Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
e-PTK Miliki Ciri Unik Atasi Kelemahan Kaedah Manual

En. Abdul Ghafur Shariff, Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri
Sistem Elektronik Penilaian Tahap Kecekapan (e-PTK) adalah sebuah aplikasi elektronik memiliki ciri-ciri unik yang dapat mengatasi kelemahan yang terdapat pada kaedah manual yang digunapakai ketika ini.

Sistem yang mula digunakan pada Jun (tahun ini) di Sarawak adalah yang pertama seumpamanya digunakan di Malaysia dan satu-satunya sumber elektronik PTK bagi penjawat awam di negeri ini.

Idea pembangunan aplikasi sistem elektronik ini datangnya daripada Seksyen Penilaian Tahap Kecekapan, Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri manakala sistem tersebut dibangunkan oleh pihak SAINS.

Antara ciri-ciri menarik yang terdapat dalam e-PTK ini ialah, ia berupaya merekod dan menganalisa data calon yang bakal menduduki peperiksaan selain turut berupaya memaklumkan dengan segera status permohonan kepada calon sebaik sahaja permohonan telah disemak dan diluluskan oleh Ketua Jabatan dan Pengurus Sumber Manusia.

Sistem ini juga secara automatik akan mengeluarkan angka giliran kepada calon sebaik sahaja permohonan dilulus malah calon boleh mengetahui di mana mereka boleh menduduki peperiksaan itu nanti.

Sebelum ini semua pemohonan peperiksaan PTK dilakukan secara manual iaitu perlu mengisi borang bercetak.

Bagi keputusan peperiksaan pula, sistem ini akan terus menghantar keputusan (dalam bentuk transkrip elektronik) ke e-mel calon.

Melalui sistem ini juga urus setia tidak lagi berhadapan masalah menjejaki calon kerana calon boleh mengemaskini butir-butir peribadi pada bila-bila masa.

Portal yang mempunyai reka letak yang menarik, ringkas dan interaktif ini turut memuatkan maklumat antara lainnya seperti Pengumuman (perkembangan terkini mengenai PTK), Pengenalan Penilaian Tahap Kecekapan, Sukatan Peperiksaan, Jadual Peperiksaan, Arkib, Permohonan Peperiksaan dan Keputusan Peperiksaan.
Ketua Jabatan dan Pengurus Sumber Manusia antara yang hadir pada taklimat penggunaan e-ptk baru-baru ini


Sistem e-PTK telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri keselamatan ini hanya boleh diakses oleh mereka yang mempunyai capaian e-prestasi dan LMS (Leave Management System) dalam rangkaian Sarawaknet sahaja.

Bagi badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan, mereka masih perlu mengisi borang secara manual dan menghantarkannya ke urus setia LPKPG (Lembaga Penilaian Kecekapan Perkhidmatan Gunasama) yang telah dilantik.

Seramai 2,750 calon telah menduduki peperiksaan pada tahun 2004 berbanding seramai 4,502 calon yang menduduki peperiksaan PTK pada tahun 2003. Perkembangan ini diharap dapat meningkatkan bilangan calon yang menduduki peperiksaan pada tahun ini.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis taklimat e-PTK, En. Abdul Ghafur Shariff, Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri menyatakan bahawa pengenalan sistem ini akan dapat menjadikan proses pengendalian urusan berkaitan PTK menjadi lebih cekap dan berkesan di samping mampu menjimatkan kos dan sumber tenaga manusia yang diperlukan untuk mengurus proses yang berkaitan PTK.




Beliau juga yakin e-PTK ini akan mendapat respon yang positif daripada kakitangan awam memandangkan ianya direka dengan mengambil kira aspek-aspek mesra pengguna.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998