Rakan Sarawak May 2001
   
 
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak (Siri 1)
Disediakan oleh En. Ronnie Edward, Setiausaha DUN Sarawak

Rencana ini bertujuan untuk memberi gambaran tentang tugas-tugas dan tanggung-jawab pentadbiran dan pengurusan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkaitan dengan persediaan dan pengurusan persidangan sebagai Urusetia persidangan. DUN adalah sebuah institusi yang tertinggi di bawah pemerintahan demokrasi berparlimen. DUN sekarang mempunyai 62 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih oleh rakyat Malaysia yang bermastautin di Sarawak.

Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya
Di bawah prinsip pembahagian kuasa di dalam system pemerin-tahan demokrasi berparlimen seperti yang diamalkan oleh negara kita, pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang perundangan dan secara lazimnya berperanan mengubal undang-undang bagi perkara-perkara yang diperuntukan dibawah bidangkuasa perundangan negeri menurut Senarai II – Senarai Negeri dan Senarai – “Concurrent List” di bawah Jadual KeSembiilan Perkara 95B (1) (a) dan Perkara 95B (1) (b) Perlembagaan Persekutuan, masing-masing. Belanjawan tahunan dan cukai, yuran, dius negeri hendaklah diluluskan oleh DUN. Tidak ada sebarang perbelanjaan awam dan cukai dan lain-lain negeri boleh dikenakan tampa kelulusan DUN.

Setiausaha DUN En. Ronnie Edward
Proses-proses pengubalan undang-undang, pengelulusan belanjawan dan lain-lain dibuat melalui persidangan DUN. Persidangan DUN dikendalikan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa sekarang, iaitu Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perlembagaan Negeri Sarawak, Dewan Undangan Negeri (Privileges, Immunities and Powers) Ordinance, Sedition Act, 1948 dan Peraturan-Peraturan Tetap (Standing Orders). Apabila sesuatu isu atau perkara lain timbul bersabitan dengan prosidur persidangan tetapi undang-undang dan peraturan-Peraturan yang sedia ada tidak lengkap untuk panduan atau rujukan, DUN bolehlah merujuk dan menguna-pakai Erskin May – Parliamentary Practice” (amalan di Westminster Parliament, United Kingdom) untuk membuat keputusan.

Dalam menjalankan peranan ini DUN bersidang dari masa ke semasa. Tempoh hayat bagi setiap DUN adalah 5 tahun atau hingga tarikh pembubaran DUN. Bermakna pilihanraya negeri hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 5 tahun. Setiap tempoh DUN dibahagikan kepada sessi-sessi. Tempoh setiap sessi kebiasanya setahun. Diantara 2 sessi tempoh lebih daripada 6 bulan tidak boleh berlalu. Mesyuarat-mesyuarat dipanggil atau diadakan setiap sessi.

Pentadbiran dan pengurusan DUN dikendalikan sebagai perkhidmatan awam negeri oleh sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri. Di negera-negara Komenwel yang lain Dewan Perundangan (Legislature) adalah sebuah institusi yang berkecuali dan berasingan daripada perkhidmatan awam. Inilah berbezaan yang unik jika dibanding dengan negara-negara Komenwel yang lain yang sama mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen.

Tanggungjawab utama pentadbiran dan pengurusan DUN, yang diketuai oleh seorang Setiausaha, adalah untuk menyelaraskan persediaan persidangan, mencatatkan dan membuat rakaman dan rekod persidangan. Kelancaran dan kejayaan amatlah bertanggung keatas ketelitian persediaan. DUN mempunyai seramai 16 orang kakitangan. Bilangan ini adalah yang minimun (skeleton staff) untuk menguruskan tanggungjawab harian pentadbiran dan pengurusan DUN. Kakitangan ini sememangnya tidak dapat mengendalikan persidangan. Untuk mengendaliken setiap persidangan, DUN bergantung penuh keatas bantuan dan kerjasama daripada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan lain. Tidak kurang daripada seramai 50 kakitangan daripada beberapa jabatan dan agensi-agensi kerajaan lain. Tidak kurang daripada seramai 50 kakitangan daripada beberapa jabatan dan agensi kerajaan lain dihantar ke DUN untuk menjalankan tugas khas setiap persidangan. Para pertugas khas ini terdiri daripada jurutrengkas, juruteknik audio dan elektronik, pegawai-pegawai polis, Bentara Mesyuarat, Messengers, pemandu, pegawai perhubungan, jurucetak dan pegawai-pegawai parlimen (parliamentary officers). Jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang menyumbankan tenaga manusia dan bantuan setiap persidangan adalah, Jabatan Kerja Raya, Dewan
Para petugas DUN sedang sibuk mendengar pita perbahasan ADUN serta menaipkannya
Bandaraya Kuching Utara, Radio Televisyen Malaysia, Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Polis Di-Raya Malaysia, Unit Communication and Technology (Jabatan Ketua Menteri)/ SAINS, Jabatan Ketua Menteri, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, MAMPU dan lain-lain.

Kemudahan-kemudahan yang diberi kepada pertugas khas adalah seperti pengangkutan dan honorarium. Makanan dan minuman juga disediakan. Ini untuk menggelak kelewatan dalam menjalankan tugas masing-masing semasa persidangan sedang berlangsung. Sebarang kelewatan boleh menganggu kelancaran persidangan.

Siri 2 akan disiarkan pada keluaran Jun 2001

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998