Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, begitu pepatah yang
disematkan di hati setiap warga Kementerian Kesihatan Malaysia di Sarawak
dalam usaha menjayakan Kejohanan Sukan dan Olahraga Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) ke-22 yang berlangsung di Kuching selama tiga hari, mulai 3
hingga 5 Mei 2002 lalu.
Pesta Kaul merupakan salah satu warisan budaya kaum Melanau yang sudah mendapat
tempat dalam masyarakat majmuk negara ini. Ia juga merupakan salah satu acara
pelancongan Negeri Sarawak. Pesat Kaul tahun ini agak besar maknanya kepada
penduduk Mukah setelah daerah Mukah dinaiktarafkan ke peringkat Bahagian pada
bulan Mac lalu.