Rakan Sarawak May 2001
   
 
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Kem Belia Pueh

Kecergasan fizikal dan mental amat penting kerana ia perlu seimbang dan Kem Belia Pueh di Sematan, adalah tempat yang sesuai bagi meningkatkan motivasi dan semangat seseorang individu.

Tahap fizikal dan mental yang cergas dapat meningkatkan prestasi kerja.

Kem Belia Pueh memulakan operasinya pada November 1991. Kem ini terletak kira-kira 127 kilometer dari Kuching

Berlatarbelakangkan gunung dan kehijauan serta pemandangan laut yang mengasyikkan, ia adalah lokasi yang amat sesuai untuk aktiviti-aktiviti bina semangat.

Kem Belia Pueh menawarkan tempat bagi semua peringkat usia, serta pelbagai organisasi termasuk awam dan swasta untuk meningkatkan kecergasan serta keyakinan diri.

Kem Belia Pueh terletak kira-kira 127km dari Kuching
Hampir setiap minggu termasuk cuti sekolah, kem motivasi ini menerima peserta yang menyertai latihan bina semangat. Antara latihan yang ditekankan di Kem Belia Pueh ialah mengenali diri sendiri, meningkatkan keyakinan diri, mencari nilai diri, latihan ketahanan fizikal dan mental, tempat mencari ketenteraman dan tempat menganjur pelbagai kursus.

Kem Belia Pueh turut menyediakan beberapa cabaran seperti meredah hutan, memanjat dinding batu (rock climbing) dan ekspedisi berkayak.

Antara kemudahan latihan yang ada di Kem Belia Pueh
Antara kumpulan sasaran Kem Belia Pueh ini ialah pegawai-pegawai kerajaan, ahli pertubuhan belia/sukan, ahli pertubuhan sukarela, badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat swasta.

Kem Belia Pueh menawarkan 4 jenis kursus mengikut jangkamasa tertentu yang meliputi kursus selama 3 hari, 5 hari, 8 hari dan 14 hari. Peserta boleh memilih tahap serta peringkat yang dikehendaki dengan hanya memilih kursus yang dikehendaki.

Bayaran bagi setiap peserta ialah RM13.50 seorang sehari dan bayaran RM12.00 dikenakan bagi insuran untuk setiap satu sesi.

Bagi tahun 1998, Kem Belia Pueh telah menerima jumlah peserta seramai 1,796 orang. Kem Belia Pueh juga telah merekodkan seramai 1,132 orang dan 1,220 orang bagi tahun 1999 dan 2000.

Bagi mereka yang ingin menyertai Kem Belia Pueh, mereka bolehlah menghubungi Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi di talian 082-440441,444857, 444926 atau berhubung terus dengan Pengetua, Kem Belia Pueh di talian 082-320106.

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998