Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Pelihara Alam untuk Kemakmuran Bersama

Taman Negara Bako salah satu taman Negara terkecil di Asia Tenggara namun ia juga merupakan sebuah taman yang menarik dan mudah dikunjungi. Dengan jarak hanya 37 km dari Kuching, taman ini memperkenalkan pengunjung dengan pemandangan yang unggul tentang hutan semulajadi Sarawak dan hidupan liar di Borneo.

Daya tarikan utama yang memashyurkan Bako adalah kepelbagaian spesis tumbuhan dan haiwan yang terkandung di dalamnya. Bagi peminat hidupan liar, Bako adalah unik bagi mereka. Taman ini merupakan taman tertua di Sarawak dan menjadi tempat terkawal semenjak tahun 1957.

Monyet Long-tailed macaque, silver leaf monkeys. Cicak besar dan tupai sering dijumpai meronda di kawasan Ibu Pejabat Taman. Hutan bakau Bako campuran tempat tinggal kepada porboscis monkey, spesis yang hanya boleh ditemui di pulau Borneo.

Selain daripada itu, terdapat lebih daripada 150 spesis burung ada direkod di sini, termasuk beberapa jenis yang luar biasa. Itu antara fakta yang ramai di
kalangan kita yang mengetahuinya. Malah ramai juga di kalangan pelancong asing yang amat mengetahuinya. Namun tahukah anda bahawa untuk ke Taman Negara Bako kita perlu singgah di pangkalan bot penambang Kampung Bako? Atau dalam lain perkataan, kita akan melalui Kampung Bako terlebih dahulu sebelum sampai ke Taman Negara Bako?

Haji Wahid Sani

Tahukah anda di Kampung Bako ini terdapat produk makanan ringan (kerepek keladi dan kerepek pisang) yang enak yang setanding malah mungkin lebih baik daripada Pringles’? Itulah kenyataannya kini. Pengunjung malah mungkin penduduk Kuching dan Sarawak amnya lebih mengetahui tentang Taman Negara Bako namun amat sedikit pengetahuan kita tentang kewujudan kampung ini.

Malah mungkin ramai yang terkejut jika mengetahui bahawa Kampung Bako adalah salah sebuah daripada lima (5) buah kampung di negeri ini yang mendapat geran daripada UNDP dalam usaha melaksanakan pembangunan yang mapan dan mesra alam. Kampung Bako sejak Januari 2006 telah mendapat geran daripada UNDP bagi melaksanakan kegiatan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan tropika di Kampung Bako dan kawasan sekitarnya.

Tuan Haji Wahid Sani (52), pengerusi Jawatankuasa program ini memberitahu, program ini adalah diusahakan oleh Persatuan Bot Penambang Taman Negara Bako. “Matlamat program ini adalah untuk memelihara hutan dan alam sekitar terutamanya di Kampung Bako dan kawasan sekitarnya,” tambah Haji Wahid.

Beliau seterusnya menjelaskan : “ Hutan persekitaran di luar Taman Negara Bako juga harus dijaga kerana jika berlaku sebarang kerosakan atau ketidakseimbangan alam kawasan berhampiran terutamanya kawasan hutan bakau, ianya pasti akan menjejaskan ekologi di Taman Negara Bako khasnya dan kawasan persekitarannya amya.”

“Selain itu, sebenarnya dari hutan kita boleh mendapat banyak sumber pendapatan jika digunakan dengan cara yang betul,” tambah beliau lagi. Haji Wahid merujuk kepada usaha yang akan dilakukan oleh jawatankuasa program ini iaitu untuk membina Taman Herba di tapak bekas Sekolah Rendah Kebangsaan Bako.

Haji Wahid Sani menunjukkan laluan
tangga ke tapak SK Bako yang mana
akan dimajukan sebagai Taman
Herba Kampung Bako

Antara yang akan dibina di tapak itu ialah pondok persinggahan dan juga laluan untuk kembara hutan yang mana di pondok persinggahan itu kelak, para pengunjung akan berpeluang melihat panorama indah kawasan sekitar dari atas bukit selain dapat mempelajari tentang tumbuhan-tumbuhan herba yang terdapat di kawasan sekitar Kampung Bako dan Taman Negara Bako. Manakala laluan kembara hutan pula akan membawa pengunjung melihat secara lebih dekat lagi kehidupan asal tumbuhan-tumbuhan herba berkenaan. Menurut Haji Wahid lagi, jawatankuasa program ini merancang kira-kira 18 aktiviti untuk pelaksanaan sepanjang tempoh dari Januari 2006 hingga Jun 2007 yang mana penekanan adalah lebih kepada usaha suntikan untuk membuka minda masyarakat agar menghargai, memelihara dan memulihara alam sekitar.

Selain itu aktiviti-aktiviti berkaitan peluang-peluang keusahawanan yang boleh diperolehi daripada hasil hutan (tanpa mengeksploitasi hutan secara rakus) dan eko-pelancongan juga akan dilaksanakan. Apabila ditanya tentang sambutan dan penglibatan penduduk kampung tentang program ini, Haji Wahid dengan yakin menyatakan bahawa penduduk kampung dalam beberapa bulan pelaksanaan program ini, telah menunjukkan minat untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan.

“Ini kerana mereka kini telah mula nampak akan potensi dan peluang yang boleh mereka dapat dengan menyertai program ini,” jelas Haji Wahid. Haji Wahid juga menambah bahawa kerjasama erat antara masyarakat kampung dengan agensi kerajaan juga merupakan faktor utama yang membolehkan Kampung Bako mendapat geran bantuan daripada UNDP ini. Beliau menyatakan bahawa keprihatinan pegawai dari Sarawak Forestry Corporation (SFC) tentang penglibatan langsung masyarakat terutama penduduk Kampung Baro dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di sekitar Taman Negara Bako, adalah punca kepada inisiatif untuk memohon bantuan ini.

“Maklumat tentang geran bantuan ini datangnya daripada pegawai SFC dan merekalah yang bersungguh-sungguh menyakinkan kami akan kebaikan usaha ini dan mereka juga yang membantu kami menyediakan kertas cadangan dan merangka program bagi tujuan ini. Kami amat berterima kasih di atas sokongan dan bantuan mereka ini dan kerjasama erat sebegini harus diteruskan.”

Dalam perancangan aktiviti-aktiviti lain, menurut Haji Wahid, seberapa yang boleh jawatankuasa program ini akan melibatkan agensi kerajaan yang berkaitan. Ini kerana jawatankuasa program ini percaya bahawa agensi kerajaan adalah sumber utama pengetahuan yang berguna yang boleh mereka timba untuk menjayakan program ini.

Seharusnya usaha yang dilaksanakan di Kampung Bako ini menjadi teladan kepada kampung-kampung lain dan dalam masa yang sama penglibatan proaktif agensi kerajaan dalam membantu membangunkan masyarakat juga seharusnya mengambilkira keperluan dan kesesuaian setempat yang mana pada jangka masa panjang ianya akan menjadi landasan kepada pembangunan mapan dan seimbang.

Menjaga kebersihan adalah salah satu daripada usaha awal untuk memelihara alam dan penglibatan agensi kerajaan
seperti DBKU, NREB dan Kementerian
Pembangunan Bandar dan Kemajuan Wilayah ternyata gabungan yang serasi di Kampung Bako

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998