Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Bungkusan Baru Tarik Pengguna Antarabangsa Tebaloi

Tebaloi, makanan ringan tradisional masyarakat Melanau kini boleh diperoleh dengan mudah di semua pintu masuk, kedai-kedai cenderamata utama serta pasaraya-pasaraya terkemuka (termasuk rangkaian Pasaraya Giant di seluruh negara) untuk dijadikan sebagai buah tangan mahupun hadiah untuk
dibawa pulang.

Saiz bungkusan yang lebih kecil (130 gram) dan rekaan grafik berlatarkan Menara Berkembar Petronas pada bungkusannya sudah cukup menunjukkan sasaran utamanya ialah para pelancong yang datang atau bagi menarik pasaran antarabangsa.

Sungguhpun demikian, saiz yang lebih besar turut dihasilkan bagi memenuhi selera dan permintaan tempatan. Strategi pembungkusan itu diperkenalkan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak sebagai salah satu langkah meningkatkan pasaran bagi produk tebaloi yang dihasilkan oleh Kilang Tebaloi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Simunjan di Sadong Jaya.

Projek Kilang Tebaloi itu telah dimulakan pada tahun 2000 dengan modal permulaan kira-kira RM400 ribu. Kini ia diuruskan oleh dua kakitangan PPK dan 10 orang pekerja terdiri daripada penduduk tempatan.

Ia juga merupakan satu-satunya pusat pemprosesan tebaloi secara komersil di luar Bahagian Mukah yang terkenal dengan perusahaan itu. Pengurus Besar kilang itu, Kamal Tahir menjelaskan bahawa lokasi itu dipilih kerana terdapat banyak kelapa muda dan daun pisang yang merupakan keperluan penting untuk pengeluaran tebaloi. Kira-kira 60 kg kelapa parut segar diperlukan setiap hari. Tepung sagu pula dibawa dari Mukah dan boleh bertahan lama sungguhpun memakan masa dalam proses penghantarannya.

Tebaloi di Sadong Jaya dihasilkan daripada tepung sagu, kelapa parut segar, gula dan serbuk kunyit yang kemudiannya dibakar di atas daun pisang menggunakan oven untuk memberi rasa yang lembut dan harum. Tebaloi yang dihasilkan boleh disimpan sehingga satu setengah tahun.

Menurut Kamal, kilang tebaloi itu telah mengeluarkan di antara 550 dan 630 bungkus (80 – 90 kg) sehari dalam tiga tahun pertama operasinya. Walau bagaimanapun, pengeluarannya menurun kepada di antara 300 dan 350 bungkus (60 – 70 kg) sehari sejak tahun 2004 berikutan pengenalan bungkusan baru yang bersaiz lebih kecil dan berintensif buruh serta proses pengubahsuaian yang dilaksanakan ke atas kilang.

Beliau turut yakin bahawa pengeluaran tebaloi akan meningkat sebanyak 45 peratus tahun ini dengan adanya kerjasama baru bersama dengan Lembaga
Pemasaran Pertanian Pesekutuan (FAMA). Kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan Lembaga Pemasaran Lada Hitam (JPLH) juga telah diadakan untuk menghasilkan tebaloi berperisa lada sebagai langkah menambah kepelbagaian produknya. Selain itu, tebaloi berperisa cokelat dan
pandan juga telah dirancang untuk dikeluarkan sedikit masa lagi bagi menarik pasaran luar negeri.

Sebagai langkah memenuhi keperluan pengeluaran, sebuah kilang baru akan dibina tidak lama lagi di tapak yang telah dikenalpasti dan akan dilengkapi dengan mesin terkini. Langkah membina kilang baru itu juga bertujuan untuk membolehkan kilang itu menepati piawaian dalam industri pemprosesan makanan negara yang seterusnya akan memajukan lagi pengeluaran tebaloi di Sadong Jaya.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998