Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Dasar Perumahan Baru … Keprihatinan Kerajaan Bantu Golongan Berpendapatan Rendah

Kerajaan sentiasa prihatin terhadap golongan yang berpendapatan rendah dalam usaha memiliki rumah bagi meningkatkan keselesaan penduduk di negeri Sarawak. Sehubungan itu, baru-baru ini, YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Haji Abdul Taib Mahmud telah mengumumkan dasar kerajaan negeri mengenai perkara ini.

Orang ramai berpusu-pusu ingin mendapatkan maklumat
Ketua Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan pemilik rumah kos rendah menjual semula rumah yang telah mereka beli selepas tempoh lima tahun menduduki rumah terbabit.

Kerajaan juga menurutnya, menetapkan satu syarat baru pembelian rumah kos rendah iaitu dengan hanya memberi peluang sekali sahaja pembelian rumah kos rendah dengan keutamaan kepada sesiapa yang belum memiliki rumah kos rendah. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan “Rumah Contoh Reka Bentuk Baru Rumah Kos Rendah Perbadanan Pembangunan Perumahan” (PPP) pada 12 April 2003.
Pada majlis yang sama, YAB Ketua Menteri turut men-cadangkan agar Kementerian Perumahan Sarawak mewujudkan Unit Khidmat Pelanggan bagi menjaga kepentingan pembeli.

Terdahulu, Menteri Perumahan Sarawak yang juga Pengerusi PPP, YB Datuk Michael Manyin Anak Jawong menjelaskan terdapat beberapa ciri menarik reka bentuk baru rumah kos rendah ini. Antaranya ialah penambahan bilangan bilik tidur daripada dua bilik kepada tiga bilik.

Ciri kedua ialah ruang yang lebih luas iaitu daripada 430 kaki persegi sebelum ini kepada 700 kaki persegi. Ciri ketiganya ialah terdapat pilihan reka bentuk iaitu rumah teres satu tingkat atau rumah teres dua tingkat. Ciri keempatnya ialah penggunaan bahan-bahan binaan yang berkualiti. Harganya pula ditetapkan di antara RM42,000 hingga RM 47,000 seunit.

Kelebihan reka bentuk baru ini juga memberi pilihan kepada pembeli dengan menawarkan pelbagai ciri tambahan secara optional atau pilihan yang boleh dirunding terus di antara pembeli dan kontraktor dengan harga berpatutan. Reka bentuk ini juga turut mempunyai kelebihan dari segi bahan bina-annya yang kos efektif berpandukan piawaian, tambah beliau.

PPP juga mengumumkan bahawa ia tidak lagi membina flat untuk dijual sebaliknya membina flat tiga bilik untuk disewa (RM120 sebulan) di bawah Program Perumahan Rakyat. Bagi tujuan itu, sejumlah 2,000 unit rumah sewa akan dibina di bawah Rancangan Malaysia Kelapan di Kuching, Bintulu dan Miri.
Rumah Contoh Reka Bentuk Baru Rumah Kos Rendah Perbadanan Pembangunan Perumahan (PPP)


Perkembangan terbaru ini adalah sejajar dengan pengkorporatan PPP pada 1 Januari 2003 yang bakal menyaksikan usaha serius kerajaan dalam meningkatkan pembangunan rumah kos rendah amnya dan keberkesanan PPP sebagai agen pelaksana rumah kos rendah di Sarawak. Cuba anda bayangkan dengan deposit hanya RM500 dan bayaran ansuran secara bulanan kurang RM200, anda sudah boleh memiliki rumah idaman kos rendah yang selesa.




.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998