Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Pusat Giat Mara Akan Dinaik Taraf Jadi Kolej Komuniti

Pelatih Giat Mara pasti mendapat manfaat bila pusat ini dinaikkan taraf sebagai Kolej Komuniti nanti
Pusat Giat Mara akan berubah sama sekali daripada segi bentuk dan bilangan kursus apabila ia dinaikkan taraf kepada Kolej Komuniti oleh Kerajaan Pusat tidak lama lagi.

Kementerian Pembangunan Usahawan sedang berbincang dengan Perbendaharaan untuk mendapatkan peruntukan bagi menaikkan taraf pusat berkenaan kepada Kolej Komuniti, yang dianggarkan menelan belanja RM300 juta. Menurut kementerian itu, pengumuman menaikkan taraf Pusat Giat Mara kepadaKolej Komuniti telah dibuat oleh (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu membentangkan belanjawan 2004 tahun lepas.

Selain itu, beberapa kursus baru yang bersesuaian dengan keperluan semasa akan ditawarkan selepas pusat berkenaan dinaikkan taraf di samping menyediakan kemudahan asrama serta kelengkapan latihan yang lebih baik. Mengikut perancangan dalam Rancangan Malaysia Ke-8, sebanyak 36 buah Pusat Giat Mara akan diwujudkan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 20 buah sudah siap dan sedang beroperasi melibatkan seramai 2,400 pelatih. Manakala 16 buah lagi dijangka siap hujung tahun ini (2004) dan dapat menampung sebanyak 1,920 pelatih baru.

Bangunan Pusat Giat Mara Petra Jaya, di Jalan Lapangan Terbang Kuching
Setiap Pusat Giat Mara akan membuat pengambilan 60 pelatih setiap enam bulan dengan menyediakan 27 jenis kursus, bergantung kepada keperluan dan kesesuaian tempat berkenaan. Pusat Giat Mara pada kebiasaanya menawarkan pelbagai kursus antara yang biasa ialah kursus Teknologi Automotif Kenderaan Komersil dan Mengetuk dan Mengecat Kenderaan. Sejak ditubuhkan pada 1988, sebanyak 1,525 syarikat telah ditubuhkan oleh bekas pelatih pusat itu di seluruh negara, dan ia merupakan satu kejayaan bagi Pusat Giat Mara.

Menurut kementerian itu, pelatih lepasan Pusat Giat Mara juga akan diberi kemudahan pinjaman di bawah peruntukan kementerian apabila hendak memulakan perniagaan. Bagi pelatih yang ingin mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan, permohonan mereka akan dimasukkan dalam Program Usahawan Teknikal.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998