Home

Sambutan Hari Guru

Guru memainkan peranan kedua penting selepas ibu bapa dalam usaha mendidik golongan muda untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka. Sehubungan itu, tanggungjawab dan pengorbanan guru adalah penting dan sukar untuk dinilai dengan wang ringgit atau harta benda.

Oleh itu, bagi memberi penghargaan kepada guru sebagai penggerak utama dalam pembangunan negara, tarikh 16 Mei telah dipilih sebagai Hari Guru pada setiap tahun. Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama pada tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the
Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Sejak hari itu, laporan yang dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan (dikenali sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan pada hari ini) telah dipraktikkan dalam sistem pendidikan hari ini. Secara umumnya, objektif sambutan Hari Guru ialah untuk:

a. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan masyarakat.

b. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai akan kepentingan peranan guru dalam masyarakat Malaysia.

c. Memupuk perasaan perpaduan iktisas dan muhibah antara guru.

d. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

e. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan serta pelbagai aktiviti yang diadakan pada Hari Guru.

f. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Pelbagai bentuk anugerah sebagai tanda pengiktirafan kepada jasa guru juga turut diadakan, seperti Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan, Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas, Anugerah Sekolah Harapan Negara dan Anugerah Guru Inovatif.

Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan diperkenalkan pada 1975 dan bilangan penerimanya setiap tahun adalah antara tiga sehingga tujuh orang.
Antara kriteria pemilihan Tokoh Guru Kebangsaan ialah perkhidmatan cemerlang di bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan dengan melahirkan idea yang bernas dalam meningkatkan kaedah pengajaran dan meneruskan usahanya, pembabitan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah dan khidmat masyarakat, di samping kecemerlangan dalam bidang lain.

Pendidik cemerlang yang dinobatkan sebagai penerima anugerah ini perlu juga cemerlang dalam bidang selain tugas hakikinya sebagai guru misalnya membabitkan diri secara aktif dalam kegiatan luar bilik darjah dan juga khidmat masyarakat.

Kesatuan perkhidmatan perguruan pula boleh membuat pencalonan pada peringkat negeri dan kebangsaan. Setiap negeri akan menghantar nama calon tokoh guru yang akan diadili oleh sebuah jawatankuasa khas.

Antara syarat lainnya pula ialah seseorang calon itu hendaklah berumur 50 tahun ke atas, sama ada masih berkhidmat atau sudah bersara, tidak termasuk persaraan pilihan melainkan atas sebab kesihatan; sedang atau sudah berkhidmat sebagai guru, pengetua, guru besar, pensyarah atau pentadbir di dalam perkhidmatan pendidikan, dan calon Tokoh Guru untuk peringkat kebangsaan seboleh-bolehnya hendaklah dipilih dari kalangan tokoh yang sudah dianugerahkan Tokoh Guru Negeri.

Setakat ini, lebih seratus orang pendidik sudah terpilih menerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan. Mereka yang memenangi anugerah itu, turut menerima hadiah berupa wang tunai RM10,000, pingat, plak dan sijil penghargaan. Penerima anugerah itu ialah Md Ismail Zam Zam atau lebih dikenali dengan nama pena Zam Ismail, 61; Alice Wee Siew Eng, 63; Krishnasamy a/l Tambusamy, 62; Wan Safinah Saleh, 61, dan Ali Suhaili, 60. Lima pesara guru yang menerima Anugerah Tokoh Guru 2004 berpegang kepada prinsip kerja yang sama, iaitu melaksanakan tugas dengan ikhlas, jujur, penuh kasih sayang, bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.


Penerima Anugerah Tokoh Guru

Tokoh Guru Kebangsaan Dari Sarawak

1977 : Puan Lily Eberwein
1983 : Datuk Polycarp Sim Cheng Mong
1984 : Tuan Haji Muhammad Bin Bujang
1985 : Encik a. Alli Majang
1987 : Encik Sulaiman bin Ebi
1996 : Puan Irene Tan @ Syawe Chin Chi
1999 : Puan Molly Chong Nee @ Molly Gee
2001 : Tuan Haji Abang Hamdan bin Abang Jas
2003 : Tuan Haji Hussain bin Haji Paris
2004 : Temenggong Ali Bin Suhaili


Current Issue | Archives: 2005: May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | November 2004 | October 2004 | September 2004 | August 2004 | July 2004 | June 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998