Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Persidangan Dewan Undangan Negeri Berjalan Lancar

Yang DiPertua Negeri berjabat mesra dengan ahli-ahli DUN selepas perasmian Persidangan DUN
Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-Lima Belas yang berlangsung mulai 26 April hingga 6 Mei lalu berjalan lancar seperti yang telah dijadualkan.

Selama tujuh hari persidangan itu berlangsung, seramai 28 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah mengemukakan sebanyak 180 pertanyaan bagi jawapan lisan.

Ia merangkumi pelbagai aspek pembangunan sosial, ekonomi dan politik serta cabaran-cabaran terhadap dasar kerajaan.








Antara yang berkait rapat dengan perkhidmatan awam ialah pertanyaan berkenaan perancangan pembangunan ICT dan keperluan sumber manusianya di negeri ini dalam beberapa tahun akan datang bagi memenuhi hasrat kerajaan negeri mewujudkan K-Ekonomi dan K-Masyarakat.Inisiatif kerajaan negeri menswasta/mengkorporatkan beberapa Jabatan dan Agensi Kerajaan kebelakangan ini turut ditanya dalam dewan. Ia berkaitan bagaimana usaha berkenaan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan yang akan disediakan oleh organisasi kepada orang ramai.

Pertanyaan lain ialah berkenaan lang-kah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk memantau dan menilai keber-kesanan mana-mana projek atau program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Perkembangan terkini dalam negeri seperti isu kesihatan terutamanya wabak SARS (Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk), pembangu-nan perumahan kos rendah, pembangunan tanah untuk pertanian komersil, pelaburan asing dan pembangunan indus-tri pelancongan merupa-kan antara isu-isu lain yang mendapat perhatian di dalam Dewan.
Pemeriksaan barisan


Lima Bil (Rang Undang-Undang) juga telah dibentangkan iaitu Bil Penambahan Perbekalan (2002), 2003, Bil Penambahan Perbekalan (2003), 2003, Bil Perikanan Darat Sarawak 2003, Bil Perhutanan (Pindaan) 2003 dan Bil Perkahwinan Adat Bumiputera (Pengekalan) 2003.

Bil Perikanan Darat Sarawak 2003, antara lain bertujuan mengetatkan pemeliharaan spesis ikan yang kian terancam seperti Terubok, Semah, Empurau dan Tengadak daripada kegiatan penangkapan yang tidak terkawal. Ia juga mempunyai matlamat menjaga reputasi negeri ini sebagai pengeksport hasil perikanan yang berkualiti dan memenuhi piawaian kesihatan pasaran antarangsa melalui pengenalan kawalan yang ketat ke atas penyakit berjangkit kerja-kerja pengeluaran dan bahan-bahan yang digunakan.

Bil Perkahwinan Adat Bumiputera (Pengekalan) 2003 pula dibentangkan bagi menangani masalah sosial yang kian meningkat terutamanya masalah kewangan yang dihadapi oleh wanita dan anaknya akibat perceraian di kawasan luar bandar. Melalui perincian Bil berkenaan, dijangka masalah sosial seperti kemiskinan di kalangan golongan berkenaan dapat dikurangkan.

Bil Perhutanan (Pindaan) 2003 pula memasukkan maklumat berkaitan pengwujudan Sarawak Forestry Sdn. Bhd. (SFC) berikutan pengkorporatan Jabatan Perhutanan yang bertujuan meningkatkan peranan serta keupayaannya mengharungi cabaran dalam industri pembalakan di negeri ini. Bil ini turut menerangkan bidang kuasa Jabatan Perhutanan dan SFC.

Yang DiPertua Negeri menerima tabik hormat
Keseluruhannya, persidangan ini telah berjaya memberi penjelasan terutamanya dalam isu-isu yang menjadi kemusykilan masyarakat seperti status projek-projek pembangunan kerajaan. Di samping itu, persidangan ini juga menimbulkan banyak cadangan dan idea bagi ADUN memantapkan lagi agenda pembangunan untuk rakyat di negeri ini sejajar dengan hasrat Ketua Menteri untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri yang pesat membangun menjelang tahun 2020.

Sementara itu, bersempena Jubli Delima Kemerdekaan Sarawak, Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri dijangka diadakan pada 22 Julai depan. Serentak dengan itu, Upacara Pecah Tanah Bangunan Baru Dewan Undangan Negeri Sarawak juga diadakan.

Persidangan Dewan Undangan Negeri yang seterusnya dijangka akan diadakan sekitar Oktober dan November tahun ini.



 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998