Majlis Daerah Bau telah ditubuhkan pada tahun 1955. Keluasan pentadbirannya
lebih kurang 884.4 km persegi yang didiami oleh kira-kira 42,132 orang penduduk.
Daerah Kecil Tebedu yang terletak di sempadan Malaysia-Indonesia merupakan
jalan keluar dan masuk bagi penduduk di antara dua buah negara ini. Kedudukan
geografinya yang strategik ini memberikan keunikan kepada Tebedu untuk menjadi
sebuah bandar sempadan yang berjaya seperti Johor Bahru.