Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Mengoptimumkan Potensi Sumber Manusia Perkhidmatan Awam Negeri Unit Pembangunan Sumber Manusia Jabatan Ketua Menteri

Hari Perkhidmatan Awan Peringkat Negeri Sarawak 2003 yang disempurnakan oleh Pehin Sri Dr Haji Abdul Taib Mahmud
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia telah ditubuhkan sebagai sebuah bahagian di bawah Jabatan Ketua Menteri Sarawak pada bulan November 1995 dengan tujuan merealisasikan komitmen Kerajaan Negeri ke arah mengoptimumkan potensi sumber manusia khasnya penjawat awam negeri.

Sejak penubuhannya pada tahun 1995, Unit ini telah melalui beberapa siri rombakan baik dari segi struktur organisasinya mahupun fungsinya. Sesuai
dengan ini, namanya dipinda kepadaUnit Pembangunan Sumber Manusia (HRD) mulai tahun 2002. Unit ini terdiri daripada lima (5) seksyen seperti berikut;

1. Seksyen Pembangunan Perkhidmatan Awam

2. Seksyen Pembangunan Usahawan dan Projek Khas

3. Seksyen Pembangunan Kualiti

4. Seksyen Penilaian dan Pengukuran dan

5. Seksyen Penyelarasan, Pemantauan dan Perkhidmatan Sokongan

Unit ini juga dipertanggungjawab untuk mengawalselia dua (2) buah pusat latihan teknikal iaitu Pusat Latihan Pembangunan Belia (PLPB) dan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS).

Unit ini diterajui oleh seorang pengarah yang bertanggungjawab terus kepada YB Datuk Amar Setiausaha Kerajaan Negeri dan dibantu oleh lima orang Ketua Penolong Pengarah yang mengetuai setiap seksyen. Unit ini mempunyai 55 orang kakitangan, 26 orang dari kumpulan Pengurusan dan
Profesional manakala bakinya adalah kakitangan sokongan.

Memberi penerangan tentang HRD oleh Ketua Penolong Pengarah Hjh Rabyah Mohd Mansor
Fungsi-fungsi Utama Jabatan

Unit ini berperanan melaksanakan lima (5) fungsi utama yang bertanggunjawabkan kepada lima seksyen seperti berikut;

1. Seksyen Pembangunan Perkhidmatan Awam

Secara umunnya bertanggungjawab mengubal dasar, merancang program dan memantau pelaksanaan program latihan dan induksi perkhidmatan awam negeri Sarawak.

Di antara aktiviti-aktiviti utama ialah

- Kursus Induksi

- Program Teras dan Program Bahasa

- Program Pembangunan Khas

- Pembangunan Latihan Pemimpim Masyarakat

- Pendidkan Lanjutan

- Polisi, TNA dan Penilaian

2. Seksyen Pembangunan Kualiti

Secara umumnya bertanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan program Kualiti dan Produktiviti di semua agensi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Aktivit-aktiviti utama seksyen ini adalah Penyelaras Inisiatif Kualiti (Q), Sistem Kualiti PASMA dan Penilaian dan Pemantauan

3. Seksyen Pembangunan Usahawan dan Projek Khas

Secara umumnya bertanggungjawab merancang, melaksana dan memantau program pembangunban usahawan, BIMP-EAGA dan projek-projek pembangunan RMK ke-8. Ini termasuk Khidmat Bimbangan Usahawan, Latihan dan Pembangunan Usahawan seperti Tekun, PROSPER, Skim Usahanita dan Kursus Keusahawanan, Pembangun Projek RMK-8, termasuk Kajian dan Penyelidikan, Program Penggalakan Sains dan Teknologi serta BIMP-EAGA (Human Resource Development & People Mobility – HRD & PM)

4. Seksyen Penyelarasan, Pemantauan, Perkhidmatan Sokongan

Secara umumnya bertanggungjawab mengurus tadbir pejabat, menyelaras dan mengawal perbelanjaan, memberi khidmat keurusetiaan dan memantau Pusat LatihanTeknikal. Aktiviti-aktiviti utamanya ialah pengurusan pentadbiran am, kewangan, pemantauan institusi latihan, penyelarasan dan perkhidmatan urusetia.

5. Seksyen Penilaian dan Pengukuran

Secara umumnya bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), peperiksaan Perkhidmatan Am Negeri Sarawak (PANS) dan latihan teknikal untuk penjawat awam Negeri Sarawak. Seksyen ini bertanggungjawab ke atas Penilaian Tahap Kecekapan yang merangkumi Peperiksaan, Kursus PTK, Amali, Naziran dan Oditan. Dari segi latihan teknikal, ianya bertanggungjawab ke atas eperiksaan PANS dan Latihan teknikal.

Peserta-peserta program keusahawanan TEKUN
yang layak menerima cek daripada
YB Tuan Haji Bolhassan Di
Visi Jabatan

Peneraju Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sarawak (To be a leader in Human Resource Development in the State of Sarawak)

Misi Jabatan

Membangun Sumber Manusia yang Berkualiti Secara Berterusan bagi Mencapai Pembangunan Sosio-Ekonomi Negeri Sarawak (To continually Develop Quality Human Resource To Achieve Socio-Economic Development of Sarawak)

Objektif Jabatan

Mewujudkan satu sistem dan pendekatan bagi melatih, mendidik dan membangun penjawat awam, pemimpim masyarakat, usahawan bumiputera, belia dan pelajar
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998