Rakan Sarawak May 2001
   
 
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Know Your Sub-District

Bandar Mutiara (Tebedu) yang berpotensi Menjadi Bandar Sempadan Yang Maju

Pegawai Tadbir Sarawak, En. Mering Wan, pegawai yang ditugaskan untuk menguruskan Pejabat Daerah Kecil Tebedu di samping memastikan segala projek pembangunan di Tebedu dilaksanakan seperti yang dirancang
Sejarah telah membuktikan bahawa kejayaan dan kegemilangan sesuatu kawasan mempunyai kaitan dengan faktor geografinya yang strategik.

Daerah Kecil Tebedu yang terletak di sempadan Malaysia-Indonesia merupakan jalan keluar dan masuk bagi penduduk di antara dua buah negara ini. Kedudukan geografinya yang strategik ini memberikan keunikan kepada Tebedu untuk menjadi sebuah bandar sempadan yang berjaya seperti Johor Bahru.

Tebedu berpotensi dikem-bangkan menjadi sebuah kawasan industri kecil sederhana. Pelbagai industri pemprosesan hasil pertanian seperti lada, kelapa sawit dan koko dapat dijalankan di Tebedu kerana ia mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, elektirk dan air yang baik.

Di samping penawaran tenaga buruh yang murah dari negara jiran, akan menarik lebih ramai pelabur untuk mendirikan kilang-kilang di Daerah Kecil Tebedu kerana kos operasi yang murah.

S
Selain menempatkan Pejabat Daerah Kecil Tebedu, bangunan ini juga menempatkan Pejabat Pos, cawangan Majlis Daerah Serian & Pejabat Pendaftaran Negara
elain itu, kewujudan bandar baru - Bandar Mutiara pastinya akan memberi satu alternatif kepada Tebedu untuk menjadi sebuah kawasan perdagangan dan per-niagaan sempadan yang unik.

Perkembangan Daerah Kecil Tebedu kepada sebuah bandar sempadan secara lang-sung dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan juga negara jiran. Keadaan ini pastinya akan membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk di sekitar Tebedu.

Selain itu, masalah-masalah sosial yang berpunca daripada pendatang haram juga dapat diatasi apabila penduduk negara jiran mendapat pekerjaan di bandar sempadan secara sah. Buruh negara jiran tidak perlu tinggal di Tebedu kerana mereka dapat balik ke negara asal setiap hari.

Profail Bandar Mutiara (Tebedu)

Bandar Mutiara Tebedu; mampu menjadi pemangkin pembangunan Daerah Kecil Tebedu sebagai bandar sempadan yang maju
Keluasan Daerah Kecil Tebedu adalah kira-kira 421 km persegi dan mempunyai penduduk seramai 9,700 yang mendiami 28 buah kampung. Kebanyakan mereka adalah terdiri daripada Bidayuh (96%).

Daerah Kecil Tebedu telah dinaik taraf menjadi Daerah Kecil pada 23 Oktober 1974 dan terletak dibawah pentadbiran Daerah Serian dan diuruskan oleh Pegawai Tadbir Sarawak. Pegawai Tadbir Sarawak, En. Mering Wan adalah pegawai tadbir yang kini ditugaskan di Daerah Kecil Tebedu.

Kegiatan ekonomi utama penduduk di Daerah Kecil Tebedu adalah pertanian. Antara tanaman yang diusahakan oleh mereka adalah seperti padi, koko, lada dan kelapa sawit.

Daerah Kecil Tebedu mempunyai pelbagai kemudahan infrastruktur yang baik merangkumi:

• Jalan - menghubungkan semua Kampung

• Pusat Kesihatan - 1

• Sekolah Rendah - 1

• Kemudahan air - 6 kampung

• Kemudahan elektrik - 22 kampung

• Bandar Mutiara - 60 buah kedai (Fasa 1)

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-8, pelbagai projek dijangka dilaksanakan untuk meningkatkan lagi keadaan sosio-ekonomi penduduk di Daerah Kecil Tebedu.

Projek / Kos (RM)

Pusat PerkhidmatanTebedu / 2.3 juta

Dewan Masyarakat / 960,000

Stadium Terbuka / 3.5 juta

Projek Perkhidmatan Kemudahan Air / 2 juta

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998