Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Program Pengurusan Hutan Sarawak Jadi Model Sejagat

Pengurusan hutan yang baik adalah jaminan kepada persekitaran yang
bersih dan indah
Pengerusi SFC, Datu Dr Haji Yusof Hanifah menyerahkan siji ISO ke pada Ketua Menteri, Pehin Seri Dr Haji Abdul Taib Mahmud
Program pengurusan moden hutan Sarawak diiktiraf oleh Amerika Syarikat sebagai model bertaraf dunia yang wajar dicontohi oleh negara Asia dan Afrika, kata Ketua Menteri Pehin Sri Dr. Hj. Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata pengiktirafan itu membuktikan Sarawak mampu menjadi peneraju dalam bidang pengurusan dan pemuliharaan hutan tropika di seluruh dunia.

“Bukan mudah untuk melaksanakan program pengurusan hutan secara moden di dunia sebelah sini kerana wujudnya perbuatan mempolitikkan isu berkaitan hutan tropika.”

“Tapi, di Sarawak, kita dapat melaksanakannya tanpa banyak gangguan sejak 1987 lagi,” kata beliau pada majlis makan malam sempena ulang tahun pertama penubuhan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, program pengurusan hutan secara berkekalan agak sukar untuk dilaksanakan di negara yang mempunyai hutan tropika berbanding di negara beriklim sederhana kerana kewujudan pelbagai jenis spesies pokok serta flora dan fauna.

“Sarawak tidak boleh mengamalkan model yang digunakan di negara beriklim sederhana yang selalunya memberi tumpuan terhadap sejenis kayu tertentu sahaja dan oleh itu kita kena cipta model sendiri kerana kita perlu mengekalkan semua jenis pokok dan biodiversiti bagi mewujudkan warisan tropika yang hidup demi menikmati kemakmuran dan untuk manfaat generasi akan datang,” katanya.

Jangan biarkan hutan kita bagaikan ‘hidup segan mati tak mahu’ Hutan umpama bumbung yang melindungi bumi daripada ancaman pancaran panas terik matahari

Beliau yang juga Menteri Perancang dan Pengurusan Sumber, mengucapkan syabas kepada perbadanan itu kerana kejayaannya melaksanakan tugas yang amat berat dalam tempoh tidak sampai dua tahun sejak ia ditubuhkan.

Katanya perbadanan itu telah mengharumkan nama kerajaan negeri melalui pelbagai pujian serta anugerah yang diterimanya dan semua ini mencerminkan pengiktirafan yang diberi kepada kerajaan Sarawak kerana komitmennya dalam memulihara hutan.

Antara pencapaian penting SFC ialah penganugerahan Sijil ISO 9001 dan ISO 14001 bagi sistem pengurusan kualiti dan alam sekitar serta diisytiharkan sebagai pemenang E-Kerajaan dan Perkhidmatan Terbaik 2004 bagi Anugerah Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Koridor Raya Multimedia Asia Pasifik (Apicta) bagi Timber Net.

Sementara itu, pengerusi SFC Datuk Dr Yusoff Hanifah berkata perbadanan tersebut akan mencuba pelbagai kaedah bagi mengekalkan kedudukan daya saing Sarawak dalam bidang perhutanan.

Selain itu, kata beliau, SFC juga akan terus mendidik orang ramai mengenai pentingnya usaha pemuliharan.

“Lebih banyak program telah disusun bagi mencapai matlamat tersebut,” kata beliau.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998