Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Isu Keselamatan ICT Tanggungjawab Bersama Kakitangan Perkhidmatan Awam

Isu keselamatan ICT tidak harus diserahkan kepada beberapa orang ketua atau Pegawai Keselamatan ICT semata-mata, kerana ia adalah tanggungjawap bersama semua kakitangan dalam Perkhidmatan Awam, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Douglas Uggah Embas.

Tegasnya lagi, usaha pembudayaan berkaitan isu keselamatan ICT hendaklah diperhebatkan bagi melahirkan penjawat awam yang peka serta waspada terhadap isu keselamatan ICT.

“Dengan itu ia memerlukan usaha yang gigih serta terancang dan usaha ini boleh diterajui oleh Pegawai Keselamatan ICT. Namun, ia bukannya tanggungjawap Pegawai Keselamatan ICT semata-mata, sebaliknya ia adalah tanggungjawab semua kakitangan dalam organisasi itu,” katanya.

Beliau menjelaskan maklumat berkaitan sesebuah jabatan awam merupakan aset yang amat berharga dan perlu dilindungi sewajarnya bagi memastikan operasi organisasi serta menentukan ia dapat mengelakkannya daripada sebarang kerugian atau kerosakan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Seminar Pegawai Keselamatan ICT Negeri Sarawak di Kuching.

Seminar selama dua hari (29 hingga 30 April lalu) disertai oleh kira-kira 150 peserta yang terdiri daripada pegawai di pelbagai jabatan awam dan agensi kerajaan dari seluruh bahagian di negeri ini.

Antara objektif seminar ialah memberi pendedahan mengenai dasar dan panduan keselamatan ICT serta memberi pendedahan mengenai risiko dan ancaman terhadap organisasi sektor awam.

Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Abdul Aziz Haji Hussain dalam ucapannya menegaskan bahawa mereka yang diamanahkan sebagai Pegawai Keselamatan ICT hendaklah melaksanakan tugas mereka dengan baik bagi memastikan keselamatan penggunaan ICT di agensi masing-masing.

“Mereka bertanggungjawab membantu pembangunan persekitaran dan kerangka ICT yang selamat dalam agensi atau jabatan mereka. Bagaimanapun, setiap kakitangan dalam agensi terbabit hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam usaha mewujudkan persekitaran ICT yang selamat.”

“Ini termasuklah pihak pengurusan. Pihak pengurusan mempunyai peranan yang amat penting dalam memastikan keselamatan ICT di agensi mereka,” tegasnya.
Jelasnya lagi, pihak pengurusan hendaklah mengambil berat serta memahami isu berkaitan teknologi terkini di samping sanggup mempelajari dan melaksanakan konsep serta cara pengurusan terkini yang diperlukan bagi memastikan keselamatan ICT di agensi masing-masing.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998