Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Jabatan Alam Sekitar Sarawak

...meningkatkan pengekalan Kualiti Alam Sekitar yang Mapan

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Dr. Ab. Rahman B. Awang sedang memberi taklimat

Pengujudan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak adalah sejajar dengan aspirasi negara ingin melihat pembangunan kualiti alam sekitar seiring dengan pembangunan fizikal negara.

Atas dasar tersebut, pejabat Jabatan Alam Sekitar Kuching, Sarawak telah ditubuhkan pada 2 Januari 1981.

Pejabat-pejabat cawangan lain ditubuhkan di Bintulu dan Miri pada 2 Januari 2001 dan dirasmikan pada 24 Ogos 2001.

Misi utama JAS ialah menggalakkan, meningkatkan dan mengekalkan pengurusan alam sekitar yang baik dalam proses pembangunan negara.

Objektif JAS
Antara objektif penubuhan JAS ialah bagi memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin kesihatan, kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup rakyat pada masa kini dan masa-masa akan datang.
JAS telah mengariskan 4 fungsi utama jabatan tersebut :-

• Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
• Menjalankan program pengawasan kualiti alam sekitar yang meliputi segmen udara, air, tanah, air laut dan perairan pantai.
• Menerapkan input alam sekitar dalam penilaian kesesuaian tapak, permohonan kelulusan bertulis bagi pemasangan alat pembakaran bahan api dan alat kawalan pencemaran.
• Melaksanakan program pendidikan dan promosi kesedaran alam sekitar.

Beberapa strategi telah dilaksanakan bagi meningkatkan keberkesanan perancangan Jabatan Alam Sekitar.

Pendidikan terhadap alam sekitar serta kesedaran awal perlu dipupuk kepada generasi

Antara strategi tersebut ialah melaksanakan program kawalan dan pencegahan pencemaran, menekankan program sebaran maklumat alam sekitar dan promosi kesedaran awam dan golongan pelajar.

Selain itu, Jabatan Alam Sekitar juga mengadakan kerjasama erat dengan agensi-agensi persekutuan dan negeri dalam pengurusan alam sekitar selain terlibat secara aktif di dalam Jawatankuasa Penyelarasan Perindustrian Negeri (ICC) dan mempertingkatkan kapasiti inventori punca pencemaran dan pembangunan pangkalan data yang sistematik.

Fungsi dan Bahagian JAS
Terdapat 4 Bahagian dalam Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Pembangunan, Bahagian Penguatkuasa dan Bahagian Pengawasan.

1. Bahagian Pentadbiran
Bertanggungjawab menguruskan hal-hal pentadbiran am, perkhidmatan dan kewangan pejabat.

2. Bahagian Pembangunan

Bahagian ini mempunyai 5 unit iaitu Penilaian Awal Tapak (PAT), Kebenaran atau Kelulusan Bertulis (KB), Pendidikan & Promosi Kesedaran Alam Sekitar, Inventori Punca dan Penilaian Kesan-Kesan Alam Sekitar (EIA)

3. Bahagian Penguatkuasaan

Fungsi utama Bahagian ini ialah menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya, iaitu :
• Menjalankan program penguatkuasaan terhadap premis yang ditetapkan.
• Menyelaras dan mengambil tindakan undang-undang seperti surat arahan, kompaun, notis arahan, tindakan mahkamah serta perintah larangan.
• Menjalankan program penguatkuasaan terhadap punca-punca bergerak,
• Menyelaraskan dan mengambil tindakan ke atas kes-kes tumpahan minyak.
• Menerima serta menyiasat aduan orang ramai mengenai masalah-masalah alam sekitar.

4. Bahagian Pengawasan
Antara fungsi utama Bahagian Pengawasan ialah untuk mengawasi dan menilai kualiti alam sekitar , mengumpul data-data secara sistematik. Selain itu, ia juga menilai tahap kualiti alam sekeliling yang berpunca daripada aktiviti –aktiviti pembangunan. Ia juga menilai keberkesanan program penguatkuasaan alam sekeliling.

Jabatan Alam Sekitar sentiasa melakukan pemantauan dan penganalisaan terhadap pencemaran sungai

Projek yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan JAS
• Program pencegahan pencemaran & peningkatan kualiti air sungai Miri.
• Program pencegahan pencemaran & peningkatan kualiti air batang Rajang
• Projek rangkaian stesen-stesen pemantauan kualiti air tanah Sarawak
• Penilaian projek-projek di bawah Jawatankuasa Penyelarasan Perindustrian Negeri (ICC).
• Program pendidikan & promosi kesedaran alam sekitar.
• Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) peringkat negeri.

Secara keseluruhannya terdapat 44 orang kakitangan JAS, dengan JAS Kuching seramai 30 orang, JAS cawangan Bintulu, 9 orang, dan JAS cawangan Miri, 5 orang.

Pendekatan JAS Sarawak galakkan masyarakat menghargai alam sekitar
Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menggunakan beberapa pendekatan dalam mendidik masyarakat supaya menghargai alam sekitar. Antaranya ialah melalui pendidikan dan kesedaran, mengadakan ceramah kesedaran alam sekitar untuk orang awam & pelajar, penganjuran kuiz, pameran, seminar dan debat alam sekitar.

Selain itu, JAS juga menekankan penglibatan generasi muda melalui Kem Kesedaran Alam Sekitar kepada pelajar dan guru dan projek Wira Alam. Golongan peniaga serta mereka yang terlibat dalam industri juga sentiasa disedarkan tentang betapa pentingnya alam sekitar dengan beberapa sesi dialog diadakan bersama pihak industri seperti pekilang kelapa sawit dan kayu. Golongan ini juga digalakkan menggunakan “cleaner technology” bagi industri mereka.

JAS juga menggunakan saluran dan medium yang me luas seperti melalui wawancara di radio dan kenyataan akhbar berkenaan tentang kesedaran menjaga alam sekitar.

Sumbangan JAS Sarawak
Sumbangan besar JAS juga tidak dinafikan dalam pembangunan alam sekitar, kerana jabatan ini memberi input alam sekitar dalam pembangunan pelan induk tempatan serta membuat penilaian kesesuaian sesuatu tapak industri.

JAS ini juga mengawal kesan ke atas sekitar dengan menilai dan memproses permohonan kebenaran bertulis bagi alat pembakaran bahan api dan alat kawalan pencemaran.

Selain itu, ia memberi kesedaran tentang penjagaan alam sekiatar melalui program kesedaran dan penguatkuasaan. Beberapa kajian juga telah dijalankan bagi membersih sungai dan meningkatkan kualiti sungai di Sarawak.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998