Bhd. masing-masing menyumbang sebanyak RM5 juta untuk pembinaannya. Ketika penerokaan kawasan itu, hanya terdapat derek kayu setinggi 87 meter didirikan bagi membolehkan penggalian minyak dengan menggunakan kaedah cable tool. Telaga minyak itu dahulu mampu mengeluarkan sebanyak 83 tong minyak mentah sehari.

Walau bagaimanapun, operasinya dihentikan pada tahun 1972 apabila kapasiti pengeluarannya menurun kepada hanya tujuh tong sehari (jumlah hasil minyak sepanjang operasinya adalah sebanyak 658,650 tong).

Ruang legar muzium…para pengunjung
muzium dijanjikan dengan pelbagai informasi
Tapak telaga minyak itu kemudiannya diisytiharkan sebagai Monumen Bersejarah pada tahun 1978.

Pembinaan muzium di tapak itu kemudiannya telah dirancang pada tahun 1992. Reka bentuk dan pembinaan bangunan diusahakan oleh Majlis Bandaraya Miri. Jabatan Muzium pula mengendalikan konsep dan perhiasan dalamannya.

Ia menggunakan konsep muzium interaktif yang mana pengunjung bukan sahaja akan menyaksikan artifak dan bahan
yang dipamerkan, malah boleh berinteraksi melalui peralatan
canggih yang akan menguji minda dan fikiran. Bahan-bahan pamerannya pula diharap mampu meningkatkan kefahaman para pengunjung terhadap peranan dan sumbangan industri petroleum di Miri dan Sarawak keseluruhannya. Malah persekitaran muzium yang dikelilingi taman serta pemandangan yang menghala Lautan China Selatan serta Bandaraya Miri pasti akan menjadikan kunjungan pengunjung
lebih bermakna.
Muzium Petroleum dengan reka bentuk
yang moden diusahakan oleh Majlis
Bandaraya Miri
Majlis Penuh Adat Istiadat Perlantikan Datuk Bandar Miri Dato’ Wee Han Wen dilantik Datuk Bandar Miri
MITEX ’05 Giatkan Ekonomi Usahawan Miri
Resort City
Perarakan Bandar Raya yang Gilang-Gemilang

Current Issue | Archives: 2005: May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | November 2004 | October 2004 | September 2004 | August 2004 | July 2004 | June 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998