|
Bahagian
Samarahan Pesat Membangun
 |
|
Pejabat Residen Samarahan
|
Jika 20 tahun dahulu kita ke Kota Samarahan pusat pentadbiran Bahagian
Samarahan, pasti amat berbeza sekali akan keadaanya. Dari segi geografinya, Bahagian
Samara-han adalah kawasan paya dan sudah pastinya amat sukar untuk dibangunkan.
Namun Kerajaan Negeri tidak pernah menganggap perkara itu suatu yang mustahil
untuk dilaksanakan. Oleh yang demikian, pada tahun 1981, Kerajaan Negeri telah
melaksanakan pelan induk pembangunan bagi kawasan ini dengan harapan akan membawakan
tranformasi kepada keadaan fizikal dan juga penduduknya.
Usaha proaktif Kerajaan Negeri dengan membawakan Projek Pembangunan Pertanian
Bersepadu (IADP) ke Samarahan telah menjadi pemacu pembangunan bahagian ini.
 |
|
Bandar Baru Kota Samarahan
|
Kini Bahagian Samarahan telah membangun dengan pesat dan mula dikenali sebagai
kawasan pengeluaran makanan utama bagi kawasan Selatan Sarawak dan juga pusat
pendidikan tinggi dan kelak akan dikenali juga sebagai pusat perubatan penting
di Sarawak.
Bahagian Samarahan ditubuhkan pada 1987 dan merangkumi daerah Samarahan, Serian,
Simunjan dan Asajaya meliputi 4,961 km persegi dengan jumlah penduduknya seramai
193,363 orang. Aktiviti utama di sini adalah aktiviti berasaskan pertanian.
Pembangunan yang dijalankan di bahagian ini adalah berasaskan Politik Pembangunan
yang menekankan pembangunan dan kemajuan semasa yang seiring. Pembangunan sosio
dan ekonomi ditekankan bagi meningkatkan lagi taraf sosio-ekonomi rakyat.
 |
|

|
|
Kemudahan pendidikan dan kesihatan yang dibina di Samarahan, melengkapkan
pembangunan yang dirancang
|
Halatuju Pembangunan
Samarahan Mengikut Sektor
Sektor pertanian tetap menjadi nadi pembangunan di Bahagian Samarahan dengan
pembangunan pertanian secara besar-besaran (plantation) untuk kelapa, nenas,
padi, lada dan buah-buahan akan terus dilaksanakan.
Di samping itu penekanan juga diberikan ke atas industri nilai-tambah (value
added) bagi kelapa, nenas dan buah-buahan lain. Pembangunan industri akuakultur
dan perikanan laut dalam juga digalakkan.
Sungguhpun demikian sektor perindustrian mempunyai potensi besar untuk terus
membangun kerana kedudukan dan prasarana yang disediakan di sini sudah dikira
agak lengkap. Ini kerana Estet Perindustrian Samarahan yang diperluaskan lagi.
Dengan terlaksanaknya kelak Pusat Pembangunan penyelidikan teknologi (Taman
Teknologi) pasti kan menjadi penyumbang utama pemban-gunan sektor perindustrian
berteknologi tinggi di Bahagian Samarahan.
Dari segi pendidikan pula, Kota Samarahan sememangnya telah terkenal sebagai
pusat ilmiah. Di sini ditempatkan kampus tetao UNIMAS, UiTM, Maktab Perguruan
dan Institut Latihan Perindustrian. Ia juga berpotensi sebagai lokasi untuk
institusi pengajian tinggi swasta.
 |
|

|
|
Kawasan perkilangan yang dibangunkan di Samarahan mampu mempelbagaikan
produk Samarahan yang selama ini terkenal dengan produk pertaniannya
|
Kota Samarahan kini juga sedang melangkah ke arah menjadi sebuah pusat penyelidikan
dan kecemer-langan perubatan di rantau ini melalui penubuhan pusat peribatan
bertaraf dunia iaitu Pusat Perubatan Antarabangsa Sarawak (SIMC).
Di lihat dari sektor pelancongan, Bahagian Samarahan turut menawarkan produk
pelancongan yang menarik terutama di kawasan-kawasan pesisir pantai (homestay,
memancing di laut) dan pedalamannya (jungle tracking dan gua). Sasaran untuk
menarik kunjungan pelancong tempatan mungkin akan menjadi kenyataan memandangkan
kawasan-kawasan tarikan pelancongan di Bahagian ini mudah dihubungi dengan kenderaan
dan terletak tidak jauh dari bandaraya Kuching.
Bahagian Samarahan juga membangunkan Pusat Pertumbuhan Desanya (RGC) di Gedong
sejajar dengan hasrat untuk memberikan kemajuan sosio ekonomi bersepadu
kepada penduduknya. Selain RGC pembangunan Bandar Mutiara
(Tebedu) akan berfungsi sebagai bandar sempadan. Ini pastinya akan dapat menggalakkan
kegiatan perdagangan dan perindustrian di kawasan ini di samping dapat mengawal
aliran keluar wang.
Jumlah Penduduk Bahagian Samarahan
| Daerah |
1980 |
1991 |
2000 |
2005 |
2010 |
| Samarahan |
25,348 |
33,173 |
47,201 |
49,042 |
50,964 |
| Serian |
64,542 |
71,874 |
80,061 |
81,022 |
81,995 |
| Simunjan |
34,425 |
35,136 |
37,561 |
37,840 |
38,120 |
| Asajaya |
21,205 |
24,380 |
28,540 |
29,040 |
29,550 |
| Jumlah |
145,520 |
164,563 |
193,363 |
196,944 |
200,629 |
Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP)
| IADP Samarahan |
Hektar |
| Kuala Samarahan |
11,311 |
| Samarahan Tengah |
42,770 |
| Ulu Samarahan |
32,089 |
| Jumlah Kawasan |
86,170 |
| Peruntukan RMK7 |
RM 74,500,000.00 |
| Peruntukan RMK8 |
RM 41,005,000.00 |
Aktiviti Pertanian
| Jenis Tanaman Luas
Kawasan |
Hektar |
| Kelapa Sawit |
19,733 |
| Akuakultur |
124 |
| Buah-buahan |
6,121 |
| Kelapa |
6,193 |
| Getah |
11,955 |
| Koko |
3,639 |
| Padi |
17,161 |
| Sayur-sayuran |
413 |
Agihan peruntukan adalah seperti berikut:
| |
Bil
Sektor |
Kos
Projek (RM) |
Negeri
(RM) |
Persekutuan
(RM) |
| 1. |
Prasarana Asas |
2,566,785,843 |
478,328,610 |
56,993,088 |
| 2. |
Prasarana Sosial dan Pembangunan
Masyarakat |
2,828,470,842 |
81,032,300 |
595,332,854 |
| 3. |
Pentadbiran dan Perkhidmatan |
216,594,000 |
36,184,000 |
92,275,000 |
| 4. |
Ekonomi |
580,294,000 |
144,521,021 |
64,730,000 |
| 5. |
Lain-lain |
4,365,000 |
2,815,000 |
- |
| |
|
6,196,510,153 |
742,880,931 |
806,330,942 |
Kemajuan Pelaksanaan Projek RMK8 Bahagian Samarahan
Peruntukan RM1.55 bilion telah disediakan untuk membiayai 319 projek pembangunan
di Bahagian Samarahan. Sejumlah RM 742.9 juta adalah peruntukan negeri bagi
177 projek. Selebihnya adalah daripada Kerajaan Persekutuan.
|