Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Alasan Bukan Galang Ganti Kegagalan

Dalam mana-mana kedudukan atau situasi,sama ada kita anggota organisasi biasa,pegawai atau ketua jabatan,kita hendak melihat hasil daripada apa yang telah ditugaskan dan bukannya kita mahu mendengar sebarang alasan.


Alasan sebenarnya adalah tidak lebih daripada justifikasi atau penjelasan bagi sesuatu tindakan atau tidak melakukan sebarang tindakan.

Memberi alasan tidak seharusnya dijadikan amalan.Sebaliknya kita harus berani menghadapi situasi yang mendatang – tidak kira sama ada situasi itu memihak kepada kita atau sebaliknya.Kita harus sanggup menerima akibat daripada tindakan kita –berani mengaku yang kita mungkin telah melakukan kesilapan – dan akan segera mengatasinya sebelum ianya menjadi lebih buruk.

Memberi alasan dan bukannya cadangan penyelesaian sebenarnya akan menunjukkan kita tidak ikhlas serta berpura-pura dan ia juga mungkin menampakkan kebodohan kita sendiri terutamanya apabila kita sendiri tidak tahu atau memahami situasi yang berlaku dan tidak bertindak dengan tindakan yang sewajarnya.

Apabila kita melaksanakan sesuatu tugasan atau kita diberikan suatu tugasan,kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dan penuh komitmen untuk
menyiapkannya dengan sebaik mungkin.Dalam lain perkataan,kita kotakan apa yang dijanjikan.

Namun ada ketikanya keadaan tidak berlaku sebagaimana yang kita harapkan.Apa yang kita janjikan itu tidak dapat kita laksanakan dengan sebaiknya.Namun ini tidak seharusnya dijadikan alasan.

Kegagalan berlaku apabila kita membiarkan halangan yang wujud itu menyekat pergerakan kita. Mereka yang berjaya akan berusaha dengan penuh komitmen dan memerah otak mencari cara untuk mengatasi halangan yang dihadapinya namun sebaliknya berlaku pada mereka yang gagal.

Pada golongan kedua ini,kita akan dapati pelbagai alasan akan dihamburkan bagi memastikan kita berasa yakin bahawa kegagalan mereka itu atas sebab tertentu di luar kawalan mereka walhal ianya bukan begitu atau perkara sebenarnya boleh ditangani asal sahaja mereka sanggup berusaha lebih.

Kegagalan dalam mengotakan apa yang telah dijanjikan sebenarnya ada kaitan dengan satu atau beberapa keputusan atau penyelesaian yang telah dibuat dan keputusan atau penyelesaian yang dibuat untuk untuk mengatasinya.Keputusan-keputusan atau penyelesaian-penyelesaian itu ada ketikanya
menyebabkan wujudnya rantaian beberapa masalah lain.

Oleh itu,untuk menangani perkara ini,adalah penting kita mengenalpasti terlebih dahulu apakah permasalahan yang mungkin wujud hasil daripada keputusan atau perancangan atau strategi yang ingin kita laksanakan.Maksudnya kita cuba menyelesaikan sebarang permasalahan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Keadaan ini pasti dapat mengelakkan kita daripada berhadapan dengan masalah yang tidak diduga yang akan memaksa kita menggunakan alasan untuk menjelaskan ketidakmampuan kita mencapai hasil yang dijanjikan.Kita tidak harus menjadikan amalan memberikan alasan sebagai galang ganti kepada hasil yang sepatutnya dicapai.

Kita harus mengakui bahawa apabila kita gagal mengotakan apa yang dijanjikan,apa sahaja alasan yang diberikan sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan ke atas apa yang telah terjadi.

Berpegang kepada prinsip ini,akan menjadikan kita lebih berhati-hati dan komited dalam membuat sebarang janji atau komitmen dan apabila kita sudah berjanji,ianya pasti akan kita tepati walau apapun halangannya.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998