Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Ekstrak Ucapan YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz Haji Husain di Majlis Pelancaran Kempen Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar 2003 India Street Mall, Kuching, 3 Mei 2003

Promosi kesedaran dan pendidikan alam sekitar merupakan salah satu strategi utama yang ditumpukan dalam usaha perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar selaras dengar Dasar Alam Sekitar Negara.

Pendekatan ini diambil di atas kepercayaan bahawa aktiviti penguatkuasaan sahaja tidak dapat membendung pencemaran alam sekitar secara menyeluruh.

Walaupun kita mempunyai berbagai undang-undang dan peraturan-peraturan alam sekitar untuk membendung dan menangani masalah pencemaran ianya perlu diperkukuhkan dengan usaha-usaha penerapan nilai-nilai murni alam sekitar.

Masyarakat perlu dididik supaya bertanggungjawab dan sedar betapa pentingnya alam sekitar yang bersih bagi menjamin kualiti kehidupan yang selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan akan datang.

Untuk mencapai objektif ini, pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara formal dan tidak formal yang menyeluruh melalui strategi latihan, aktiviti, kempen serta program penyebaran maklumat akan terus diperluaskan secara kerjasama antara agensi-agensi kerajaan yang berkaitan termasuklah pihak media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta yang prihatin terhadap isu alam sekitar.

Isu berkenaan dengan pengurusan sisa buangan, terutama sekali pengurusan sisa pepejal, merupakan salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan bandar raya di seluruh dunia.

Pembuangan sampah sembarangan, pelupusan sisa buangan yang tidak teratur serta tabiat membuang sampah merata-rata adalah beberapa masalah utama berkaitan dengan pengurusan sisa buangan yang menjejas masyarakat kita. Sebagai contoh, walaupun lebih daripada 90% kawasan di Bandar Kuching disediakan tong sampah beroda dan adanya pusat mengumpul sampah, masih banyak berlakunya pembuangan sampah sembarangan di kalangan masyarakat kita.

Sampah-sampah ini kerap dibuang di tempat awam, di tepi jalan, hujung jalan, ke dalam gaung dan di tempat-tempat tersembunyi.
Pembuangan sampah sembarangan akan menyebabkan berbagai masalah alam sekitar dan mengancam kesihatan orang awam.
Sampah menjadi tempat yang sesuai untuk pembiakan nyamuk, lalat dan tikus yang boleh menyebabkan penyakit merebak.
Kemungkinan besar juga, sampah ini akan dihanyutkan ke sungai dan mencemarkan sungai-sungai kita yang membekal sumber air kegunaan harian kita.

Selain dari mengeluarkan bau yang busuk, sampah yang mudah terbakar juga boleh menyebabkan kebakaran dan ini mewujudkan jerebu dan pencemaran udara.

Sampah pepejal yang tidak terbiodegradasi atau non-biodegradable seperti plastik, tayar dan lain-lain mengambil ruang yang besar di tapak pelupusan sampah serta merosakkan keindahan alam sekitar kita.

Ini akan memberi imej yang buruk kepada pelawat dan pelancong dari luar negeri. Hidupan liar kita juga tidak terkecuali kerana sampah boleh mengancam hidupan liar ini jika termakan.

Semua kesan daripada pembuangan sampah sembarangan ini akan dirasai oleh semua pihak sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Sehubungan itu, lahirnya idea Kempen Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar 2003.

Tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan jumlah pembuangan sampah merata-rata (Littering) dan sembarangan (illegal dumping) dan untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat tentang pentingnya pembuangan sampah dengan cara yang betul.

Saya berharap juga ini akan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai implikasi negatif yang disebabkan oleh pembuangan sampah sembarangan, contohnya, pencemaran air, merebaknya penyakit dan lain-lain; dan akhir sekali, untuk menggalakkan masyarakat supaya lebih bertanggungjawab, bekerjasama dan berfikiran sivik untuk memastikan alam sekitar kita bersih dan terpelihara.

Oleh sebab inilah, tema kempen kesedaran kali ini, iaitu ‘Membuang Sampah Sembarangan Menjejas Kesihatan Kita’ adalah sesuai dan tepat sekali terutamanya pada masa kini, dengan masalah penyakit SARS (Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk) kian merebak, maka pemeliharaan alam sekitar penting bagi semua lapisan masyarakat.

Difahamkan bahawa, selaras dengan kempen ini, beberapa program akan dianjurkan seperti Chief Minister’s Environmental Reporting Award, No Street Cleaning Week, Adopt-A-Spot, Pertandingan Lens-On-Litter Photo-graphy dan Malam Penghargaan.

Tujuan utama semua program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran pentingnya menjaga alam sekitar kepada kumpulan sasaran yang terdiri daripada orang awam, pertubuhan bukan kerajaan, pihak media dan wartawan malah pihak jurugambar.

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita haruslah mengubah cara pemikiran kita dengan tidak mengambil sikap acuh tak acuh terhadap isu-isu yang disebut tadi.

Penglibatan orang awam amatlah diperlukan dalam menangani masalah ini. Sebagai orang awam, kita boleh melakukan aktiviti mesra alam, sebagai contoh; wujudkan tabiat tidak membuang sampah merata-rata dan sembarangan walau di mana sahaja anda berada.

Amalkan konsep 3R iaitu ‘Reduce, Reuse and Recycle’ atau mengurang, guna semula dan kitar semula. Tukarkanlah cara hidup kita supaya lebih prihatin kepada alam sekitar kita.

Saya menyeru supaya semua kita akan terlibat langsung dalam aktiviti-aktiviti ini seperti aktiviti kitar semula dan kempen kebersihan yang ada dianjurkan oleh pihak berkaitan.

Dengan langkah-langkah dan tabiat begini, kita boleh menyumbang sedikit sebanyak ke arah pemeliharaan alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli kita.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998