RM139.4 Bilion Dibelanjakan
Untuk RMK8
Sejumlah RM139.4 bilion daripada RM170 bilion yang diperuntukkan di bawah
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) telah dibelanjakan sehingga 31 Disember tahun
lalu (2004), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mustapa Mohamed.
Beliau berkata ini, berasaskan purata perbelanjaan 20.5 peratus setahun dan
peruntukan RMK8 dijangka dapat dibelanjakan sepenuhnya menjelang akhir tahun
ini.
“Dalam hubungan ini, kerajaan telah berjaya menyiapkan sejumlah 45,643
projek iaitu dengan purata 11,410 projek setahun.”
“Berasaskan purata penyiapan projek tahunan ini, dijangkakan sebanyak 57,054
projek atau 78 peratus daripada keseluruhan projek dapat disiapkan,” katanya
ketika menjawab soalan di Persidangan Parlimen baru-baru ini.
Beliau berkata pencapaian itu adalah baik dan menepati perancangan kerajaan
manakala sebahagian projek akan menjadi projek sambungan dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK9).
Sarawak Peruntukan RM449.9 Juta Untuk Bangunkan Infrastruktur
Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukan sejumlah RM449.9 juta dalam RMK8
negeri untuk melaksanakan pelbagai projek infrastruktur termasuk
jalan dan jambatan, bangunan-bangunan kerajaan, jeti serta projek tebingan sungai.
Jumlah itu tidak termasuk peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM293.6 juta
untuk melaksanakan projek jalan dan jambatan utama di seluruh negeri ini.
Peruntukan yang besar itu menunjukkan Kerajaa Negeri memberi penekanan dan perhatian
khusus dalam usaha meningkatkan kemudahan infrastruktur di seluruh negeri untuk
faedah rakyat.
Selain itu, jumlah besar yang diperuntukkan dalam meningkatkan projek infrastruktur
di negeri ini adalah ekoran kepesatan ekonomi yang dilalui oleh Sarawak.
Sememangnya, kerajaan Sarawak yang mengamalkan dasar politik pembangunan sentiasa
meningkatkan usaha dalam menyalurkan projek infrastruktur bagi kepentingan suku
kaum di negeri ini.
Dengan jumlah penduduk menjangkau lebih 2 juta orang, Kerajaan Negeri telah
dan akan terus menggariskan dasar-dasar utama dalam memastikan setiap perlaksanaan
projek, khususnya infrastruktur negeri dapat dilaksanakan dengan berjaya di
samping mengikut jadual.
Antara projek yang menjadi keutamaan kerajaan negeri dalam RMK8 ialah penyambungan
pembinaan jalan serta jambatan di seluruh negeri yang dimulakan dalam RMK7 seperti
jalan utama antara Betong/Kayu Malam serta pembinaan Jambatan Sungai Durin dan
Jambatan Sungai Kayan.
Pelaksanaan beberapa batang jalan raya yang menghubungkan kawasan utama ekonomi
negeri seperti Projek Elektrik Hidro Bakun turut giat dijalankan.
Tumpuan turut diberikan dalam menyediakan peruntukan besar untuk kerja-kerja
menaik taraf dan menurap tar ke atas jalan raya sedia ada di seluruh negeri
selain membina jalan baru bagi menghubungi pusat-pusat enempatan dalam usaha
meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.
 |
UNIMAS
Kampus sementara UNIMAS yang menampung 5,320 orang pelajar ketika ini sebenarnya
direka dengan kapasiti 2,000 orang sahaja. Justeru, pembinaan kampus tetap
UNIMAS yang masih dalam Fasa I pelaksanaan dengan kos kira-kira RM750 juta
merupakan keperluan penting ketika ini.
Pembinaan kampus baru itu dimulakan pada Mei 2002 dan bakal menyediakan
pelbagai kemudahan moden di samping senibina berkonsepkan abad ke-21. Ia
termasuk pembinaan tiga menara tangki air, terowong sepanjang 3km bagi perkhidmatan
elektrik, talian komunikasi serta rangkaian, penghawa dingin dan air, dan
dua buah tasik
buatan.
Senibinanya yang turut menyediakan jejantas pejalan kaki serta pelbagai
kemudahan komersil lain bertujuan menyediakan persekitaran kampus yang mesra
pengguna. Selain itu, Fasa I turut melibatkan pembinaan lima fakulti, pusat,
institut, canselori, hostel dan kemudahan sukan. Fasa I Peringkat I kampus
UNIMAS akan digunakan sekitar Oktober 2005 selaras dengan sasaran untuk
mencapai kira-kira 8,000 pelajar pada tahun hadapan.
Penyiapan keseluruhan kampus itu pula bakal menyediakan kira-kira 20,000
tempat untuk pelajar dan 10,000 tempat bagi kakitangan akademik, pentadbiran
dan sokongan. Paling menakjubkan ialah kampus baru UNIMAS itu direkabentuk
dengan kemampuan untuk mencapai kapasiti maksimum sehingga 40,000 populasi. |
Hospital Sarikei
Pembangunan prasarana kesihatan telah dipergiatkan melalui pembinaan beberapa
hospital baru, antaranya di Sarikei dan Dalat, di samping kelulusan pembinaan
34 buah klinik kesihatan. Hospital Sarikei dilengkapkan dengan kemudahan
perubatan terkini serta mempunyai sebanyak 268 buah katil. |
 |
 |
Klinik Song
Poliklinik Komuniti Song yang disiapkan pada tahun 2004 telah menelan belanja
kira-kira RM20 juta. Kemudahan yang disediakan termasuklah Unit Kesihatan
Ibu dan Anak, Unit Pesakit Luar, Unit Pergigian, Unit Kecemasan, Unit Pengimejan,
Unit Farmasi dan Makmal. Di samping itu, ia turut menyediakan kemudahan
kuarters untuk kakitangannya. |
Polis Marin Bintulu
Pangkalan Polis Marin baru yang terletak di Kampung Jepak, Bintulu. Projek
ini membabitkan kos pembinaan sebanyak RM31 juta. Dibina di atas tapak seluas
8.023 hektar. Kerja-kerja pembinaannya telah dimulakan pada September 2001
dan siap sepenuhnya pada November 2003.
Pengkalan ini merangkumi pejabat pentadbiran, kemudahan bengkel, perumahan,
surau, kemudahan bagi kegiatan sukan serta rekreasi dan pelbagai kemudahan
lain.
Polis Marin merupakan sebahagian daripada jabatan dalam PDRM yang secara
khususnya ditugaskan untuk mengawal keadaan keselamatan dan kegiatan jenayah
di samping menguatkuasakan undang-undang di kawasan perairan negara.
Selain itu, polis marin juga berperanan dalam menjalankan tugas-tugas mencari
dan menyelamat semasa berlaku sesuatu tragedi atau bencana alam, menjalankan
pelbagai program dan operasi bersama jabatan dan agensi kerajaan lain bagi
menguatkuasakan undang-undang maritim negara dan antarabangsa.
Peranan yang dimainkan oleh pasukan Polis Marin sangat besar ertinya kepada
masyarakat kerana ia telah memberi keyakinan kepada pengguna-pengguna maritim
untuk menjalankan aktivi-aktiviti mereka dalam keadaan selamat dengan kehadiran
polis. |
 |
 |
Jejambat Batu 3
Projek Menaiktaraf Jalan Batu Kawa dibiayai oleh kerajaan pusat dengan peruntukan
sebanyak kira-kira RM111 juta. Komponen utama dalam pembinaan itu ialah
jejambat dua lorong bagi laluan sehala menghubungkan Jalan Penrissen dengan
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce. Turut dibina ialah laluan jalan bawah
( underpass) dengan dua lorong sehala yang menghubungkan Jalan Rock dengan
Jalan Batu Kawa. Jalan Batu Kawa sepanjang kira-kira 7.5km pula melibatkan
pembesaran dari dua lorong kepada empat lorong bagi dua hala |
Lapangan Terbang Bintulu
Lapangan terbang Bintulu disiapkan pada tahun 2003
dengan kos kira-kira RM450 juta telah menggalakkan lagi
pertumbuhan industri berat di Bahagian itu
|
 |
 |
Lapangan Terbang Miri
Pembesaran Lapangan Terbang Miri dengan peruntukan sejumlah RM106 juta telah
membantu meningkatkan imejnya sebagai sebuah Bandaraya |
Lapangan Terbang Limbang
Lapangan Terbang Limbang disiapkan pada tahun lalu dengan
perbelanjaan sejumlah kira-kira RM150 juta |
 |
 |
SMK Merapok
Pembinaan SMK Merapok melibatkan kos sebanyak RM48 juta dan berupaya menyediakan
peluang pendidikan menengah kepada kira-kira 1,100 pelajar |
JPJ Kuching
Kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak di Kuching merupakan
antara projek pembangunan infrastruktur agensi itu. Selain itu, JPJ Negeri
Sarawak juga diperuntukkan sebanyak kira-kira RM14.09 juta untuk tiga projek
kuarters dan dua stesen penguatkuasa |
 |
 |
Bekalan Air
Peruntukan berjumlah RM338.2 juta disediakan kepada Sarawak untuk pelaksanakan
projek bekalan air luar bandar. Antaranya melalui penyediaan tangki simpanan
air dan projek telaga air di kawasan pedalaman |
Jambatan Kayan
Projek Jambatan Kayan bernilai RM18.5 juta ini, yang bermula Disember 1999
dijadualkan mula dibuka kepada umum pada Julai 2005 Struktur panjang Jambatan
ini ialah 415 meter dengan lebarnya 12 meter. Ia mempunyai laluan kenderaan
sehala selebar 8 meter dan laluan pejalan kaki selebar 1.5 meter di sebelah
kiri dan kanan jalan.
Jambatan sepanjang 300 meter yang merentasi Sungai Kayan bakal merancakkan
ekonomi daerah Lundu termasuk daerah kecil Sematan yang turut terkenal dalam
sektor pelancongan. |
 |
 |
Kuartes Penjara Limbang
Projek Penjara Baru Limbang melibatkan kawasan seluas kira-kira 35 ekar.
Sejumlah RM84 juta diperuntukkan untuk pembangunan projek itu yang dapat
membantu mengurangkan kesesakan penghuni di penjara seluruh negara |
SMK Baru Bintulu
SMK Baru Bintulu yang melibatkan kos kira-kira RM15.2 juta mula dilaksanakan
pada April 2001. Sekolah ini telah mengurangkan kesesakan di sekolah menengah
sekitar Bandar Bintulu akibat pertumbuhan pesat populasi penduduknya
|
 |
 |
Bukit Kayu Malam
Projek Naiktaraf Jalan Betong-Bukit Kayu Malam yang terbahagi kepada empat
pakej (A,B,C dan D) telah dilaksanakan dengan jayanya kerana adanya
peruntukan berjumlah kira-kira RM150. Ia melibatkan pembinaan jalan sepanjang
kira-kira 87.6 km bermula dari Simpang Betong hingga Bukit Kayu Malam
|
Bekalan Elektrik Luar Bandar
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) telah
menyediakan peruntukan sebanyak RM255.6 juta bagi pelaksanakan bekalan elektrik
luar bandar (BELB) di Sarawak dalam RMK8.
Menjelang penghujung 2005, kerajaan negeri mensasarkan hampir kesemua kawasan
luar bandar di Sarawak akan menikmati bekalan elektrik berbanding kira-kira
80 peratus pada tahun 2000 |
 |
 |
Politeknik Mukah
Politeknik Mukah yang dibangunkan dengan kos kira-kira RM298 juta kini menjadi
antara politeknik yang termoden di negara ini di samping mampu memberi peluang
pendidikan teknikal kepada lebih ramai belia di negeri ini, selaras dengan
sasaran negeri untuk mencapai kira-kira 10 ribu orang jurutera lima tahun
dari sekarang.
Ia dibangunkan dalam dua pakej iaitu pakej 1 (28/5/2002-27/11/2002) bagi
kerja penyelenggaraan berkaitan tapak projek manakala pakej 2 (14/8/2003-13/2/2005)
bagi kerja pembangunan berkaitan infrastruktur bangunan.
Projek ini dibina di tapak seluas 100 ekar dan terletak 10.5 km dari Bandar
Baru Mukah. Ia turut menempatkan beberapa bidang pengajian antaranya Jabatan
Matematik, Sains dan Komputer, Jabatan Pengajian Am, Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan kejuruteraan Elektrikal Awam, Jabatan ICT,
Jabatan Pengajian Perniagaan, Latihan dan Lanjutan.
|
Bomba Serian
Ia merupakan antara projek naik taraf Jabatan Bomba dan
Penyelamat yang melibatkan kos keseluruhan berjumlah kira-kira
RM50 juta. Selepas penilaian separuh penggal RMK8, Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan turut
menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM169 juta bagi
membina enam lagi Balai Bomba di negeri ini. Ia termasuk
pembinaan Balai Bomba Batu Niah, Saratok, Song, Mukah,
Sri Aman dan Siburan
|
 |
 |
Empangan Air Kelalong
Pembangunan pesat ekonomi di Daerah Bintulu telah membawa kepada peningkatan
populasi penduduknya, sekaligus turut membawa kepada peningkatan keperluan
air. Sehubungan itu, Projek Loji Air Kelalong yang telah dilaksanakan dengan
kos sebanyak RM100 juta telah membantu mengatasi masalah itu
|
|