Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Perkhidmatan Awam Terap Budaya Kerja Baru: Datuk Seri Abdullah

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu perkhidmatan awam menerapkan pemikiran dan budaya kerja baru, termasuk di peringkat pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya lebih cekap, berkesan dan responsif terhadap keperluan persekitaran.

Pemangku Perdana Menteri berkata, perkhidmatan awam di negara ini perlu menerapkan pemikiran dan budaya kerja negara maju, dengan itu pengurangan kerenah birokrasi, khidmat pelanggan yang mesra, ketelusan serta ketetapan masa, perlu dijadikan tumpuan pejabat daerah dan PBT.

“Pengurangan kerenah birokrasi, khidmat pelanggan yang mesra, ketelusan serta ketetapan masa perlu dijadikan tumpuan pejabat-pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan.”

“Sebagai contoh saya meminta saudara-saudari mengkaji proses-proses kerja yang ada serta mengurangkan langkah-langkah birokrasi dalam mempertimbangkan mana-mana kelulusan dan permit yang dipohon,” katanya.

Selain itu, katanya, struktur dan organisasi di pejabat daerah dan PBT perlu disusun rapi agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna.

“Pejabat perlu dibekalkan dengan sumber manusia, kemudahan dan instrumen yang mencukupi. Saya juga berharap kakitangan di pejabat daerah dan PBT diberi latihan dan dibekalkan bahan rujukan yang boleh membantu mereka menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Pegawai-pegawai Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan 2003 di Shah Alam, baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman.

Persidangan tiga hari itu dianjurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan tema “Daya Saing Negara: Peranan dan Tanggungjawab Pentadbiran Peringkat Akar Umbi”.

Datuk Seri Abdullah berkata, pegawai di peringkat daerah dan PBT harus bersikap ‘hands-on’ dan bersedia menangani sebarang masalah bagi menghadapi pembangunan negara yang pesat.

Katanya, semua pegawai peringkat daerah perlu melibatkan diri secara langsung dalam pelaksanaan projek di peringkat akar umbi bagi memastikannya ia berjalan dengan cepat dan lancar.

Tegasnya, sekiranya masa pelaksanaan projek itu singkat, pegawai berkenaan patut merancang dan menggerakkan segala jentera untuk memastikan projek itu siap dari segi fizikal dan kewangan mengikut masa yang ditetapkan.

“Kelewatan sesuatu projek akan memberi kesan buruk kepada masyarakat setempat baik dari segi faedah kepada golongan sasar yang tidak dinikmati mahupun dari segi suntikan kepada ekonomi yang tidak dirasai,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa pelaksanaan projek tidak berakhir dengan pelancaran bangunan atau infrastruktur yang siap dibina.

“Kelemahan dalam melakukan susulan mahupun penilaian yang berterusan, harus dibendung, apatah lagi kelemahan itu boleh dikaitkan dengan mentaliti dunia ketiga yang perlu diatasi segera.”

“Oleh itu, pegawai daerah dan PBT perlu mengadakan proses dan prosedur yang menitikberatkan kerja susulan seperti penyelenggaraan dan penyelesaian isu dan masalah yang timbul setelah infrastruktur itu mula digunakan.”

“Saya berharap perkara ini tidak dipandang ringan dan tidak terlepas daripada skop kerja dan tanggungjawab pihak berkaitan,” katanya.

Datuk Seri Abdullah juga menekankan kepentingan nilai integriti dan akauntabiliti dalam menjalankan kerja kerana ada persepsi yang mengaitkan pejabat daerah dan PBT dengan insiden rasuah dan pecah amanah termasuk dalam hal pemberian permit dan pelaksanaan projek.

“Persepsi seperti ini harus dikikis dan diperbetulkan melalui kecekapan dan ketelusan kerja. Hukuman berat harus dikenakan terhadap kakitangan yang bersalah dan tindakan pencegahan perlu diambil supaya ia tidak berulang lagi,” tegasnya.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998