Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Projek Sosio-Ekonomi Pertama Negeri ~ Percubaan di Kampung Penipah

Kampung Penipah yang mempunyai seramai kira-kira 1,081 orang penduduk dan terletak di Pulau Bruit, Daro telah dipilih sebagai lokasi percubaan projek sosio-ekonomi yang pertama di negeri ini.

Projek itu yang dikenali sebagai ‘Prospering Kampung Penipah Programme’ dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di situ. Ketika ini kira-kira 66 peratus daripada penduduk kampung itu bekerja sebagai petani dan 15 peratus sebagai nelayan.

Fokus utama program itu secara khususnya ialah untuk menangani masalah kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak dan kemiskinan penduduk secara amnya.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan), Datin Fatimah Abdullah ketika berucap pada majlis taklimat kepada ahli jawatan kuasa ‘Sejahtera Task Force’ di Sarikei, awal tahun ini.

Objektif penubuhan jawatan kuasa itu ialah untuk merangka dan melaksanakan Pelan Tindakan secara integrasi dan holistik melalui pelbagai agensi seiring dengan masa bagi menangani isu sosio-ekonomi di Kampung Penipah.

Usaha ke arah itu adalah berikutan daripada pemerhatian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa lawatan beliau ke Pulau Bruit pada tahun 2000.

Dalam lawatan itu, beliau mendapati saiz badan kanak-kanak di kawasan berkenaan kelihatan kecil berbanding umur yang sebenar dan mengandaikan ia berpunca daripada kekurangan zat.

Sehubungan itu, satu tinjauan sosio-ekonomi dan tahap malnutrisi isirumah di kawasan Lembah Rajang telah dilakukan oleh Sarawak Development Institute (SDI) bagi pihak Unit Perancangan Negeri (SPU). Ia melibatkan kawasan Lembah Rajang (Belawai, Paloh, Meradong, Matu, Daro serta Pulau Bruit).

Hasilnya menunjukkan bahawa kemiskinan penduduk telah mempengaruhi tahap pengambilan makanan berzat di kalangan kanak-kanak sehingga membantutkan perkembangan intelektual dan fizikal mereka.

Pelaksanaan projek itu di Kampung Penipah melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan, Pertanian, Pelajaran, Unit Pengurusan Sumber Manusia, Yayasan Kemajuan Insan (YAKIN) dan Pejabat Daerah Daro.

Fokus utamanya ialah 20 keluarga termiskin. Projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh 10 bulan.


Jabatan Kesihatan melaksanakan Program Bantuan Bakul Makanan untuk kanak-kanak berumur di bawah tujuh tahun bagi keluarga terlibat.

Jabatan Pelajaran pula melaksanakan Bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk pelajar SK Penipah yang seramai kira-kira 200 orang.

Sementara itu, pihak Jabatan Pertanian melalui Unit Pembangunan Ekonomi Wanita (WEDA) menjalankan program untuk menggalakkan kaum wanita di
kampung itu berdikari menambah pendapatan keluarga.

YAKIN pula melaksanakan program motivasi bagi para pelajar dan ibu bapa dalam usaha meningkatkan kesedaran mereka berkaitan kepentingan pendidikan.

Sepanjang 10 bulan itu, Jabatan Kesihatan dan Pejabat Daerah Daro akan memantau perkembangan yang berlaku di kampung itu.

Jika usaha yang melibatkan peranan pelbagai agensi itu berjaya, ia akan dikembangkan ke kampung-kampung lain yang mempunyai masalah yang sama di negeri ini.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998