Rakan Sarawak May 2001
   
 
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Sarawak

Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah(JAKPAW) Negeri Sarawak telah ditubuhkan secara rasminya pada 17 Feb 1996.

Dengan penubuhan Jawatankuasa ini, bermulalah era baru di dalam perkembangan Askar Wataniah di Negeri Sarawak.

YAB Kol (Kehormat) Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abdul Taib bin Mahmud adalah Penaung bagi JAKPAW Sarawak sejak ianya ditubuhkan.

Manakala Yang Berhormat Tan Sri Haji Hamid Bugo pula merupakan pengasas kepada penubuhan JAKPAW Negeri Sarawak.

Beliau secara rasmi telah dilantik menjadi Pengerusi JAKPAW Negeri Sarawak yang Pertama mulai tahun 1996 hinggalah beliau bersara dari perkhidmatan awam dan Askar Wataniah pada bulan Ogos 2000.

Sejak itu tampok pemerintahan JAKPAW Negeri Sarawak telah di ambil alih oleh Yang Berhormat Kolonel Datuk Haji Abdul Aziz bin Haji Husain, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Merangkap Komander Rejimen 511 Askar Wataniah.

JAKPAW Negeri Sarawak Masa Kini

Sejak mesyuarat terakhirnya pada 28 September 2000, keahlian Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Negeri Sarawak telah dikemaskinikan mengikut kesesuaian semasa dan keadaan.

Pemakaian Pangkat YB Datuk Hj. Abdul Aziz Hj. Husain oleh YAB Kol (kehormat) Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Taib Mahmud
Pemprosesan Tauliah Kehormat

Pemprosesan Tauliah Kehormat bagi kesemua Ahli JAKPAW Negeri Sarawak telah pun dilaksanakan pada penghujung tahun 2000 yang lalu.

Manakala Penganugerahan Tauliah Kehormat di dalam pangkat Mejar kepada semua ahli JAKPAW Negeri Sarawak pula akan dilaksanakan pada bulan Jun atau Julai 2001 setelah mendapat kelulusan daripada Majlis Angkatan Tentera (MAT) Malaysia.

Di dalam upacara ini, penghormatan akan diberikan kepada YAB Ketua Menteri Sarawak bagi menyempurnakan upacara pemakaian pangkat ini.

Rancangan Aktiviti JAKPAW Negeri Sarawak 2001

Beberapa acara sedang dirancang dan akan dilaksanakan bagi mempelbagaikan aktiviti JAKPAW Negeri Sarawak bagi tahun 2001 ini. Di antara rancangan aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

  1. Mesyuarat JAKPAW di peringkat Negeri.
    Ianya akan diadakan sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Julai 2001 dan Oktober 2001.

  2. Larian Askar Wataniah Tahun 2001.
    Larian ini akan diadakan pada penghujung bulan Oktober 2001 di Padang Merdeka, Kuching.

    Acara Larian Tahunan dijangkakan akan menarik penyertaan lebih 3,000 orang dari pelbagai pertubuhan dan organisasi serta sekolah-sekolah di Sarawak.

  3. Latihan Menembak dan Pandu Arah (Compass Marching).
    Latihan ini diadakan pada setiap bulan dan pada masa ini hanya melibatkan Pegawai Sukarela Askar Wataniah sahaja (Bukan Tauliah Kehormat).

    Walaubagaimanapun latihan ini akan dibuka kepada semua ahli JAKPAW setelah semua ahli menerima tauliah masing-masing.

  4. Lawatan ke JAKPAW Negeri-Negeri Di Semenanjung Malaysia.
    Pada tahun 2000 yang lalu, Ahli-ahli JAKPAW Negeri Selangor telah mengadakan lawatan selama 5 hari ke Sarawak bagi melihat keadaan sebenar Pem-bangunan Negeri Sarawak dan Perkembangan Askar Wataniah di Sarawak.

    Pada tahun ini Pengerusi JAKPAW Negeri sedang meran-cang untuk mengadakan lawatan ke JAKPAW Negeri-negeri di Semenanjung bagi membincangkan masalah-masalah AW dan mendapatkan idea baru bagi meningkatkan aktiviti-aktiviti AW.

  5. Lawatan Berbentuk Ekspedisi.
    Pada bulan Mac 2001 yang lalu seramai 14 Pegawai Sukarela dan Tetap dari Rejimen 511 AW termasuk YB Kolonel Datuk Haji Abdul Aziz bin Haji Husain telah berjaya menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu.

    Ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu ini akan diadakan lagi pada awal tahun 2002 sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunan AW. Ahli-ahli JAKPAW juga akan dijemput untuk menyertai aktiviti-aktiviti lasak seperti ini di masa-masa akan datang.

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998