Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Kerjasama Semua Pihak Mampu Transformasi Ekonomi Betong

Seminar Transformasi Pembangunan Ekonomi Bahagian Betong’ yang diadakan di Betong selama dua hari bermula 23 Mac lalu telah menyentuh pelbagai isu dan cabaran yang menyelubungi usaha dalam membangunkan Bahagian Betong yang kini telah memasuki tahun ketiganya berstatus Bahagian.

Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan pada seminar itu. Antaranya kertas kerja yang berkaitan infrastruktur telekomunikasi; jalan raya, waf dan kemudahan air; sumber manusia; pendidikan; pertanian; tanah hak adat Bumiputera; perikanan; dan industri lada.

Pemilihan tajuk itu bertepatan dengan strategi pembangunan Bahagian iaitu untuk menjadikannya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, membangunkan sektor pertanian ladang, meningkatkan pembangunan sumber manusia, membangunkan industri perikanan marin dan meningkatkan kemudahan infrastruktur, utiliti dan komunikasi.

Untuk mencapai aspirasi itu, semua pihak perlu memainkan peranan dengan lebih konstruktif dan efektif. Ia penting untuk memastikan usaha dalam pelaksanaan polisi dan program pembangunan adalah teratur, dinilai, dipantau serta mencapai objektifnya.

Melalui pelbagai peluang serta aktiviti ekonomi yang diwujudkan di Bahagian itu, pentadbiran Bahagian amat yakin lebih ramai pihak akan datang melabur pada masa depan.

Sementara itu, ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar itu di Dewan Panglima Rentap Betong, Ketua Menteri YAB Pehin Sri Dr Haji Abdul Taib Mahmud menggesa agar penduduk di luar bandar khususnya Bumiputera membangunkan tanah mereka di kawasan luar bandar.

Golongan muda tempatan yang berpendidikan serta berkemahiran pula disaran agar bekerja dan menetap di Bahagian masing-masing bagi membantu membangunkan kawasan mereka.

Maka kerana itu, menurut Ketua Menteri, program pendidikan yang lebih fokus diperlukan, infrastruktur yang mencukupi dan lebih banyak peluang pekerjaan perlu disediakan di setiap Bahagian agar golongan muda itu tidak berhijrah ke tempat lain.

Menurut Ketua Menteri, kerajaan yakin Bahagian Betong mampu membangunkan kira-kira 100 ribu hektar tanah untuk tanaman kelapa sawit sebelum tahun 2020.

Di Saratok sahaja, kira-kira 20 ribu hektar tanah telah ditanam dengan kelapa sawit.

Sementara di kawasan luar Betong yang kurang sesuai untuk kelapa sawit pula Ketua Menteri mencadangkan supaya spesis pokok yang cepat membesar seperti ‘Acacia Mangium’ ditanam di situ.

Jika matlamat pembangunan tanah itu tercapai, ia akan membolehkan Betong mencapai pertumbuhan KDNK sehingga enam peratus dalam jangkamasa lima hingga 10 tahun akan datang.

Seminar selama dua hari itu merupakan anjuran Pejabat Residen dan Daerah Betong, bersama-sama Sarawak Development Institute (SDI) bersempena sambutan Ulang Tahun Ketiga Pengisytiharan Bahagian Betong.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998