Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Pelan Integriti Nasional

Pada April lalu Kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN), bertujuan membangunkan sebuah masyarakat Malaysia. PIN, satu dasar yang komprehensif membabitkan semua sektor dan golongan masyarakat yang bertujuan membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa dengan berkesan.

Terdapat lima sasaran yang telah ditetapkan untuk dicapai bagi tempoh 2004 hingga 2008. Sasaran dikenali sebagai ‘Tekad 2008’. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika melancarkannya berkata, bagi memantapkan lagi PIN, sebuah agensi atau jentera pelaksana, Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Samsudin Osman sebagai pengerusi pertamanya.

Perdana Menteri menjelaskan, PIN adalah pelan induk untuk menggubal strategi dan memberi hala tuju bagi semua sektor masyarakat supaya mereka dapat bekerjasama serta mengambil bahagian secara langsung dalam usaha memantapkan nilai etika dan integriti.

Matlamat jangka panjang PIN ialah memenuhi cabaran keempat wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian kukuh serta ditunjangi budi pekerti luhur.

“PIN juga mempunyai objektif meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama rakyat sejagat daripada pelbagai sektor dalam usaha pemantapan integriti. Skop PIN adalah holistik dan menyeluruh.” “Tumpuan diberi kepada peningkatan integriti daripada peringkat teratas hingga ke peringkat akar umbi.” “Buat pertama kalinya, integriti diberikan tumpuan khas, spesifik dan bersepadu,” katanya. Pelancaran PIN dan IIM diadakan di Pusat Kovensyen Putrajaya (PCC).

Perdana Menteri berkata, pemantauan berterusan penting bukan saja untuk memastikan PIN dilaksanakan dengan jaya, malah sebagai kayu ukur bagi mengukur tahap kejayaan sebenar yang dicapai.

Beliau turut mencadangkan supaya IIM menerajui pelaksanaan kajian berkala mengenai tanggapan umum terhadap rasuah setiap dua tahun.

Dengan itu, katanya, maklumat yang diperoleh daripada hasil kajian ini dapat memberi gambaran kepada kerajaan mengenai keberkesanan strategi yang
dijalankan bagi meningkatkan integriti dan membanteras amalan rasuah.

“Ia juga penting dari segi proses penambahbaikan yang berterusan. KSN akan memastikan IIM menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan lancar dan dengan itu akan meneliti urusan penubuhan institut serta struktur organisasi termasuk berkaitan urusan bangunan dan pelantikan staf IIM,”katanya.

Sembilan sektor atau komponen masyarakat dikenal pasti dalam PIN. Bagi setiap sektor itu, beberapa program dan aktiviti sudah ditentukan. Program dan aktiviti itu dipadankan dengan agensi yang sesuai sama ada kementerian, agensi kerajaan atau badan sukarela, untuk melaksanakan program berkaitan.

Agensi itu perlu menyusun atau menyempurnakan program integriti masing-masing berdasarkan kepada cadangan yang terkandung dalam PIN.

Perdana Menteri percaya rakyat akan terus memberikan sokongan padu dan melaksanakan pelbagai program anjuran PIN, berdasarkan maklum balas positif terhadap pelbagai inisiatif kerajaan dalam beberapa bulan ini untuk meningkatkan integriti.

“Tetapi saya ingin menekankan bahawa kejayaan PIN dan seterusnya langkah menerapkan nilai integriti dalam masyarakat, bukan hanya bergantung kepada usaha kerajaan saja.”

“Sebaliknya, ia bergantung kepada sokongan aktif setiap individu dalam masyarakat iaitu menerapkan nilai murni dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian,” katanya.

Melalui strategi dan program yang digariskan, PIN mampu bertindak sebagai pemangkin dalam usaha peningkatan integriti. Namun, strategi dan program itu boleh diubahsuai mengikut keperluan setempat dan peredaran masa.

Perdana Menteri turut berkata pelancaran pelan integriti itu selaras dengan beberapa inisiatif yang diambil sebelum ini.

“Kita tidak harus tunggu sampai aktiviti rasuah itu berlaku sebelum bertindak. Kita boleh mengambil langkah-langkah pencegahan dengan membawa perubahan kepada elemen-elemen yang menggalakkan rasuah berlaku.”

Bak pepatah ‘mencegah adalah lebih baik dari mengubati’. Strategi kerajaan dari segi pencegahan adalah bersifat serampang dua mata. Pertama, kerajaan sedang berusaha secara gigih untuk menerapkan nilai-nilai murni di kalangan rakyat, bermula dengan pegawai-pegawai kerajaan. Kedua, kerajaan sedang berusaha memantapkan lagi proses kerja untuk mengurangkan peluang bagi rasuah berlaku.

Untuk melaksanakan strategi serampang dua mata tersebut dalam sektor kerajaan, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK). Namun pada hakikatnya, usaha-usaha untuk meningkatkan integriti perlu dilakukan dalam sektor-sektor yang lain.

Misalnya, kerajaan telah merumuskan suatu kod etika untuk syarikat-syarikat swasta, iaitu Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia.

Baru-baru ini, beberapa inisiatif baru telah diambil untuk meningkatkan integriti di kalangan pihak polis melalui suruhanjaya khas mengenai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditubuhkan pada awal tahun ini adalah untuk meningkatkan imej dan integriti anggota-anggota polis.

Di samping itu, satu kod etika bagi wakil rakyat juga telah diwujudkan, yang antara lain menggariskan beberapa langkah untuk memantapkan integriti wakil rakyat. Bagaimanapun, langkah-langkah ini tidak boleh dilakukan secara berasingan demi memenuhi tuntutan semasa semata-mata. Satu pendekatan yang bersifat menyeluruh atau holistik, yang melibatkan semua golongan, adalah diperlukan. Dengan pelancaran PIN itu, bermakna kerajaan kini melakukan satu pendekatan menyeluruh membabitkan semua golongan masyarakat.

Institut Integriti Malaysia (IIM)

IIM, adalah institusi bebas yang bersifat sebagai agensi pemantau dan penyelaras bagi PIN. Antara fungsi adalah:

- Menjalankan penyelidikan, pendidikan dan latihan berkaitan integriti institusi dan masyarakat;

- Membangunkan pangkalan data mengenai integriti dan etika;

- Mengemukakan perakuan dasar bagi peningkatan integriti dan etika serta memberi khidmat nasihat kepada kerajaan mengenai program peningkatan integriti, dan

- Menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan pengisian PIN terlaksana.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998