Rakan Sarawak May 2001
   
 
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Ucapan TYT pada Upacara Pembukaan Persidangan DUN ke-14:
Bersedia Menghadapi Era Globalisasi & Liberalisasi

Agensi-agensi kerajaan di negeri ini diingatkan agar menyegerakan pelaksanaan program dan projek yang telah diluluskan. Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan persidangan pertama dalam penggal kelima Dewan Undangan Negeri Sarawak yang ke-14 pada 10 Mei 2001.

Sehubungan dengan itu, TYT Tun Abang Muhammad Salahuddin mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri kerana bertindak proaktif mewujudkan mekanisme pemantauan projek Rancangan Malaysia Kelapan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan pelaksanaannya.

TYT Tun Abang Muhammad Salahuddin diiringi oleh YAB Ketua Menteri serta isteri dan Speaker DUN, YB Dato Asfia serta isteri ketika ketibaan di DUN

Foto: Unit Foto, Jabatan Penerangan

TYT Tun Abang Muhammad Salahuddin turut mengingatkan tentang pentingnya kita bersedia menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi dan bagi tujuan itu kita patut berasa bertuah kerana Kerajaan Negeri telah berusaha selari dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga Negara dengan mengambil langkah-langkah awal untuk mengembangkan asas ekonomi negeri daripada sektor tradisional kepada sektor moden dan strategik seperti industri berteknologi tinggi dan perkhidmatan.

“Namun selari dengan usaha ini, sektor pertanian juga terus dimajukan melalui penggunaan teknologi dan peralatan moden serta pengurusan yang lebih komersil. Potensi pembangunan sektor pertanian di Sarawak sememangnya masih luas untuk diterokai dan dimajukan,” jelas TYT Tun Abang Muhammad Salahuddin.

Berhubung pembangunan sumber manusia, TYT Tun Abang Muhammad Salahuddin menyatakan perkara ini semestinya diberikan perhatian utama. TYT Tun Abang Muhammad Salahuddin memuji keperihatinan Kerajaan Negeri bagi pembangunan prasarana serta kemudahan pendidikan dan latihan selain mewujudkan Dana Pengajian Tinggi yang berjumlah RM100 juta (50% adalah sumbangan Kerajaan Negeri sementara 50% lagi sumbangan sektor swasta).

TYT Tun Abang Muham-mad Salahuddin seterusnya menambah, selain itu usaha Kerajaan Persekutuan mewu-judkan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen pastinya akan menyediakan lebih banyak peluang kepada golongan muda mendapatkan latihan dan pengetahuan.

TYT Tun Abang Muhammad Salahuddin juga menyentuh tentang pembangunan sosial yang perlu diseimbangkan dengan pembangunan fizikal dengan memberikan penumpuan kepada pembangunan keluarga, belia dan wanita. Untuk itu, TYT Tun Abang Muhammad Salahuddin turut menyeru agar pihak swasta juga memainkan peranan aktif di dalam usaha tersebut.

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998