Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Fokus Dalam Bekerja
– Tentukan Keutamaan Kerajaan Sarawak

Setiap hari malah setiap detik, kita berhadapan dengan pelbagai situasi yang mungkin mengganggu gugat tugasan kita. Namun setiap situasi itu mempunyai pelbagai cara atau kaedah untuk menanganinya.


Dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kita, sebagai anggota perkhidmatan awam, kita tidak sunyi daripada situasi yang mendesak yang memerlukan kita membuat keputusan dan bertindak dengan segera namun mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Kepesatan dan kecanggihan teknologi masa kini turut mendesak kita mengambil tindakan yang bersesuaian dengan situasi.

Dalam era globalisasi kini, keadaan yang mendesak ini semakin kerap kita hadapi. Perkhidmatan awam sekarang sejajar dengan peredaran masa telah melalui banyak perubahan seperti perubahan dari segi peranan selain tanggungjawab yang disandang juga turut berkembang.

Kini perkhidmatan awam turut berperanan sebagai rakan kongsi kepada sektor swasta dan masyarakat di dalam merancang, mengurus dan melaksanakan pembangunan sama ada pembangunan yang bersifat fizikal mahupun bukan fizikal.

Oleh yang demikian, sebagai anggota perkhidmatan awam, kita perlu sentiasa peka dengan perubahan, kemajuan serta kehendak masyarakat sekeliling. Ini sebenarnya bukan satu tugas yang mudah namun ia juga bukan suatu yang mustahil untuk dilaksanakan.

Dalam menjalankan tugas harian kita, amat jarang sekali kita hanya diberikan satu tugasan untuk dilaksanakan atau dikendalikan. Banyak yang perlu kita fikirkan dan banyak pula yang harus diselesaikan.

Dalam situasi bekerja yang ideal, adalah lebih munasabah kita melaksanakan atau mengendalikan satu tugasan pada satu-satu masa jika inginkan hasil yang terbaik atau berkualiti.

Namun hakikatnya, kita perlu menjalankan atau mengendalikan pelbagai tugas pada masa yang sama. Akibatnya hasil yang diperolehi ada ketikanya tidak sempurna dan memuaskan.

Mengapa terjadi begitu? Alasan yang sering diberikan ialah kita tidak mempunyai masa yang cukup atau kita perlu menyiapkan tugasan-tugasan lain pada masa yang sama sehingga mengakibatkan kita tidak dapat memberikan tumpuan atau fokus untuk mengendalikan atau menyelesaikan tugasan terbabit.

Ini sememangnya situasi yang tidak dapat dielakkan. Namun apa yang boleh kita lakukan ialah kita harus menetapkan keutamaan di dalam menjalankan atau mengendalikan tugasan yang diberikan.

Dengan berbuat demikian kita akan dapat memberikan fokus kepada tugasan kita. Fokus dalam melaksanakan tugas amat penting.

Dengan fokus yang penuh ketika melaksanakan atau mengendalikan tugasan, kita sebenarnya mampu mengelakkan kecuaian dan kesilapan.

Kecuaian dan kesilapan jika berlaku akan mengakibatkan kelewatan dan kelewatan sebenarnya akan meningkatkan kos operasi atau kelewatan pelaksanaan sesuatu tugasan malah turut menyebabkan kerugian.

Kerugian bukan sahaja terpaksa ditanggung oleh pihak lain, malah sebenarnya kita sendiri yang rugi, iaitu rugi masa dan tenaga kerana kita terpaksa melakukan semula tugasan terbabit dan apabila ini berlaku, maka kita dengan sendirinya telah meletakkan diri kita di dalam golongan pekerja yang tidak cekap.

Di era globalisasi kini, kita seharusnya mampu memberikan fokus yang penuh terhadap tugas yang kita laksanakan. Mengapa? Kini sistem pentadbiran kita telah banyak menggunakan pelbagai peralatan canggih seperti penggunaan ICT di dalam urusan harian. Bukan setakat itu sahaja, banyak peraturan dan prosedur kerja telah disesuaikan dan dipermudahkan semata-mata untuk membolehkan pentadbiran awam menjadi lebih cekap dan berkesan.

Oleh yang demikian, sebenarnya seorang kakitangan awam itu mampu mengendalikan dan menyelesaikan lebih daripada satu tugas pada satu-satu masa tanpa menjejaskan fokusnya. Dengan input yang terbaik untuk menghasilkan output yang terbaik, memberi fokus dalam bekerja amat menepati kehendak pengurusan dalam perkhidmatan awam.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998