Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Perhubungan Awam

Sebagai anggota perkhidmatan awam, kita tidak dapat lari daripada
berhubung secara terus dengan masyarakat.

Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membentuk sebuah perkhidmatan awam yang cekap, telus dan mesra pelanggan, maka tidak dapat tidak semua anggota perkhidmatan awam dalam semua jabatan dan agensi kerajaan perlu tahu bagaimana mengendalikan pelanggan atau dalam lain perkataan kita harus mempunyai kemahiran perhubungan awam yang baik.

Anggota perkhidmatan awam tanpa mengira pangkat adalah cerminan imej kerajaan dan sebenarnya adalah penyampai maklumat utama kerajaan kepada masyarakat.

Sebagai anggota perkhidmatan awam juga, kita terikat dengan Perintah Am dan Akta Rahsia Rasmi. Ini bermakna kita tidak boleh mengeluarkan kenyataan atau menyebarkan maklumat kerajaan dengan sewenang-wenangnya.

Namun di pihak masyarakat atau pelanggan, mereka tidak begitu peduli sama ada maklumat yang diperlukan itu adalah rahsia atau tidak boleh dikeluarkan.

Apa yang perlu bagi mereka ialah maklumat diperolehi sesuai dengan kehendak dan kepentingan mereka.

Oleh yang demikian, anggota perkhidmatan awam ada ketikanya nampak tersepit tidak mesra pelanggan atau dituduh dan dicemuh sebagai tidak mengamalkan perhubungan awam yang baik.

Amalan perhubungan awam tidak seharusnya hanya dilaksanakan dengan orang luar/pelanggan/masyarakat malah ia juga perlu dilaksanakan di dalam organisasi itu sendiri.

Seharusnya setiap ketua jabatan atau agensi serta ketua unit atau bahagian di dalam organisasi awam diberikan maklumat yang secukupnya berkaitan dengan organisasi terbabit yang merangkumi polisi, prosedur dan juga perancangan pembangunan organisasi dan diberikan penerangan jelas tentang maklumat yang boleh disebarkan kepada umum.

Dengan berbuat demikian, mereka akan berasa mereka juga penting dan sebahagian daripada perancangan pembangunan organisasi dan dalam masa yang sama akan dapat mengelakkan ‘bertiupnya’ khabar angin berkaitan sesuatu perkara.

Di samping itu dengan menyalurkan maklumat yang secukupnya ke ‘dalam’ organisasi itu sendiri, tindakan ini secara tidak langsung akan mengelakkan ada di kalangan kakitangan organisasi terbabit berasa pihak pengurusan menyembunyikan sesuatu.

Dalam situasi perkhidmatan awam masa kini, kita bukan sahaja berfungsi sebagai pentadbir awam semata-mata malah kita adalah rakan kongsi pembangunan sama ada pembangunan fizikal mahupun bukan fizikal bersama-sama sektor swasta dan masyarakat.

Di sini amalan perhubungan awam yang baik di kalangan anggota perkhidmatan awam memainkan peranan membantu melancarkan pelaksanaan pembangunan yang dirancang agar ia bukan sahaja memenuhi kehendak kerajaan malah turut mengambil kira akan kehendak dan keperluan masyarakat.

Kadang kala kita menghadapi dilema dalam situasi ini. Misalnya kerajaan berasakan sesuatu pembangunan itu harus dilakukan di sesuatu tempat dan telah mengarahkan kita – anggota perkhidmatan awam untuk merangka pelan pembangunannya.

Apabila pelan pembangunan disiapkan, diteliti dan seterusnya dipersetujui, kita seterusnya diarahkan untuk melaksanakannya.

Jika dalam proses penyediaan pelan pembangunan terbabit, kita melaksanakan amalan perhubungan awam yang baik iaitu kita memberikan maklumat yang tepat tentang hasrat kerajaan untuk membangunkan tempat berkaitan kepada masyarakat atau penduduk yang terlibat selain menerangkan kepada mereka akan kesan dan faedah yang akan mereka perolehi daripada pembangunan terbabit serta mengambil kira segala komen, cadangan atau maklum balas daripada masyarakat atau penduduk berkaitan, maka besar kemungkinan pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan itu pasti tidak akan menghadapi kesulitan.

Namun seandainya dalam proses menyiapkan pelan pembangunan itu kita mengambil mudah dengan tidak mengindahkan masyarakat atas alasan untuk memudahkan kerja, maka kita telah mengambil suatu risiko besar iaitu menghadapi kesulitan dalam melaksanakan pelan pembangunan kita.

Jika menghadapi halangan, maka pastinya pelaksanaan pembangunan itu akan terlewat dan setiap kelewatan itu sebenarnya akan meningkatkan kos operasi dan ini merugikan semua pihak yang sememangnya mahukan pembangunan dapat dilaksanakan.

Kerugian yang tidak sepatutnya berlaku ini sebenarnya boleh dielakkan dengan sedikit usaha ikhlas kita melaksanakan perhubungan awam yang berkesan.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998