Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Menyiapkan Diri Melaksanakan Misi

Cabaran globalisasi dalam era dunia tanpa sempadan telah mendedahkan kita kepada pelbagai peluang dan juga cabaran. Liberalisasi perdagangan turut mencabar daya saing industri tempatan. Transformasi ekonomi, arus
pemodenan dan era ledakan teknologi maklumat banyak memberi kesan dalam kehidupan sosial dan secara perlahan-lahan telah menghakis sistem nilai masyarakat.

Gelombang cabaran dunia hari ini, turut menyeret kita kepada soal-soal yang sering dikaitkan dengan erti kejayaan dalam kehidupan. Mentaliti materialistik dan ingin meraih kekayaan dengan jalan singkat menjadi faktor meningkatnya kadar jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Sektor awam merupakan jentera terpenting dalam pengurusan dan pentadbiran, penyampaian perkhidmatan serta pembangunan negara. Segala cabaran dan alunan globalisasi ini turut kita rasai dan tidak mungkin dapat kita elakkan.

Sungguhpun demikian, tidak pula bermakna kita harus membiarkan diri kita hanyut dalam gelora yang hebat ini. Kita perlukan pendekatan yang menyeluruh sesuai situasi semasa dan negara kita. Pembudayaan akhlak, etika dan integriti perlu diterjemahkan dalam semua aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab kita.

Dalam penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni yang perlu sentiasa diperkukuh dan menjadi amalan yang berterusan agar kita bebas serta bersih daripada gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai program bagi memantap dan mempertingkatkan nilai-nilai murni dan integriti perkhidmatan awam. Sekitar tahun 1980an usaha yang lebih tertumpu telah dilaksanakan dengan memperkenalkan penghayatan konsep Bersih, Cekap dan Amanah, Piagam Pelanggan, Penerapan Nilai-nilai Islam dan sebagainya. Penekanan konsep kebertanggungjawapan atau muhasabah diri yang merupakan mekanisme penting untuk menilai pencapaian diri penjawat awam serta aspek penambahbaikan turut menjadi fokus.

Ini seterusnya dikukuhkan lagi dengan pendekatan Islam Hadhari yang seiring dengan pelaksanaan Pelan Integriti Nasional yang turut memberikan penekanan kepada membentuk modal insan berkualiti dalam masyarakat keseluruhannya dan juga di kalangan penjawat awam amnya. Dalam masa yang sama budaya pembelajaran berterusan dan penyebaran ilmu sesama kita (dalam bentuk teori dan praktikal) wajar dikembangkan bagi menghasilkan sumber insan yang berkualiti.

Selain itu aspek daya ketahanan yang kuat sama ada dari segi mental mahupun fizikal adalah aspek penting yang mesti diberikan penekanan dalam menghasilkan modal insan yang berkualiti. Daya ketahanan yang kuat boleh membentuk semangat berpasukan dalam organisasi. Kekuatan mental perlu dalam membina daya saing yang positif, kreatif dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) akhir bulan Mac 2006 yang lalu harus kita jadikan sebagai matlamat yang mesti kita capai sepenuhnya. Pengalaman pelaksanaan program dan projek pembangunan Rancangan Malaysia Kelapan yang lalu harus kita jadikan panduan dan sempadan.

Tempoh masa lima tahun pelaksanaan RMK9 secara perkiraan logik adalah suatu tempoh yang panjang, namun dalam pelaksanaan pembangunan sebuah negara, ianya adalah suatu tempoh yang singkat. Peranan kita (sektor awam) sebagaimana yang dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dalam ucapan pembentangan RMK9 tempoh hari iaitu sebagai pemudah cara pertumbuhan ekonomi dan penyedia
kemudahan sosioekonomi mesti dihayati dan diterjemahkan menjadi kenyataan secepat yang boleh.

YAB Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa “kerajaan meletakkan pengukuhan institusi-institusi negara serta peningkatan keupayaan pelaksanaan sebagai teras kelima Misi Nasional yang mana kerajaan akan mengambil langkah penambahbaikan dari segi struktur organisasi; dari segi kemudahan dan persekitaran kerja; dari segi mutu tenaga pekerja; dan dari segi rangka peraturan dan undang-undang. Dengan langkah-langkah demikian, kerajaan berazam untuk memperbaiki prestasi perkhidmatan agensi barisan hadapan kerajaan.”Prasarana perkhidmatan telah disediakan. Rancangan pembangunan juga telah bermula. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai penjawat awam untuk melaksanakan misi yang telah diasaskan dengan berkesan.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998