Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Pesta Kaul Mukah, 2002

Antara aktiviti ketika Pesta Kaul Mukah 2002

Pesta Kaul merupakan salah satu warisan budaya kaum Melanau yang sudah mendapat tempat dalam masyarakat majmuk negara ini. Ia juga merupakan salah satu acara pelancongan Negeri Sarawak. Pesat Kaul tahun ini agak besar maknanya kepada penduduk Mukah setelah daerah Mukah dinaiktarafkan ke peringkat Bahagian pada bulan Mac lalu.

Pada zaman dahulu, Kaul diraikan kerana kaitannya dengan kepercayaan terutamanya golongan nelayan kaum Melanau. Ia di sambut setahun sekali sebagai menandakan berakhirnya musim landas dan bermulanya musim menangkap ikan di laut. Oleh itu bandar Mukah sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai dari 20 sehingga 28 April 2002.

Tema Pesta Kaul Mukah 2002 ialah ‘Budaya Teguh Masyarakat Maju.’ Salah satu daripada objektif penganjuran pesta ini ialah untuk memperteguhkan budaya yang mempunyai nilai-nilai murni dalam menghadapi cabaran unsur-unsur negatif yang boleh meruntuhkan sesebuah masyarakat.

YAB Ketua Menteri menunjukkan bakat menebar jala

Pada tahun ini, Pesta Kaul dianjurkan selama seminggu dan acara kemuncak iaitu upacara perasmiannya pada 28 April telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud. Turut hadir juga ialah YABhg. Datuk Amar Puan Sri Hajjah Laila Taib, isteri kepada YAB Ketua Menteri. Selain daripada acara kemuncak dengan penebaran jala oleh YAB Ketua Menteri, acara-acara lain yang diadakan pada hari perasmian itu ialah Community Picnic, Sukan Rakyat, dan Pertandingan Bot Berhias.

Mengolek Batang Mulung (sagu) antara aktiviti menarik perhatian umum

Aktiviti yang pertama bagi menandakan permulaan Pesta ialah Pertandingan Bolasepak Antara Daerah Kecil Bahagian Mukah (Piala Setiaraja) yang bermula pada 20 April dan berakhir pada 27 April. Pertandingan Kraftangan pula diadakan pada 26 April yang bertempat di Lamin Dana, Kampung Tellian Mukah. Pada hari yang sama juga Pesta Buah-Buahan dan Promosi Jualan Makanan dijalankan sehingga 28 April di tebingan Sungai Mukah.

Acara sampingan lain juga turut diadakan termasuklah Pertandingan Gubahan Buah (kategori dewasa dan pelajar), dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak pra-sekolah yang telah dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Fishing Safari dan Pertandingan Memancing turut diadakan pada 27-28 April.

Permainan gasing turut diadakan

Sehari sebelum acara kemuncak banyak aktiviti dijalankan termasuklah Pertandingan Memasak (Menu Mukah), Pertunjukan Kesenian, Sukan Lasak (Mukah Challenge) dan Pertandingan Ayam Serama. Pada sebelah malam pula terdapat Pertunjukan Pakaian Tradisional dan Pertunjukan Kesenian di Padang Mesra Mukah selama dua malam.

Kesimpulannya, Pesta Kaul Mukah 2002 mampu menunjukkan permaufakatan diantara beberapa pihak dan masyarakat setempat dalam mempertingkatkan usaha kearah budaya teguh. Ianya juga telah memberi kesempatan kepada pengunjung untuk berada di Bahagian baru Mukah dengan lebih lama dari biasa sekaligus membantu perkembangan ekonomi masyarakat tempatan.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998