Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Sarikei Daerah Nanas Terus Subur Membangun

Daerah ini mendapat namanya “Sarie” dan “kei” (bermaksud “pusat” dan “ayam”) dan dibangunkan oleh masyarakat Cina. Sarikei pada sekitar awal abad ke 20 lebih dikenali umum sebagai sebuah pusat bagi menjalankan kegiatan penjualan hasil penternakan khasnya ayam dan pertanian terutama di kawasan Lembah Rejang Hilir.

Pahlawan Sharip Masahor serta kisah perjuangannya menentang penjajah kolonial British adalah sebahagian catatan sejarah penting bagi daerah ini. Sharip Masahor yang mentadbir Sarikei sekitar tahun 1841 telah menjadikannya kubu utama menentang penjajah ketika itu. Kesan peninggalan sejarah pemerintahan kerajaan Brooke, antaranya bekas Pusat Pentadbiran Kerajaan Kolonial British 1937 (kini Pejabat Daerah Sarikei lama) masih lagi wujud, juga membuktikan ia penting dari sudut pentadbiran suatu masa dahulu.

Keindahan lanskap bandarnya adalah daya tarikan daerah ini yang turut diharmonikan dengan tujuh buah taman, antaranya seperti Taman Tasek, Taman Rimba Sebangkoi, Taman Tebingan Sungai, Taman Milenium, Taman Tebingan Sungai Nyelong, Taman Merdeka dan Taman Lalulintas. Di daerah ini juga terletaknya Pusat Istirehat dan Rekreasi dan Pusat Komersil (Rest & Recreation & Commercial Centre) RRCC Sebangkoi yang serba lengkap, merupakan satu tempat persinggahan strategik sepanjang jalan Pan-Borneo.
Daerah Sarikei terkenal antara pengeluar utama lada hitam di Sarawak


Anda juga boleh mengunjungi Taman Rimba Sebangkoi yang terletak berhampiran dengan pusat persinggahan tersebut. Di taman tersebut, anda boleh mengenali dan menikmati lebih 300 spesis herba dan pokok buah-buahan.

Daerah ini juga sering dikaitkan dengan buah “nanas”, yang melambangkan daerah ini pernah menjadi pengeluar nanas utama di negeri ini suatu masa dahulu. Malah nanas jenis Sarikei cukup terkenal di kalangan pengemar buahan-buahan di negeri ini kerana keunikan rasanya berbanding nanas jenis lain. Mengambil bersempena keunikan tersebut, nanas telah dijadikan ikon bagi bandar Sarikei.

Sarikei 30 tahun yang lalu, cuma ada deretan rumah kampung beratap usang namun kini Sarikei telah berubah wajah hasil daripada pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Daerah Sarikei, kini dipenuhi ratusan buah kedai konkrit dan mempunyai jaringan pengangkutan yang baik dan sistem perparitan yang teratur.

Kedudukannya strategik di laluan Batang Rejang dan ini menjadi faktor ia mudah dihubungi menggunakan pengangkutan air dengan kawasan-kawasan yang berhampiran seperti Tanjung Manis, Belawai, Daro, Matu dan Paloh. Daerah ini juga merupakan daerah yang kedua terbesar dalam Bahagian Sarikei dengan keluasan 985 km persegi.

Penduduk

Sarikei mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi iaitu 57,096 orang. Kaum Cina dan Iban yang merupakan kaum majoriti daerah ini yang kebanyakannya mengusahakan tanaman seperti lada hitam, limau dan sayur-sayuran.

Hasil pertanian tersebut kebanyakannya bukan sahaja untuk pasaran daerah ini malah turut dijual ke bahagian lain seperti ke Sibu, Bintulu dan Miri.

Sarikei, antara pengeluar utama lada hitam di negeri Sarawak, pada tahun lepas sahaja daerah ini telah mengeluarkan sejumlah 2,640 tan lada hitam hasil daripada kawasan tanamannya yang mempunyai keluasan kira-kira 686 hektar.

Peta pentadbiran Daerah Sarikei
Selain terkenal dengan tanaman lada hitam, daerah ini juga banyak menghasilkan sayur-sayuran yang mana pada tahun 2003, pengeluarannya telah mencecah hampir 4,720 tan berbanding 3,490 tan tahun 2002 Pembangunan pertanian lain seperti penanaman buah-buahan limau, juga giat dilaksanakan di sini. Pada tahun lepas, seluas 181 hektar tanah pertanian disediakan bagi penanaman limau yang dijangka mengeluarkan hasil sebanyak 1,448 tan.

Tiga buah mini estet Kelapa Sawit turut dibangunkan di Sarikei iaitu di Kerapa (200 hektar), Ulu Pauh (250 hektar) dan Kerubong (280 hektar) yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian sejak tiga tahun yang lalu yang mana telah berupaya menyediakan peluang pekerjaan kepada 150 orang.

Pejabat Daerah Sarikei adalah nadi pembangunan di daerah ini dan telah berperanan sebagai pengerak kepada pelbagai agensi kerajaan untuk melaksanakan pembangunan daerah Sarikei. Antara projek utama di bawah Rancangan Malaysia ke-8 (RMK-8) ialah Bekalan Air Sarikei, Taman Rimba Sebangkoi Fasa 3, Rest, Recreational & Commercial Centre Sebangkoi, Kawasan Perindustrian Ringan Sarikei Fasa 3, Pembesaran Kampung Sarikei, Hospital Baru Sarikei, Balai Bomba dan kuarters kakitangan awam Sarikei.

Manakala dalam usaha melahirkan lebih ramai generasi muda yang berilmu pengetahuan, pendidikan sentiasa diberi keutamaan. Sebanyak empat buah sekolah yang menyediakan pendidikan peringkat pra-sekolah telah dibina yang merupakan pelengkap kepada 52 buah sekolah rendah dan 11 buah sekolah menengah yang ada di daerah ini.

Sebuah Pusat Giat MARA turut didirikan di sini yang merupakan satu lagi saluran kepada penduduk tempatan untuk memperolehi pendidikan latihan kemahiran.

Pengangkutan air masih menjadi pilihan utama dan cukup popular di kalangan penduduk
Infrastruktur

Dari segi kemudahan infrastruktur, sebilangan besar penduduk di daerah ini menerima kemudahan bekalan elektrik. Kemudahan tersebut telah memberikan faedah kepada 11,326 orang pengguna di daerah ini.

Begitu juga dengan kemudahan bekalan air, seramai 11,326 orang pengguna telah mendapat manfaat daripada sistem bekalan air bersih yang dirawat manakala bagi kawasan pedalaman, sistem tangki masih digunakan yang telah memberi faedah kepada seramai kira-kira 3,954 orang pengguna.

Kesihatan

Bagi kemudahan kesihatan pula, dua buah klinik ibu dan kanak-kanak, dua buah klinik kesihatan, lima buah klinik Pergigian (sekolah rendah) dan masing-masing sebuah bagi Poliklinik, Farmasi Bahagian/ Daerah, Makmal Ubat/Stor dan Makmal Ujian/Bank Darah ada disediakan oleh kerajaan.

Tahap kemudahan kesihatan di daerah ini pasti akan dapat dipertingkatkan lagi dengan terbinanya hospital Sarikei dengan kapasiti 268 buah katil yang dijangka siap pada tahun ini.

Hospital Sarikei dijadual siap tahun ini bakal meningkat kualiti perkhidmatan kesihatan penduduk di daerah ini
Dalam menggalakkan gaya hidup sihat dan menyeimbangkan pembangunan fizikal, pembangunan kemudahan sukan yang baik juga tidak pernah diabaikan. Dua kompleks sukan yang dilengkapi dengan trek, dewan sukan dan padang dapat memenuhi keperluan tersebut.

Pelancongan

Walau bagaimanapun, bagi meningkatkan sosio-ekonomi penduduknya pelbagai sektor baru antaranya sektor pelancongan berasaskan pertanian atau “agro-tourism” perlu diterokai.

Sektor baru tersebut adalah bagi mempelbagaikan ekonomi penduduk di sini yang sudah pun berjaya dalam pengeluaran pertanian khususnya pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran.

Dalam aspek pelancongan juga, daerah Sarikei mampu menjadi pusat persinggahan pelancongan utama di negeri ini dalam beberapa tahun yang akan
datang setelah pelbagai prasarana pelancongan siap sepenuhnya.

Pembangunan daerah Sarikei bukan hanya terletak daripada pencapaian dan usaha kerajaan semata-mata tetapi seharusnya didorong dengan usaha masyarakat meningkatkan hasil pertanian di daerah tersebut.

Daerah : Sarikei
Keluasan Daerah : 985 km persegi
Bilangan Penduduk : 40,844 orang
Pendidikan : 52 buah Sekolah Rendah 11 buah Sekolah Menengah
Kemudahan Kesihatan : 2 buah Klinik Ibu dan Kanak-kanak, 5 buah Klinik Pergigian, 1 Farmasi Bahagian/Daerah, 1 Makmal Ubat/Stor dan 1 Makmal Ujian/Bank Darah
Pengeluaran Utama : Lada Hitam, Kelapa Sawit, Sayur-sayuran dan Buah-buahan

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998