Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
State Secretary's View
Era ICT dan Globalisasi
- Era Integriti

Sebut sahaja tentang ICT kita sering mengaitkannya dengan komputer, internet, K-economy, e-commerce dan lain-lain lagi.

Apabila disebutkan tentang Globalisasi, kita kaitkan pula dengan perdagangan bebas dan apabila disebutkan tentang Integriti, secara spontan pula kita kaitkan dengan kejujuran, amanah dan akauntabiliti.

Kini sudah diterima ramai yang kita kini dalam era globalisasi dan ICT (sama ada kita sedar atau tidak, bersedia ataupun tidak). Globalisasi sebenarnya telah lama wujud dan dengan perkembangan teknologi yang canggih dan pesat menjadikan fenomena ini semakin dirasai sejak sedekad yang lalu. Pengaruh luaran sama ada baik mahupun buruk dengan segera dirasai masyarakat kita.

Era ICT dan globalisasi turut membuka banyak ruang untuk perniagaan dan perkhidmatan baru. Perhubungan yang semakin pantas dan mudah menjadikan banyak urusan dapat dilaksanakan dengan cepat dan ini menjadi faktor penting dalam kejayaan sesebuah organisasi.

Bagi kita di dalam perkhidmatan awam, fenomena ini secara jelasnya menuntut kita menyesuaikan diri serta melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan baru yang berkaitan. Pengenalan aplikasi e-kerajaan dan e-perubatan sebagai contoh adalah inisiatif kerajaan kita yang harus didokong oleh kita semua dengan fikiran yang terbuka serta proaktif.

Mungkin ada yang menyatakan apa perlunya kita (anggota perkhidmatan awam) berbuat demikian, kerana tuntutan globalisasi tidaklah begitu ketara dan penting. Ini merupakan pendapat yang salah.

Jikalau masyarakat swasta dan peniaga telah merubah cara mereka berfikir dan bekerja supaya dapat bersaing dengan pesaing global maka sudah tentunya kerajaan yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat tersebut dituntut supaya lebih efisyen.

Kita harus sentiasa ingat bahawa sektor awam masa kini dan akan datang bukan lagi terasing dan sekadar memberi perkhidmatan dan melaksanakan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat tetapi adalah rakan kongsi sektor swasta memakmurkan ekonomi negeri dan negara ini.

Apabila disebut sebagai rakan kongsi maka kita harus merancang dan melaksanakan sesuatu aktiviti atau pembangunan itu dengan mengambil kira aspek kesejahteraan dan manfaat bersama.

Selain daripada itu peningkatan taraf hidup rakyat yang begitu ketara sekarang akan menyebabkan mereka menuntut perkhidmatan yang terbaik dengan kos yang murah dan keadaan ini dapat dicapai dengan penggunaan ICT dengan meluas dalam segenap kehidupan kita.

Kesan ICT dan globalisasi ini sebenarnya tidak semuanya positif. Ini kerana bagi membolehkan kita bersaing di pesada dunia dalam pelbagai sektor, banyak perubahan yang perlu dilakukan termasuklah pengubahsuaian dan juga penggubalan prosedur, proses serta peraturan urusan kita di samping peningkatan (upgrading) segala peralatan kerja kita.

Keadaan ini jika tidak dikendalikan dengan berhati-hati, berkemungkinan besar akan berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa disebabkan oleh kepincangan tertentu dalam pelaksanaannya dan ditambah pula dengan wujudnya pihak tertentu yang melihat ini sebagai ‘peluang’ untuk menanguk di air keruh.
Dalam banyak kes, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berlaku kerana seseorang itu tidak mempunyai tahap integriti yang tinggi dalam dirinya (integriti merujuk kepada nilai jujur, amanah dan boleh dipercayai bukan saja pada kata-kata tetapi juga pada perbuatan kita dalam menjalankan tugas).

Apabila individu terbabit mendapati ada kepincangan dalam sesuatu perkara/urusan, dia terdorong untuk bertindak memanupulasikan keadaan itu untuk kepentingan dirinya malah sering juga berlaku, individu terbabit turut didorong oleh pihak luar yang mahu bersekongkol.

Oleh yang demikian, amatlah perlu setiap anggota perkhidmatan awam kita sentiasa ingat dan kembali kepada ajaran agama dan nilai-nilai murni dalam agama seperti bertanggungjawab, amanah, jujur, ikhlas, sentiasa berusaha memberikan yang terbaik serta ihsan dalam melaksanakan tugas.

Pengamalan semua nilai-nilai murni ini dalam kehidupan seharian kita sebagai individu dan anggota perkhidmatan awam merupakan ‘perisai’ diri kita daripada godaan yang datang bersama era ICT dan globalisasi.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998