Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Penjawat Awam Yang Cekap Jaminan Kepada
Sistem Penyampaian Perkhidmatan Yang Berkesan

Kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah meletakkan sasaran dan pengharapan yang begitu tinggi kepada Perkhidmatan Awam dalam usaha untuk memastikan kecemerlangan dalam pengurusan dan pentadbiran negara.



Antara langkah yang sedang dan akan diusahakan ke arah ini adalah meningkatkan tahap keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan yang diberikan supaya dapat menguruskan kerja dengan cekap, berkesan dan berkualiti. Ini merupakan aspek penting dalam memenuhi jangkaan pelanggan yang semakin meningkat, seiring dengan peningkatan tahap sosioekonomi mereka yang mana rata-rata mereka kini lebih terpelajar, lebih lantang dan terbuka dalam menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati mereka terhadap perkhidmatan yang diberi.

Perubahan yang ingin dilakukan bukanlah perubahan proses kerja atau perubahan teknologi semata-mata, tetapi menjurus kepada perubahan modal insan itu sendiri yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, tingkah laku dan cara bekerja seseorang penjawat awam. Dalam erti kata lain, model kompetensi yang kerajaan negeri perkenalkan akan menjadi teras kepada sistem maklumat pengurusan sumber manusia yang berfungsi di dalam kerangka HRMIS dan juga sebagai teras kepada pengurusan sumber manusia yang berfungsi di dalam kerangka Sistem Saraan Malaysia.

Banyak usaha dan inisiatif telah dilakukan bagi melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran. Kita juga telah mengatur pelbagai strategi, penambahbaikan proses, menaik taraf infrastruktur dan teknologi, tetapi kenapa masih kedengaran banyak rungutan mengenai sistem penyampaian di sektor awam?

Infrastruktur dan teknologi yang bertaraf dunia sahaja tidak akan menjamin perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan. Ia harus didokong dan dilengkapi dengan kompetensi tingkah laku seseorang penjawat awam itu.

Kompetensi inilah sebenarnya menjadi faktor pembeza, yang memastikan seseorang itu berkhidmat pada tahap cemerlang atau sekadar memuaskan sahaja. Semuanya berpunca dari sikap dan tingkah laku seseorang individu tersebut, sama ada untuk melakukannya atau tidak.

Soalan yang mungkin timbul adalah bagaimana model kompetensi dapat memberi kesan positif kepada penjawat awam dalam usaha kita untuk melahirkan penjawat awam yang peka, bersedia, berkhidmat dengan lebih efisien dan efektif khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan. Bagi menjawab soalan ini, kita imbas ucapan-ucapan dasar YAB Ketua Menteri, Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib bin Mahmud di dalam beberapa majlis rasmi kerajaan, terutamanya majlis berkaitan dengan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Pada 30 Januari 2004 YAB Ketua Menteri semasa menyaksikan majlis menandatangani “Letter Of Pledging, of Good Conduct And Commitment” di Pustaka Negeri pernah berkata : “Members of the civil service must learn to have the right attitude in serving the people and be sensitive to their complaints.”

YAB Ketua Menteri menambah lagi bahawa adalah penting bagi kita melahirkan pentadbiran yang “peka” dan berupaya bertindak kepada aduan orang ramai dengan cepat dan berkesan. Kebolehan bertindak dengan berkesan dan tidak prejudis di kalangan penjawat awam amat penting dalam konteks Negeri Sarawak. Sarawak mempunyai kumpulan etnik yang berbilang kaum dan berlatar belakangkan budaya, agama yang amat berbeza. Bentuk dan jenis keperluan dan juga aduan amat berbeza dan memerlukan sistem penyampaian perkhidmatan yang fleksibel. Oleh demikian, latihan amatlah penting untuk meningkatkan tahap kompetensi penjawat awam khususnya yang berkaitan dengan tingkah laku.

Dalam Persidangan Perkhidmatan Awam pada 25 Mac 2004, YAB Ketua Menteri juga menegaskan bahawa Perkhidmatan Awam harus berhijrah daripada memainkan peranan atau regulator kepada peranan pembimbing dan perangsang kepada rakyat negeri ini dalam proses transformasi masyarakat. Perubahan pengurusan Perkhidmatan Awam Negeri kata YAB Pehin Sri amat diperlukan jika Perkhidmatan Awam Negeri ingin kekal dan releven dalam dunia yang semakin mencabar.

Masyarakat kita di negeri ini baik di bandar mahupun luar bandar sememangnya mengalami proses transformasi yang mendadak, tidak pernah dan belum dilihat sebelum ini. Dalam suasana begini, amatlah perlu bagi semua penjawat awam melengkapkan diri dengan kompetensi yang membolehkan mereka memainkan peranan sebagai agen perubahan.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998